Nak berjaya bukan mudah. Mesti melalui kepayahan, pengorbanan, air mata dan kesakitan.
Mak aiii, seriau jer dengar kan? Itulah asam garam orang nak berjaya. Tapi tapi bila dah berjaya tu, manisnya terasa selamanya.
Hilanglah segala kesakitan dan pengorbanan serta jerit-perih selama ni.
KIM pun pernah rasa macam fail jer nak buat biz ni. Bila kita contact orang, orang tak nak, padahal kita nak sangat tolong orang sihat dengan produk yang terbaik.
Mana tak frust kan, bersengkang mata bangunkan blog, tapi sunyi jer.
Pernah rasa bosan dan macam malas nak layan dah. Rasa aku takde bakat bisnes dan lain-lain lagi lah (hahahaha….jiwang pula?)
Tapi, apabila teguran Allah mengetuk pintu hati, baru KIM sedar yang bab-bab rezeki dan pertolongan Allah ni sentiasa ada.
Dulu rasa payah jer nak jual Vivix (Vivixlah kene jadi contoh sebab produk paling premium seh)
Sekarang Alhamdulillah, bulan ni saja pernah tengah malam dan keesokan paginya orang daftar ahli dengan Vivix.
Pagi ni orang Brunei confirm nak beli Vivix pulak.
Syukur Alhamdulillah.
Jadi mind set tu memang perlu diubah. Nak berjaya, ikut cara orang berjaya.
Sekali lagi, sentiasa betulkan niat. Kita buat part kita, yang seterusnya serah pada Allah. Pastikan Dia sentiasa dengan kita di awal, pertengahan dan akhir setiap sesuatu.
Berapa kali pun kita tersungkur, bangkitlah segera. Tidak kiralah dengan luka ataupun parut lama. Itulah yang akan menjadi memori terindah nanti.
Naimah Wahab
019-937 7380
Founder of KIM Family