• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Selalunya seseorang tu berasa kebal apabila telah sembuh daripada serangan denggi kali pertama. Hakikatnya, hampir 90% kes jangkitan sekunder berlaku kepada mereka yang pernah mendapat denggi sebelum ini. Sebabnya imunisasi tidak hadir untuk semua jenis denggi, menurut Dr. Mat Rifin, Perunding Kesihatan dari Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Adalah mustahak bagi seseorang mangsa denggi untuk melindungi diri daripada serangan kali kedua. Demam Denggi terdiri Denggi Jenis 1, 2, 3 dan 4 biasanya mendominasi pada musim-musim berbeza.

Kitaran denggi pula dikatakan hadir pada setiap 8 atau 40 tahun.

Pakar Nutrisi Shaklee berkongsi info yang sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang pernah atau sedang mengalami demam denggi.

 

 

Denggi ni tidak memilih mangsa tertentu. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk bertindak membanterasnya bagi memastikan keluarga dan persekitaran kita bebas daripada penyakit maut ini.

 

4 Jenis Denggi Yang Patut Diketahui & Dikenalpasti Agar Dapat Dirawat Segera

1) Demam Denggi Biasa

  • paling kerap berlaku
  • simptom seakan-akan dselsema dan bertahan selama 1-2 hari sahaja
  • tidak mengalami tanda-tanda lain demam denggi klasik
  • malah pesakit tidak sedar diri dijangkiti virus denggi

 

2) Demam Denggi Klasik

  • demam tinggi tiba-tiba sehingga suhu boleh cecah 40 darjah C.
  • sakit & sengal pada sendi seluruh tubuh, sakit kepala dan sakit dalam bebola mata.
  • mual, muntah-muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit-birit.
  • mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal mula timbul pada hari ke-3 atau ke-4 selepas mula demam.

3) Demam Denggi Berdarah (DDB)

  • paling digeruni tapi jarang berlaku dan hanya 5% pesakit DDB yang meninggal dunia.
  • kerap berlaku pada kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi jenis berbeza.
  • antara hari ke-3 hingga ke-7, bermula tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk berdarah dan pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam).
  • mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru
  • ini akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pluera dan abdomen) – kepekatan darah meningkat
  • saluran darah kecil pecah dan platlet menurun sebabkan pendarahan berat atau ringan.
  • maut bukan sahaja akibat pendarahan luaran tapi juga dalaman yang sukar dikesan
  • semua pesakit denggi berpotensi dapat DDB walau dijaga rapi sebab ekoran tindakan antibodi badan
  • Pecahan DDB mengikut gred berdasarkan simpton serangan:-
    • Gred 1 – Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian tourniquet yang positif (menunjukkan pendarahan berlaku)
    • Gred 2 – Tanda-tanda Gred 1 dan pendarahan secara rawak (tiba-tiba)
    • Gred 3 – Tanda-tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi laju/lemah, tekanan darah rendah, kulit lembap/sejuk)
    • Gred 4 – Kesan renjatan yang jelas sehingga nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.

 

cara rawat demam denggi

 

cara rawat demam denggi

4) Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS)

  • DSS sama dengan Gred 4 DDB
  • paling bahaya dengan kadar kematian tertinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah (pendarahan) ke dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit.
  • badan pesakit seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB beserta tekanan darah jatuh mendadak.
  • semua simptom boleh muncul selepas 3-6 hari demam bermula.
  • suhu badan berubah tiba-tiba dari amat panas kepada suhu bawah paras normal.
  • bacaan platlet jatuh mendadak
  • tekanan darah amat rendah sehingga gagal dapatkan bacaan tekanan
  • sakit tulang belakang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup (semua jenis demam denggi kecuali demam denggi biasa)
  • petanda awal DDB yang mungkin berkembang kepada DSS:-
    • sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan
    • perubahan suhu badan secara mendadak; daripada demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas.
    • jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher.
    • jangkitan pada hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru turut boleh dijangkiti.

 

Seram memang seram. Saya percaya ramai di antara kita yang memandang remeh jer pasal denggi ni, Hakikatnya, penderita demam denggi kalau dah tahap DDB dan menuju ke tahap DSS, memang sangat terseksa menanggung kesakitan.

Malah, tak kurang juga yang mengandaikan tubuh mereka telah imun pada virus denggi selepas jangkitan pertama. Padahal ramai mangsa yang menanggung kesakitan berganda pada jangkitan yang seterusnya. Ketahui juga 5 Cara Merawat Denggi Secara Semulajadi Tanpa Ubat Berbahaya.

Hanya 10 minit kita perlukan setiap sehari dalam seminggu untuk memastikan sarang dan tempat pembiakan nyamuk Aedes dihapuskan. Semoga kita semua terpelihara daripada bahaya denggi ni.

 

Hapuskan Aedes, Lenyapkan Denggi

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Bahaya Demam Denggi Yang Berulang Kali Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge