Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya | Hari #18; Cabaran 30 Hari Entry
Kali ini part motivasi untuk diri sendiri. Walaupun rasa macam perasan bagus jer, tapi sebenarnya kita patut ada rasa yakin diri serta sentiasa positif tentang diri-sendiri. Saya perlu scan diri …
Kali ini part motivasi untuk diri sendiri. Walaupun rasa macam perasan bagus jer, tapi sebenarnya kita patut ada rasa yakin diri serta sentiasa positif tentang diri-sendiri.
Saya perlu scan diri sendiri ni berhubung 3 perkara yang saya sukakan tentang diri saya. Hasilnya, perkara tersebut ialah:-
Mudah Didekati
Saya ni kalau orang tak kenal, mungkin orang nampak macam pendiam. Tapi saya sebenarnya jenis mesra alam punya orang….hehehe. Peramah pun ye.
Cuma saya takdelah nak beramah-mesra dengan orang yang tidak dikenali. Karang semacam pulak orang tengok.
Bakat Kaunseling
Saya memang meminati bidang psikologi dan kaunseling. Walaupun tidak berada di dalam bidang tersebut, saya sering menjadi tempat untuk meluahkan perasaan sejak dari dahulu sehingga sekarang.
Pernah sewaktu saya di universiti dahulu, seorang senior meluahkan dan berkongsi masalah keluarganya tanpa saya bertanya. Kawan-kawan yang berada di dalam keadaan dilema tentang sesuatu pun ada merujuk kepada saya.
Selalunya saya tidak mencadangkan jalan penyelesaian kepada mereka. Saya biasanya suka membawa mereka berfikir tentang baik buruk serta priority pilihan yang melibatkan keputusan yang bakal diambil nanti.
Kenapa? Sebab, keputusan yang sama mungkin mendatangkan kesan yang berbeza bersesuaian dengan kehidupan masing-masing.
Menjaga Rahsia
Kalau bab-bab rahsia ni, kalau orang dah bagitau “tolong rahsiakan”, inshaa Allah saya akan simpan kemas-kemas. Pada saya, apabila seseorang berkongsi rahsia dengan kita, bermakna kepercayaan yang diletakkan pada kita adalah sangat tinggi.
Jadi, amatlah penting untuk kita menjaga setiap kepercayaan tersebut. Andai kata kepercayaan sudah tiada, nak dapatkannya kembali bukanlah mudah.
Gabungan menjaga rahsia dan mudah mesra menjadikan diri seseorang itu mudah didekati dah dipercayai oleh orang lain. Apabila mendapat kepercayaan seseorang, itu petanda diri anda adalah penting.
Oke, dah cukup 3 perkara. Karang kalau panjang-panjang, ada yang sebu perut pulak…hehehe
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab