• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Mak-mak yang ada anak kecil terutamanya baby, memang mudah risau kalau anak-anak kurang sihat.

Biasanya batuk, demam dan selsemalah yang mudah nak menyerang diaorang.

Kalau anak-anak saya demam, baby khasnya, pertama sekali saya akan turunkan suhu badan dia.

 

Demam ni petanda badan sedang melawan penyakit.

Suam sikit-sikit tu takpelah tapi kalau suhu dah panas melampau tu yang risau sebab boleh merbahayakan nyawa baby.

Caranya jerlum dengan air daun bunga raya atau air asam jawa pekat.

Daun bunga raya tu kalau boleh yang bunga putih, kalau takde, bunga merah atau lain-lain warna pun ok.

Ramas-ramas daun tu sehingga mengeluarkan lendir.

Tapi sekarang ni saya jerlum je kepala baby dengan air satu gayung yang dicampur beberapa titik Basic-H.

Lagi mudah dan lebih bersih.

Memandangkan baby dah nak masuk setahun dan boleh berdiri, selalunya time demam, sebelum mandi, saya rendam dulu baby dalam baldi tinggi dengan air penuh yang dicampur Basic-H.

Lepas tu basuh badan, kemudian last sekali, kepala sambil badan masih dalam baldi berisi air.

Tapi awas keselamatan anak-anak tau. Jangan cuai dan tangan jangan lepaskan anak tu.

Lepas tu, InshaaAllah suhu badan anak akan drop.

Memandangkan baby masih menyusu badan, saya akan tingkatkan imun tubuh baby melalui air susu saya.

Biasanya saya akan ambil Nutriferon, mega dose Vitamin C, Garlic.

Seboleh-bolehnya saya cuba elakkan ubat-ibatan ni kerana bimbangkan kesan jangka panjang walaupun saya tetap hormat dan ikut nasihat doktor jika bekeperluan.

Tak lupa juga letak hirisan bawang merah dekat tempat tidur baby.

Di samping tu, sapu juga Herbal Blend ke selutbadan baby dari hujung rambut ke hujung kaki.

Cara tradisi dan moden untuk memulihkan demam ni, walaupun agak banyak kerja, tapi gabungannya InshaaAllah memberikan hasil terbaik.

Nota: Kalau lepas 1/2 jam buat semua ni tapi suhu anak atau baby masih 39-40 darjah celsius, segera bawa anak-anak berjumpa doktor atau ke bahagian kecemasan.

Sama juga kalau anak dah menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan, jangan dibiarkan.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge