Pernah dengar tentang penyakit Palsi Bell (Bell’s Palsy) tak? Bell’s Palsy ialah penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. Sekiranya tiada sebab dapat dikenal pasti, keadaan ini dinamakan Bell’s Palsy.
Penyakit ini mendapat nama sempena ahli anatomi daripada Scotland yang bernama Charles Bell, yang merupakan individu pertama yang menjumpainya.
Sebab Berlaku Bell’s Palsy
Bell’s Palsy adalah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Bell’s Palsy melibatkan kerosakan saraf muka ke-7. Walaupun sebab berlakunya penyakit ini tidak jelas, namun mungkin boleh jadi akibat jangkitan herpes. Ada kemungkinan juga akibat stress yang melampau.
Gejala Penyakit Bell’s Palsy
Gejala penyakit Bell’s Palsy ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejalanya termasuklah:-
- perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
- kesukaran ketika makan dan minum
- melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka.
- kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
- mata atau mulut yang kering.
- rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
- kelumpuhan muka pada satu bahagian yang na untuk menutup satu mata
- sakit kepala
- kehilangan deria rasa
- sakit di bahagian belakang atau depan telinga
- kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian terkena penyakit.
- gerenyetan pada muka
- rasa lemah pada muka.
Rasanya memang tak boleh nak bayangkan kalau terkena penyakit Bell’s Palsy ni, minta dijauhkan Allah. Akibat Bell’s Palsy, wajah anggun atau kacak selama ini boleh bertukar rupa dalam sekelip mata. Penyakit ini boleh dikatakan akan mengubah perwatakan seseorang daripada periang dan peramah menjadi pemurung dan suka memencilkan diri.
Jangan lupa untuk ke entri yang seterusnya tentang Kaedah Rawatan Penyakit Bell’s Palsy dan Penjagaan Diri Pesakit Bells Palsy agar, sekiranya ada di antara sesiapa yang kita kenal atau diri kita sendiri yang terkena penyakit ini, tahu macam mana nak merawat penyakit Bell’s Palsy ni.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
first time dengar bab penyakit nih.
ngeri betul penyakit nih.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 547-584
Kannn, memang jarang malah tak pernah dengar pun sebelum ni
penyakit yang tak terlintas langsung di fikiran
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Kan, nama cam best je, rupa2nya sejenis penyakit
penyakit macam ni pun ada… ? macam2.. heheh
Tulah pasal, memang ramai yang 1st time dengar.
memang 1st time dengar tu pun baca dari blog myliferia.com..
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Thanks sudi berkunjung?
pernah jumpa 2 org penyakit begini….
nauzubillah
tp yg seorg tu dah sembuh
Ummi Hanie recently posted…5 Tips Membeli Sandals wanita
Memang pun, nauzubillah, semoga kita sentiasa dilindungi-Nya
Alhamdulillah sembuh juga dari penyakit ini,semoga kita semua dilindungi-Nya dari segala penyakit
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Alhamdulillah, aameen