Betul Ke Set Penyusuan Shaklee Banyakkan Susu Ibu?
Kini semakin ramai ibu yang telah celik tentang khasiat susu badan dan terus berusaha untuk menyusu anak mereka seboleh-bolehnya sehingga berumur dua tahun. Namun, dalam keghairahan ingin menyusu secara terus, sering …
Kini semakin ramai ibu yang telah celik tentang khasiat susu badan dan terus berusaha untuk menyusu anak mereka seboleh-bolehnya sehingga berumur dua tahun.
Namun, dalam keghairahan ingin menyusu secara terus, sering berlaku kes susu merudum. Justeru itu, pelbagai cara dilakukan bagi memewahkan kembali susu mereka termasuklah pengambilan suplemen.
Apa yang perlu kita fahami terlebih dahulu ialah konsep asas penyusuan susu ibu. Pengeluaran susu ibu bergantung kepada keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Konsep supply vs demand atau permintaan dari bayi untuk menyusu akan merangsang penghasilan susu. Sebab itulah, para ibu disarankan agar menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Kerapkan juga menyusu kerana semakin kerap bayi menyusu, maka semakin banyak susu dihasilkan.
Sebab Susu Masih Kurang Walaupun Konsisten Pam dan Menyusu Secara Terus
- keperluan zat meningkat berbanding semasa mengandung dan sebelum menyusu
- stress
- kurang rehat
- masalah kesihatan
- penggunaan pil perancang
- pengambilan antibiotik dan sebagainya
- makanan tidak berzat dan seimbang
- teknik mengepam yang salah dan sebagainya
- kecederaan kalenjar susu
Justeru itu, pengambilan vitamin akan membantu mengatasi masalah yang dihadapi dengan syarat mereka perlulah masih konsisten mengepam dan menyusukan anak secara terus.
Set Penyusuan Shaklee dapat membantu para ibu menyusukan anak dengan lebih berkesan, bertenaga, gembira, sihat, cergas dan bahagia.
7 Vitamin Penting Dalam Set Penyusuan Shaklee
Vitamin #1: ESP
ESP adalah MILK BOOSTER kerana protein yang merupakan komponen utamanya menjadi pelengkap kepada susu ibu di samping membuatkan para ibu rasa bertenaga sepanjang hari dan tidak letih.
5 Khasiat ESP dalam Set Penyusuan Shaklee
Khasiat #1: Membentuk Sel Yang Sihat
Khasiat #2: Milk Booster
Khasiat #3: Pemberi Tenaga
Khasiat #4: Kawal Rasa Lapar
Khasiat #5: Mencantikkan Kulit
Nak tahu lebih lanjut tentang ESP bagi ibu yang menyusu, sila ke Magic ESP Bagi Ibu Menyusu.
Untuk mengetahui lebih terperinci tentang ESP ni, boleh klik di Kebaikan ESP Shaklee ini.
Vitamin #2: VitaLea
VitaLea diperkenalkan di dalam Set Penyusuan Shaklee bagi menampung kekurangan nutrisi yang menjadi salah satu punca utama susu merudum.
Apabila badan kekurangan nutrisi, segala organ dan sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lemah atau lemau gitu, maka production susu pun menurun.
VitaLea ni merupakan nama lain bagi multivitamin dan memgandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Punca-punca Kekurangan Nutrisi:-
- para ibu tidak makan pada waktu yang betul
- tabiat pemakanan para ibu yang tidak sihat
- ibu mengambil makanan yang tidak seimbang
- para ibu makan di luar – tidak tahu cara penyediaan makanan yang mungkin menyebabkan kehilangan zat
- reuse minyak bagi makanan bergoreng
- penggunaan bahan tambahan seperti perasa, pewarna dan pengawet
Untuk penngetahuan juga, VitaLea pun famous sebagai ENERGY BOOSTER dengan pengambilan sebanyak 2 biji sehari. Kalau makan sebiji tapi tak jalan, bukan salah mak tau…hehehe
Vitamin #3: Alfafa
Alfafa ni pun agak popular sebagai MILK BOOSTER. Selain daripada tumbuhan herba ni, fenugreek atau halba pun menjadi pilihan.
Alfafa ni pun orang panggil jamu moden wanita. Tahu tak kenapa? Sebabnya ia bertindak seperti kacip fatimah gitu. Alfafa dapat menghilangkan keputihan dan mengetatkan faraj. Wah, kembali ke zaman anak dara pulak ye :). Siapa tak suka kan, kan?
Sekiranya para ibu merasakan hubungan intim dengan suami semakin dingin, dicadangkan mengambil ESP, Alfafa dan VitaLea. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita (^_^).
Vitamin #4: B Complex
B Complex ni nama kampung dia Vitamin Gembira :). Kenapa ye? B Complex disarankan diambil di dalam Set Penyusuan Shaklee kerana ianya merangsang penghasilan hormon serotonin kat otak. Hormon inilah yang mengawal emosi kita. Lagi banyak hormon ni, happy sokmo para ibu :). Bila ibu-ibu sentiasa gembira dan tenang, maka penghasilan susu semakin meningkat.
Jadi, ucaplah selamat tinggal pada rasa murung, stress, moody, angin kus-kus, nak marah jer terutama time bulan mengambang atau akibat daripada bebanan kerja seharian dan seribu satu macam suasana dan ragam manusia di sekeliling kita. Selamat datang susuku yang melimpah-ruah, yeehaaaa!!!
Vitamin #5: Ostematrix
Sebab utama Ostematrix menjadi vitamin yang dicadangkan di dalam Set Penyusuan Shaklee ni adalah kerana fungsi kalsium:
- MILK BOOSTER
- Gantikan darah yang hilang – period
- mengatasi rasa lenguh badan
- Bagi ibu hamil – kurangkan risiko tumpah darah
- Pembentukan tali pusat (blood clot) yang baik.
- mengatasi rasa kebas badan
- Atasi sakit belakan
- Mengelakkan sembelit bagi ibu menyusus
Untuk mengetahui lebih terperinci lagi tentang bagaimana kalsium melakukan semua kerja-kerja di atas, bolehlah merujuk ke Kebaikan Ostematrix Shaklee Bagi Ibu Menyusu.
Vitamin #6: Chewable Vitamin C
Ibu-ibu tahu tahu tak? Semasa proses penyusuan, boleh jadi kalenjar susu kita tercedera. Tambahan pula kalau kita tengah stress dan serabut kepala. Kalenjar susu yang luka juga menjadi faktor penghasilan susu yang berkurangan dan kurang efektif.
Maka, Vitamin C Set Penyusuan Shaklee inilah yang berperanan untuk melindungi kecederaan kalenjar susu tersebut. Di dalam Vitamin C ni terdapat sedikit unsur kolagen. Kolagen inilah yang berfungsi untuk tolong merawat (seal) luka sekiranya terjadi.
Vitamin #7: Omega Guard
Omega Guard adalah sejenis minyak ikan yang dihasilkan oleh pihak Shaklee. Omega Guard ni optional sama ada para ibu nak masukkan ke dalam Set Penyusuan Shaklee ni ataupun tak.
Bagi bayi yang baru lahir, kita hanya berikan susu ibu sahaja tau, air kosong pun tak kasi, apatah lagi sebarang makanan lain. Omega Guard ni bagus sangat untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, tapi bukan nak suruh kasi direct kat baby tu. Sebagai alternatif, ibu menyusu boleh mengamalkan Omega Guard ni, jadi segala khasiat dapat disalurkan kepada bayi.
Omega Guard ini juga sangat bagus untuk imunisasi anak dan juga mengurangkan radang eczema jika anak atau bayi anda mengidapi masalah ini.
Walaupun Vitamin C juga bagus untuk imunisasi bayi, tapi Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Analoginya, Vitamin C ni adalah doktor dekat hospital kerajaan, nak jumpa kene tunggu turn yang lama, Omega Guard ni kita pergi ke klinik swasta. Doktor-doktor hospital kerajaan jangan marah ye, heeeee. Semua doktor kerajaan dan swasta bagus-bagus, cuma tempoh nak dapatkan rawatan tu yang agak berbeza.
Saya yakin, ramai ibu yang sangat prihatin dan ingin memberikan yang terbaik untuk si manja masing-masing kan? Apa kata kali ini para ibu mencuba Set Penyusuan Shaklee pula. Rasai kepuasan yang telah dialami oleh ramai ibu bahagia sebelum ini. Ibu gembira lagi menawan, anak pun kenyang. 🙂
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk yang terjamin bersih, berkhasiat, berkesan, semulajadi lagi mesra alam ini 🙂
Sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan, boleh mengisi Order Form dengan klik di sini.
Andai terdapat sebarang persoalan atau inginkan konsultasi, sila isi Contact Form di bawah atau boleh terus menghubungi saya ye.
Terima kasih 🙂