• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Squat adalah salah satu pilihan ramai orang terutamanya para wanita yang ingin mendapatkan bentuk punggung, peha dan betis yang cantik. Oleh itu diwujudkan pelbagai jenis cabaran squat termasuklah “30 Days Squat Challenge“. Yang menariknya, ramai di kalangan kita yang memberikan respon yang positif dengan cabaran ini.

 

Namun Adakah Cabaran 30 Hari Squat Merupakan Satu Idea Bagus?

Menurut pakar kecergasan Malaysia, Kevin Zahri, Cabaran 30 Hari Squat ni bukanlah sesuatu aktiviti yang bagus. Sememangnya squat akan bantu membentuk punggung, peha dan betis, namun cabaran sebegini tidak memberikan sesuatu yang sebenarnya dikehendaki kerana pembentukan otot bahagian tersebut perlulah secara sihat.

3 perkara utama untuk membentuk punggung, peha dan betis secara sihat dan menawan ialah:-

  1. Buang Lemak (Fat Loss)
  2. Bina Otot Sihat (Build Muscle)
  3. Ritensi Air (Water Retention)

 

Apakah Keburukan Cabaran 30 Hari Squat?

Sewaktu melakukan senaman Squat yang berkualiti, akan berlaku proses regangan (stretch)  dan kuncupan (contract) pada otot yang terlibat seperti otot punggung, betis dan peha.

Proses ini akan berlaku secara berterusan sehingga kita rasa sudah tak mampu untuk meneruskan Squat pada waktu tersebut. Pada saat ini, otot akan mencapai tahap-tahap tertentu sehingga menyebabkan otot keletihan.

Seterusnya otot akan mengalami microscopic tear (koyakan microskopik) di sepanjang otot yang terlibat.

Sebab tulah kita akan berasa sakit otot pada hari berikutnya. Kalau orang yang jarang atau tak pernah melakukan senaman, apatah lagi Squat, ada masanya terasa seperti dah tak boleh nak berjalan.

Tapi ini juga merupakan petanda yang baik kerana kita telah melakukan sesuatu yang betul.

Sebaik sahaja berlaku koyakan otot, badan akan memberi signal untuk mendapatkan protein, nutrien dan sebagainya bagi memulihkan serta menguatkan otot tersebut.

Lebih kurang macam nilah percakapan otot dan badan. Otot cakap ” Saya tak cukup kuat untuk lakukan Squat lagi, jadi tolonglah jadikan saya lebih kuat dan lebih besar”. Sebab tulah nutrien dihantar ke bahagian otot yang terlibat.

Dalam proses pemulihan, otot yang terkoyak tadi memerlukan masa selama 2-3 hari untuk sihat sepenuhnya. Ini bermakna, kita TIDAK boleh melakukan Squat dalam tempoh tersebut (2-3 hari berikutnya). Kalau tak, otot tidak dapat dirawat dengan sempurna dan akan terus mengalami koyakan berterusan.

 

 

Jadi, Apakah Penyelesaiannya?

  1. Lakukan Squat @ Lower Body Workout pada hari pertama
  2. Lakukan Upper Body Workout pada hari ke-2
  3. Lakukan Kardio @ Core Workout pada hari ke-3
  4. Rehat pada hari ke-4
  5. Ulang proses nombor 1-4.

Dengan melakukan proses senaman termasuk Squat sebegini, ianya akan memberi masa yang secukupnya untuk otot berehat dan dirawat secara menyeluruh di antara waktu senaman.

Jika kita melakukan senaman yang sama secara berulang-ulang setiap hari, otot tidak ada masa yang cukup untuk membesar, membentuk dan pulih sepenuhnya. Yang kita dapat, hanya mencapai misi cabaran jer.

 

Apa yang paling penting adalah teknik senaman tau. Jangan main belasah bersenam sampai merosakkan badan di kemudian hari. Ini pun mungkin boleh menjadi salah satu jawapan kepada orang yang bersenam setiap hari, tapi result tetap menghampakan. Dah otot rosak kan, macam mana nak bakar kalori dengan efisyen, ye tak?

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge