Setiap ibu yang menyusu pasti akan melalui proses bercerai susu (leaf off breastfeeding) dengan si manja tersayang. Di saat ini pasti bermacam-macam pengalaman yang dialami.
Kalau tersilap cara, memang boleh stress ibu dan baby. Malah boleh meninggalkan kesan yang mendalam.
Kalau sedang stress, memang kene bertenang jap dengan video ni.
Pengalaman Bercerai Susu Anak
Masa anak sulung dulu memang agak mencabar. Mulanya saya pakai sirap, sekejap jer jalan. Lepas tu, anak saya tetap nak menyusu.
Masa tu memang takde pilihan sangat sebab memang plan nak berhentikan susu anak bila dah 2 tahun. Tu pun dah lajak sehingga 2 tahun 10 bulan. Alhamdulillah rezeki susu melimpah-ruah.
Last skali, bila tak jalan dengan sirap, tak sampai hati nak letak benda-benda pahit, saya tinggalkan botol susu kat sebelah dia. Lepas tu saya bersembunyi dalam toilet.
Bukan anak jer yang nangis, mama pun banjir sekali…huhu. Anak sulung, memang pengalaman menjadi guru utama.
Anak kedua ni Alhamdulillah. Rezeki menyusu badan pun sampai 2 tahun setengah. Sangat mudah rasanya walaupun turut menggunakan teknik sirap dalam 3 percubaan.
Percubaan pertama time saya dan anak tak ready. Memang sangat mempengaruhi emosi. Saya dan baby tak happy. So tak berjaya.
Kali ke-2, siang start misi berhentikan susu, malam tu anak demam, panas dan tak selera nak makan dan minum.
Takpelah, cancel kan misi cerai susu. Bila dah betul-betul sihat dan mama serta anak dah ready, misinya tersangat mudah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah!
Tips Mudah Cerai Susu Anak
1) Bercakap
Terangkan pada anak yang dia dah besar. Kene minum susu botol dah. Mintak persetujuan anak. Lakukan masa sedang bf. Lakukan berulang-ulang tiap kali bf, 1-2 minggu.
2) Beri Masa
Kalau kita target nak cerai susu akhir Mac, awal Februari tu dah start beri hint dan explain kat anak.
3) Setkan Minda
Kita yakin yang usaha kita pasti berjaya. Fikirkan yang anak kita dengan mudah nanti nak bercerai susu.
4) Bersabar
Proses cerai susu ni melibatkan emosi ibu dan anak, jadi si ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Kalau anak mengamuk, menangis, pujuk dengan kasih sayang.
5) Bercakap Benar
Jangan menipu kata miss B sakit, jadi tak boleh bf anak lagi. Kalau letak sirap, mungkin boleh tunjukkan memek muka yang tak best.
Kalau kebetulan sakit, boleh explain kat anak.
6) Bahan Yang Selamat
Janganlah guna bahan yang kelat sangat macam akar bakawali. Kesian kat anak kita.
Setakat sirap tu ok lagi. Ada yang guna kopi tapi last-last, anak jadi penggemar kopi plak. Kalau tak nak dedahkan kafein lebih awal pada anak, baik guna bahan lain.
7) Berdoa
Part ni paling penting. Tiap kali lepas solat, doa sungguh-sungguh agar Allah tolong, beri kemudahan. Alhamdulillah, walaupun 2 percubaan cerai susu saya tak berjaya, percubaan kali ke-3 berlaku dengan sangat mudah.
Apa-apa pun, jangan terlalu stress kalau proses bercerai susu anak ni tidak semudah yang kita harapkan. Sentiasa positif dan amalkan semua tips yang saya kongsikan terutamanya tips no.7 🙂
Share lah macam mana kalian lakukan untuk bercerai susu badan dengan anak, maybe ramai juga boleh try and error nanti 😛
Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
anak yang dah berumur 2 tahun lebih mudah faham..jadi memang sesuai kalau guna kata-kata..
Hanafi Abdullah recently posted…Bekerja Dari Rumah Pilihan Terbaik
Betul, sangat cepat pick up diaorang dalam tempoh 6 tahun pertama ni
otak budak-budak amat aktif berkembang,,
Hero Borneo recently posted…5 Punca Kerja Semakin Tak Seronok
Betul, 5 tahun pertama, perkembangan otak sangat pesat
kalau saya umur 4 bulan sudah ndak di susui lagi mbak, salam kenal ya 😀
Ibrahim recently posted…Poster ~ KomTer (Komik Terwujud)
Kalau boleh, lanjutkan sekurang-kurangnya 6 bulan dan sebaik-baiknya sehingga 2 tahun kerana andai diketahui kehebatan susu ibu untuk kesihatan anak-anak, pasti ibu tang ketiadaan susu mencari ibu susuan
Salam kenal kembali
ini adalah hal penting ada ibu yang kena breast cancer setelah bercerai susu dengan anak
islam di dadaku recently posted…Caranya meminta ma’af kepada kedua orang tua yang sudah meninggal
Ya, sangat menggerikan. Mohon dijauhi daripada penyakit ini
teringin nak susukan bayi dua tahun amin.anak petama tak dapat berikan sepenuhnya sebab masa baru dapat kerja baharu semua baharu serba celaru hua…
suri recently posted…Jahit Poket Baju Kurung Tradsional Kain Susun Tepi Edisi Cahayacinta
Aameen, semoga Allah permudahkan segala usaha dan keazaman yang murni ini
Kalau anak saya berhenti karena sakit & kalau minum atau makan waktu itu langsung keluar lagi apalagi susu, akhirnya saya kasih penjelasan jangan minum susu dulu sampai sembuh & setelah sembuh Alhamdulillah dia agak lupa dengan kebiasaan minum susu dan bisa berhenti, walau sekarang tetep saya kasih susu tapi langsung dari gelas ga pakai dot lagi & cuma pagi dan malam aja
Aisah recently posted…Cara Setting/Menambahkan Akun Yahoo Pada Aplikasi Gmail Android
Yang penting kesihatan anak kan. Gelas pun oke, asal susu. Anaknya umo betapa yah?
Bagus sangat nih informasi mak cik
Wahab Saputra recently posted…Hanya Di AKUMARU.com Pusat Promosi dan Pencarian Info LOMBA
Lomah den, rasanya panggil kakak lagi afdhal…hahaha
Dalam proses nak ceraikan susu anak juga ni. Dah banyak percubaan tp stil tak berjaya. Terima kasih kerana berkongsi tips.
wani recently posted…Cara menangani chiken pox atau cacar air
Semoga bermanfaat dan berjaya cerai susu tanpa rasa stress ibu dan bayi ye
salam..baby dah setagun lebih still susah nak ceraikan susu..ingat mudah jer tapi nak buat sebelum dia genap usia 2 tahun..sebab bercadang nak cari kerja semula huhu…
suri recently posted…Don’t Enter Me! Sayang Si B
Memang mencabar, tapi perlu sentiasa bercakap dengan baby. Biar sama-sama ready, baru tak stress.
Anak saya sekarang dah 2tahun 3bulan. Mcm2 dah saya buat.. Sapu sirap. Sapu kapur makan, sapu benda2 pahit termasuk kopi dan juga akar bakawali. Tetap juga dia hisap. Susu formula dah minum. Bila nak tidur dan bangun tidur nak juga nyusu badan.bila tidur malam beberapa kali juga dia bangun nak menyusu. Kalau tak bagi mmg dia nangis semahu2nya xnak berhenti. Yg jadi masalah skrg die berkongsi susu badan dgn adik. Adik baru masuk 1bulan. Bila dicakap masih xfaham lagi. Yg jadi stress bila tidur mlm adik dan abg serentak nangis nk nyusu. Sudah tntu sy pilih adik. Jadi, selagi xdpt abg terus2 saja menangis.
Mungkin dah boleh start slow talk dengan abang. Selalunya anak-anak tak mahu mengalah sebab mereka ni nak kan perhatian. Bila dah ada adik, memang diorang rasa perhatian dah berkurangan pada mereka. Mak dan ayah perlu lebih bersabar dan banyakkan berbincang. Mungkin kalau berada dalam situasi sebegini, minta bantuan suami untuk pujuk abang. Tapi ianya bukan boleh selesai dalam masa sekali dua buat. Mungkin ambil masa beberapa hari ke beberapa minggu. Yang penting, parents perlu kawal perasaan dan pujuk anak. Banyakkan pelukan atau dukung anak semasa memujuk.