• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi kita. Namun adakah susu ibu boleh tercemar dengan sebab-sebab tertentu?

 

Info Tentang Pencemaran Susu Ibu

 

 

ibu dan bayi

 

1) Potensi untuk susu ibu tercemar adalah sangat minima. Ini kerana ia bergantung kepada cara pengendalian semasa memerah susu ibu. Ibu perlu memastikan tangan, peralatan, bekas menyimpan susu adalah bersih.

 

2) Susu ibu mungkin tercemar sekiranya ibu terdedah kepada ubatan kimoterapi, heroin. Walaubagaimanapun, badan kita mempunyai sistem penapis bahan-bahan yang tidak elok. Maka peratusan ianya tersalur kepada susu ibu adalah sangat sedikit.

 

3) Para ibu yang terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat perlu menghabiskan masa bersama bayi dengan lebih lama. Tujuannya adalah untuk membentuk sistem pertahanan badan yang akan disalurkan kepada bayi apabila bayi menyusu.

 

4) Susu basi adalah mitos

 

5) Susu ibu mengandungi prebiotic yang tahan lebih lama berbanding susu formula (FM).

 

6) Payudara adalah sterile secara semulajadi sifatnya.

 

7) Jenis pemakanan ibu akan mempengaruhi warna dan rasa susu.

 

8) Anak-anak yang menyusu susu ibu biasanya mudah untuk makan pelbagai makanan apabila berusia 6 bulan kerana telah diperkenalkan dengan pelbagai rasa sejak dari kecil lagi melalui susu ibu.

 

9) Susu ibu adalah benda hidup, berbanding FM yang sifatnya adalah “mati”.

 

10) Proses menyusukan bayi adalah satu proses yang menakjubkan.

 

11) Tidak ada sebarang FM yang dapat menyerupai susu ibu. Susu ibu yang dibekukan, walaupun akan kehilangan sedikit zat asal, masih jauh lebih baik daripada FM.

 

12) Kesimpuannya, adalah sukar bagi susu ibu untuk tercemar.

 

 

bayi comel yang menyusu badan lebih sihat-cute baby

 

Untung kan dapat menyusu bayi kita sendiri? Di samping zat-zat yang tidak dapat diperolehi dari FM, bonding antara ibu dan bayi pun lebih rapat.

 

Masih belum terlambat untuk kembali kepada amalan breastfeeding. Jom kita sahut seruan Dynas untuk menjadikan BREASTFEEDING IS A TREND!

 

Ketahui juga tentang Susu Ibu vs Susu Formula. Pasti anda teruja tentang keajaibannya!

 

Kalau anda menghadapi situasi susu badan yang merudum, jemput ke entri Petua Kayakan Susu Badan.

 

Anda juga boleh mencuba Set Susu Melimpah-ruah.

 

Hubungi saya sekiranya terdapat sebarang persoalan atau ingin membuat order.

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019-937 7380

Shaklee ID: 1001144

 

Rujukan:

Wanita Hari Ini 20 Julai 2011,

bersama Dr. Nurashikin, O&G specialist dari Hospital Sg. Buloh.

Pn Nor Kamariah, susuibu.com.

Dynas, DNA 

Pn Nurshima, MLO

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge