Pepatah melayu ada menyebut, “Mati semut kerana gula”. Malah sering kita mendengar istilah dan ungkapan negatif tentang gula iaitu “Gula itu racun”, “Gula penyebab pelbagai penyakit kronik”, “Gula itu memudaratkan kesihatan”. Namun, sejauh mana bahaya gula ni terhadap kesihatan kita?
Sejarah Gula
Menururt Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu dengan tebu kuning dan tebu hitam yang biasa digunakan.
Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar gula terbesar mengikut Wikipedia ni ialah Brazil, India, China dan Pakistan.
Batang tebu yang tebal menyimppan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengn sukrosa ini, gula dihasilkan.
Gula Itu Adalah Racun!
Pada tahun 1929, Sir Fredick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisma glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazin dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sebaliknya pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk pribumi Panama tidak mengidap penyakit kronik tersebut.
Kenapa ini Berlaku? Ini kerana pemilik tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak, sedangkan pemototng tebu sekadar mengunyah keratan tebu.
Impak negatif gula putih halus turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.
Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan yang gula putih halus sebagai “racun“. Dr. Martin membuat takrifan ini dari segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasikan ke dalam tubuh, ditelan atau diproses dalam tubuh akan menyebakan atau berkemungkinan besar menyebakan penyakit.
Beliau tururt mengklasifikasikan gula ni sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya yang rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.
Tetapi gula akan “melahap” vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manuasia, dan antaranya adalah untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.
Pengambilan gula setiap hari juga dilapor akan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Ledakan Penyakit Diabetes
Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat telah menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.
Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar Ho Cihi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar telah mengidap Diabetes Jenis 2, tidak termasuk rakyat negera itu yang disahkan sebagai pesaktit diabetes.
Tu negara Vietnam yang kebanyakan rakyatnya kurus-kurus, bayangkan kat Malaysia ni yang ramai penduduk terlebih berat badan dan obes. Oh, tidak!
Diabetes Jenis 2, paling lazim berlaku disebabkan oleh paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman/aktiviti fizikal. Ia antaranya boleh menjadi punca kegagalan ginjal dan penyakit jantung.
Di peringkat global pula, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang 2025 akan terdapat 147 juta orang pengidap diabetes berusia 60 tahun tau lebih.
Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah pengidap diabetes.
Pada tahun 2009, sebanyak 17% daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21% rakyat mengalami kegemukan dan 6.2% lagi obesiti.
Rasanya semua info ni sangat membimbangkan. Kalau kita ni penggemar tegar makanan manis, baik mula kurangkan. Takkanlah kita nak habiskan masa (terutamanya sewaktu dah senja) dan wang kita untuk mengubati penyakit diabetes atau penyakit kronik yang lain akibat ketidakprihatinan terhadap kesihatan semasa sekarang, kan? Namun terdapat beberapa jenis Gula Semulajadi Sebagai Alternatif Pengganti Gula Putih yang boleh diambil.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
ciktom ganti gula dgn stevia dari awal tahun lepas…lepas da biasa kurang minum manis ni..bila rasa je yang manis2 terus rasa susah anak tekak nak telan..hihi
Betul, manis ni kadang psikologi gak sebenarnya
Fuhh… boleh dikata kebanyakkan kita termasuk saya setiap hari minum dgn kandungan gula mcm tu.. thanks sharing info ni ye.
Khir Khalid recently posted…Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video ‘YEO’S, I Love Malaysia’
Kan, kita semua memang ambik gula hari-hari. Nak kene tukar kepada gula perang, gula melaka, madu atau maple syrup plak.
Semoga bermanfaat
gula penyedap minuman dan masakan serta pembekal tenaga.
jika .berlebihan memudaratkan kesihatan
Hero Borneo recently posted…3 Rahsia Mudah Untuk Dicintai
Betul betul betul, kurangkan pengambilan gula lebih baik
gula sebagai pembekal tenaga aje.
itu konsep pemakanan aku la.
sebab aku memang jenis guna gula setiap hari sebab jenis bersukan dan banyak bergerak. Metabolisme memang tinggi la.
kalau tak, tenaga tak banyak sebab memang jarang makan banyak sangat.
so, memang kena ambil air bergula setiap hari.
tapi topup air mineral lebih dari 8 gelas setiap hari + makan sayur banyak.
titan recently posted…Five Tips for Purchasing Property at an Auction
Betul dah konsep tu, cuma gula putih tu better ganti dengan gula lain
kat rumah memang guna madu, sirap maple dengan stevia.
tapi kalau kat luaq, tak semua tempat ada benda tu semua.
kekadang, terpaksa telan gak.
tapi sebab badan jenis metabolisme tinggi, berpeluh pun senang.
so..in-shaa Allah takde hal sangat.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 547-584
Memanglah kan, tak dapat nak elak kat luar. Tapi kawal dan beringat je. Semoga sihat sokmo incik titan
Kena cari alternatif lain nie untuk mengurangkan jumlah pengambilan gula hari2.
Afiqah recently posted…Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500
Kannn, nak tukar habit tu mencabar sikit tapi tak mustahil