• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Entri untuk hari ke-8 bagi Cabaran 30 Hari Entry pada kali ini ialah tentang Lokasi Pelancongan Impian Anda. Entah kenapa, setiap kali mendengar nama Brunei, hati saya terasa nak sangat pergi ke negara ini. Saya bukan pernah search secara serius pun berkenaan Brunei ni tapi memang sejak dari bangku sekolah menengah lagi, hati seakan meronta-ronta ingin menjejaki negara tersebut.

Di antara gambar tempat-tempat menarik di Brunei yang saya pinjam dari blog mylinart ialah seperti berikut:-

Melawat Brunei
Arca di Kampung Air
Melawat Brunei
Masjid Sultan Hassanal Bolkiah
Melawat Brunei
Rekabentuk Indah Tangga Masjid Sultan Hassanal Bolkiah
Melawat Brunei
Perahu Yang Mempunyai Simbolik dan Pernah Diadakan Persembahan Keagamaan

Sewaktu saya mengikuti suami bertugas di US pada tahun 2008-2011, sempat juga saya berkenalan dengan warga diplomat Brunei di sana. Mereka semua memang mesra dan menyenangkan. Di sini saya kepilkan beberapa keping gambar sewaktu kami menerima jemputan lunch santai daripada Dina A. Karim dari Brunei. Memang superb ikatan ukhwah geng-geng Malaysia-Brunei ni.

Jemputan ini sebenarnya bukan yang formal. Berbesar hati betul kami dengan kawan-kawan Brunei terutamanya tuan rumah, Dina A. Karim yang menyediakan pelbagai juadah yang sedap sangat. Lepas tu, saya dan Kak Lily siap dapat souvenir lagi sebagai tanda ingatan kerana kami akan pulang ke tanah air for good.

Kenangan Malaysia-Brunei
Dari kiri: Kak Lily, Kak Aminah, Dina, Puan Hanimah, Naimah
melawat brunei
Sesi berkaraoke, dari kiri: Kak Aminah, Kak Noor, Rena, Kak Ann, Lynn, Puan Hanimah, Naimah, Puan Suriyyah, Kak Norly dan Kak Lily
Geng Malaysia-Brunei
Posing lagi: Dina A. Karim, Lynn, Rena dan Naimah
Geng Malaysia-Brunei
Aktiviti wajib – pose pelbagai gaya berramai-ramai…hehehe

Malah isteri kepada Duta Brunei iaitu Datin Mahani begitu merendah diri, mudah didekati dan menyenangkan sesiapa sahaja yang baru mengenali beliau. Biarlah gambar berbicara. Ni first time saya berjumpa dengan Datin Mahani sewaktu beliau menghadiri jemputan makan tengah hari di rumah salah seorang warga Malaysia. Terasa seperti sudah lama kenal beliau.

Geng Malaysia-Brunei
Dari kiri: Naimah, Kashful, Datin Mahani, Lyn (my dear neighbor) dan Kak Fazilah

Dapat berkenalan dengan orang-orang Brunei pun dah rasa happy, ni belum pergi lagi ke sana. Ni pun saya buat entri ni terasa semangatnya dan auranya semacam jer…hehehe

melawat Brunei
Sultan Hassanul Bolkiah – contoh pemimpin terbaik alaf baru

Kenapalah saya terlalu taksub dengan Brunei ni? Rasanya kene check balik susur galur keturunan nampaknya, mana tahu kot-kot ada darah Brunei yang mengalir dalam badan saya ke???? hahahaha……sampai macam tu sekali.

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

Terima kasih :)

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,

New-Name-Card

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Brunei Negara Impianku | Hari #8; Cabaran 30 Hari Entry

    1. ye ker cik tom??? nama dia alamak, Melissa Lynn ke ape plak… tapi binti Anwar. Dia dulu mmg blaja kat US. Hubby dia nama Yus. Org KT, ada abang? hahaha….excited punya pasal, soklan yang tak ditanya pun kabo…
      wahh, nak kene jejak kasih ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge