• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Kulit wajah kita ni ada pelbagai jenis. Ada orang yang mempunyai masalah jerawat akibat kulit kering, ada juga jerawat keluar akibat kulit sensitif. Kalau nak rawat jerawat pada wajah kita tu, perlu diketahui jenis kulit terdahulu. Kalau tidak, tersilap pilih produk penjagaan kulit, mungkin keadaan wajah kita jadi makin teruk.

 

 

Cara rawat masalah kulit ikut jenis kulit

 

Tips Kenali Kategori Kulit Wajah Dengan Mudah

 

1) Kulit Berminyak

Kulit berminyak memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih terperinci kerana jumlah minyak yang dihasilkan oleh sel kulit sangat banyak.

Akibat minyak yang berlebihan, golongan yang mempunyai kulit sebegini sering menghadapi masalah jerawat, muka berparut dan wajah yang tidak bersih.

Namun, untungnya orang kulit berminyak ni adalah wajah lambat berkedut serta kalau dijaga akan nampak awet muda.

Orang yang kulit jenis berminyak ni perlu memcuci dan membersihkan wajah secara konsisten.

 

2) Kulit Sensitiff

Mereka yang mempunyai kulit jenis ini akan cepat bertindak balas dengan persekitaran atau agen yang mudah mendatangkan masalah kulit. Kulit sensitif mudah pecah.

Di antara foktor menyebabkan kulit snesitif ni mudah pecah ialah persekitaran yang kurang elok, debu, kotoran, sinar matahari yang berlebihan dan sebagainya.

 

3) Kulit Normal

Kulit normal hanya memerlukan perhatian dan penjagaan yang minima.  Mereka yang mempunyai kulit normal sangat bertuah kerana bebas dari kotoran dan masalah kulit ekoran pengeluaran minyak yang seimbang. Kulit jenis ini tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Just nice!

 

4) Kulit Kering

Sama kesnya seperti kulit berminyak, kulit kering turut memerlukan rawatan yang betul dan bersesuaian. Cumanya, kulit kering ni sangat kekurangan pengeluaran minyak yang sepatutnya sehinggakan kulit menjadi begitu kering.

Oleh itu, pelembab kulit perlu dijadikan sahabat setia. Selain daripada itu, perlu minum banyak air terutamanya air kosong.

Untungnya orang kulit kering ni, muka takkan dihinggapi jerawat, namun mudah berjeragat dan cepat berkedut serta nampak lebih berusia.

 

5) Kulit Kombinasi

Rata-rata di kalangan kita ni mempunyai kulit jenis kombinasi. Ada yang mempunyai kulit kering di bahagian pipi, sedangkan bahagian dahi, hidung dan dagu adalah kulit berminyak. Boleh jadi juga mempunyai kulit sensitif di dahi dan hidung tetapi berminyak di pipi serta normal di dagu.

 

Berikut merupakan video perkongsian seorang wanita yang mengalami masalah jerawat kronik selama 7 tahun yang akhirnya telah mendapatkan kembali kulit bersih, gebu dan licin.

 

 

 

 

Apa-apa pun jenis kulit kita, yang penting kita perlu tahu apakah kategori kulit yang kita miliki. Nanti senang nak merawat sebarang masalah kulit yang timbul. Nanti saya akan kongsikan cara mudah untuk melakukan ujikaji kategori kulit serta cadangan rawatannya.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge