Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Biasa kan dengar ayat macam ni tentang rezeki, kan?
Kalau bukan rezeki kita, makanan dalam mulut pun boleh terjatuh ke tanah. Bila dimakan oleh ayam, jadilah rezeki si ayam tu.
Bila dah Allah katakan tu rezeki kita, susah macam manapun cabarannya, pasti ia tetap milik kita jua.
Namun, kita ni kan makhluk, hamba-Nya yang penuh dosa dan kekurangan.
Nak apa-apapun, perlukan usaha.
Macam kita nak minum air kelapa fresh. Perlu panjat pokok kelapa. Dah dapat buah kelapa muda, perlu kopek pula kelapa tu. Belah buah kelapa, baru boleh minum.
Paling mudah pun perlu beli kat kedai. Tapi mudah-mudah nak beli pun, perlu ada duit. Duit tu nak dapat, perlu kerja.
Lagikan kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun berniaga dan menggembala binatang untuk mendapatkan rezeki. Berperang untuk mempertahankan Islam dan memperjuangkan usaha-usaha dakwah.
Kalau tak, tak rasalah rezeki Islam kita pada hari ini.
Jadinya, kita ni yang jauh panggang daripada api berbanding junjungan besar Rasulullah ni, nak bergolek-golek lagi ke atas tilam sambil mengharapkan rezeki sejelepuk jatuh dari langit kah? Silalah mereput ???
Semua rezeki sudah diatur oleh Allah.
Betul. Memang rezeki tidak pernah salah alamat