• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Sebagai seorang yang tidak pernah berniaga, tidak ada latar belakang ahli perniagaan, tapi baru cuba berjinak-jinak untuk buat bisnes, menjadi agen dropship adalah salah satu daripada pilihan terbaik yang ada.

Pada zaman teknologi maklumat yang serba canggih ni, lagilah mudah kalau buat perniagaan secara dropship. Semuanya di hujung jarilah kiranya.

Tapi wajib lah ada smartphone atau laptop serta internet.

Anda tahu tak yang bisnes Shaklee ni pun bisnes dropship?

Tak sangka saya, masa saya mula-mula nak berkecimpung dengan Shaklee ni dulu, bila tanyakan bakal mentor masa tu tentang Shaklee ni, rupanya-rupanya ia adalah dropship.

Tapi apa kelebihan kita buat bisnes sebagai agen dropship ni?

 

6 Kelebihan Menjadi Agen Dropship

 

1) Modal Kecil

Nak jadi egen dropship ni, modal dia kecil jer. Atau sesetengah tu, tak memerlukan modal langsung.

Macam Shaklee, hanya perlu bayar yuran keahlian sahaja.

Untuk mendaftar ahli, hanya perlu RM 79.50 bagi alamat di Semenanjung Malaysia dan RM 90.10 bagi alamat di Sabah dan Sarawak. Nanti ahli akan terima member kit yang sangat menarik serta panduan pelan bisnes Shaklee.

Kalau nak percuma keahlian, buat belian barang sebanyak 200 uv atau point. Tapi ada juga cara kalau nak percuma jadi ahli tanpa beli barang sendiri tau 🙂

 

 

2) Peluang Jana Pendapatan Lumayan

Apabila kita jadi agen dropship ni, semakin banyak order yang kita dapat dan uruskan, maka semakin banyak keuntungan yang bakal kita perolehi.

Jangan tak tahu, dah ramai agen dropship yang dah menjana pendapatan 4 angka tau.

Jadual berikut merupakan anggaran kasar bonus yang bakal diterima oleh pengedar Shaklee.

 

 

Bestnya sumber pendapatan bisnes Shaklee ni, bukan sahaja bonus, tapi daripada untung runcit juga (pendapatan Shaklee = Untung Runcit + Cash Bonus).

Ni belum kira Car Bonus serta Leadership Bonus lagi yang semuanya dalam bentuk casah yang akan di bank in ke dalam akaun kita tiap-tiap bulan sekiranya kita layak.

 

| Baca Juga Cara Jana Pendapatan Walaupun Sedang Bercuti Tanpa Gaji

 

3) Sangat Praktikal

Untungnya menjadi agen dropship ni apabila kita tak perlu bersusah payah pecah kepala nak fikirkan macam mana proses penyimpanan stok, pembungkusan dan penghantaran barang.

Segalanya akan diuruskan oleh pihak pengeluar atau syarikat yang terlibat “from A to Z”.

 

 

4) Fleksibel (Bekerja Dari Mana-mana)

Asal ada laptop atau smartphone dan internet, boleh dah buat bisnes dropship ni di mana-mana pun.

Tak perlu tunggu kita nak kene berada di pejabat atau mana-mana stesyen kerja khas. Sambil-sambil jaga anak pun boleh buat. Atau sambil bercuti dengan keluarga pun, masih boleh teruskan bisnes ni.

Sebab tulah, bisnes droship ni sangat sesuai dengan status sebagai seorang surirumah. Nanti dapat pula status surirumah bergaji 🙂

Hubungan antara kita dengan supplier atau pihak syarikat pun dapat berjalan macam biasa.

Macam Shaklee ni, hubungan kita berkembang setapak ke depan lagi apabila kita sebagai agen, perlu konsult customer dan dari situ ukhwah semakin berkembang.

Biasanya kita boleh saling berhubung melalui email, telefon, whatapps, facebook dan macam-macam lagi aplikasi yang ada sekarang ni.

 

5) Tiada kos operasi

Sebagai agen dropship, kita tak perlu pun sediakan kos gaji pekerja, kos bil utiliti (elektrik dan air), sewa tapak atau kedai dan sebagainya lah.

Semuanya pihak syarikat atau supplier yang perlu uruskan. Wahhh, aman sejahtera hidup, kan?

Yang perlu hanya bil internet. Tu pun kalau kat kawasan yang takde wifi.

 

6) Tiada Risiko

Disebabkan menjadi agen dropship ni kita tak perlu simpan stok atau bayar pelbagai jenis kos, khasnya kos operasi, maka risiko kerugian hampir tiada atau takde risiko langsung.

Kita hanya buat duit untung bila ada pembeli.

Cuma rugilah kalau tak usaha bersungguh-sungguh kan?

Nak lagi untung, jadilah agen dropship dengan Shaklee. Selain menjadi dropshipper, banyak lagi peluang yang diberikan untuk kita berkembang dan meraih pendaptan tanpa had (infiniti). 

 

Cara Join Ahli Untuk Buat Bisnes Dropship Shaklee

Untuk join ahli Shaklee, anda hanya perlu hubungi saya dan berikan details serta bayaran keahlian untuk pendaftaran nanti. Kalau nak tahu cara dapatkan free membership pun boleh.

Lepas tu, saya akan berikan Task Pertama bagi melayakkan anda dimasukkan ke dalam group ekslusif, Group Sokongan iReach (sebagai tanda anda komited dan serius ingin memulakan bisnes).

Jangan risau, Task Pertama ni mudah jer tau.

Jika ada sebarang soalan atau nak dapatkan vitamin Shaklee, beserta nak daftar ahli Shaklee juga, anda boleh hubungi saya di:-

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge