• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Untuk menjadi kurus, cukupkah hanya dengan bersenam dan mengambil produk kurus atau pelangsing? Rasanya ramai jer yang amalkan dua kaedah ni untuk kurus cepat. Malah tak kurang juga yang bergantung kepada produk kurus semata-mata.

Boleh dikatakan ramai juga yang tidak mendapat hasil yang diinginkan. Akibat frust sebab tiada perubahan berat badan atau mungkin menjadi semakin berisi, terus berputus asa dan kembali ke rutin hidup normal.

 

Apakah Perkara Utama Untuk Menjadi Kurus

Dalam isu kat atas ni, senaman dah ada, bagus, produk pun ada, mungkin boleh membantu tapi apa yang kurang?

Perkara utama untuk kurus adalah diet atau pemakanan yang betul. Ni yang kene letak mula-mula sekali tau.

 

cara kurus yang terbaik

Diet Betul Yang Bagaimana?

Pemakanan yang betul bukanlah mengelakkan nutrisi tertentu seperti langsung tak makan nasi, tapi pengambilan makanan yang sihat dan memenuhi keperluan nutrisi tubuh.

Pastikan kalori yang diambil (Calorie IN) kurang dari kalori yang keluar (Calorie OUT). Anda boleh rujuk entri Kenapa Gagal Kempiskan Perut Peha Dengan Senaman Seperti Crunches untuk lebih faham konsep ni.

 

cara kurus yang terbaik

Gaya Hidup Yang Aktif

Perkara kedua untuk kurus adalah mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Gaya hidup yang aktif ni bukanlah bermakna bersenam setiap hari atau perlu ke gym. Aktiviti seharian kita yang mengeluarkan peluh serta meningkatkan kadar denyutan jantung pun dah memadai.

Patutlah kawan saya yang anak berderet-deret, bekerja pulak tu, badan maintain slim. Tapi beliau kata, memang jadi tangan sotonglah time nak menguruskan anak-anak…hehe

 

Keperluan Produk Untuk Kurus

Fahami keperluan dan fungsi produk kurus terlebih dahulu. Ramai orang yang suka membeli produk kurus tanpa memahami bagaimana ia berfungsi untuk bantu untuk menguruskan atau mengurangkan berat badan.

Kandungan produk juga sangat penting untuk dikaji selidik agar ianya tidak memudaratkan kesihatan.

Ramai di antara kita yang memberli produk pelangsing kerana terpengaruh dengan testimoni dan gambar yang ditayangkan sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.

Tidak kurang juga yang terpengaruh dengan tawaran iklan yang sangat menarik perhatian.

Jadi, hanya beli mana-mana produk untuk kurus jika:-

1) Tahu fungsi, keperluan dan kandungan produk tersebut

2) Sudah mengamalkan diet/pemakanan yang betul

3) Mempunyai gaya hidup yang aktif

Selain daripada itu, pastikan juga produk kurus tersebut benar-benar berkesan, selamat, semulajadi dan terdapat nilai tambah mesra alam.

Mengambil produk tambahan sebenarnya adalah sebagai pelengkap kepada kekurangan nutrisi harian.

Dengan nutrisi yang cukup, badan kita dapat menjalankan fungsi untuk membakar lemak dengan lebih efisyen dan optimum.

 

Sikap Kita Terhadap Produk Pelangsing

Attitude (sikap) masyarakat malah diri kita sendiri, walaupun banyak produk pelangsing yang tak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tapi kita tetap juga nak cuba.

Sebab tengok orang lain macam ok jer, cepat jer kurus. Padahal, banyak yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap kesihatan diri sendiri.

Kalau kita tengok majalah kurus luar negara, yang undang-undang pengiklanan mungkin lebih ketat, walaupun ada gambar sebelum dan selepas untuk testimoni produk kurus, selalunya akan ada teks kecil kat bawah gambar tu yang menyatakan,

“Jangan gunakan produk ini tanpa diet dan gaya hidup yang betul. Keputusan nampak perubahan yang ketara. Anda mungkin mempunyai perubahan yang berbeza. Individu yang anda nampak ini melalui proeses diet dan senaman yang sangat ketat”

Jadi ini mengambarkan rahsia kurus ialah diet yang betul dan gaya hidup yang aktif. Produk hanya boleh membantu sekiranya kita memilih produk yang betul-betul terbaik! Ketahui juga Perkara Asas Tentang Diet & Senaman agar dapat membantu kita untuk kurus.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge