Bunuh Diri Gambaran Tauhid Yang Goyah
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Kalau di Jepun, bunuh diri telah menjadi budaya, misalnya harakiri iaitu tindakan membunuh diri demi menjaga maruah oleh kesatria Jepun. Jadi, tak hairanlah Jepun memegang …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Kalau di Jepun, bunuh diri telah menjadi budaya, misalnya harakiri iaitu tindakan membunuh diri demi menjaga maruah oleh kesatria Jepun. Jadi, tak hairanlah Jepun memegang rekod angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama-sama dengan Rusia dan Hungary.
Namun sekarang ni parlimen Jepun telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pemerintah atau majikan membuat laporan pencegahan bunuh diri serta bekerjasama menjaga kesihatan mental pegawai mereka.
Menurut kajian, 1 kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, lebih kurang 7 kes berlaku setiap hari. Bagi setiap kes, 10 hingga 20 orang yang lain mendapat kesannya. Didapati bahawa kebanyakan kes bunuh diri adalah akibat kemurungan.
Punca Bunuh Diri
1) Tidak dapat menangani tekanan akibat daripada:-
- Masalah hubungan sosial
- Masalah kesihatan
- Masalah kewangan
- Pengangguran
- Masalah akademik
2) Kemurungan
3) Kebergantungan kepada dadah/alkohol
4) Penyakit Mental
Bagaimana Mengenali Seseorang Yang Berisiko Bunuh Diri
1) Mereka yang menyebut ingink bunuh diri
2) Pernah cuba bunuh diri pada masa lampau
3) Mempunyai ahli keluarga yang telah bunuh diri
4) Mereka yang kesepian (balu dan warga emas)
Bagaimana Mereka Boleh Dibantu
1) Ambil kira keluhan mereka secara serius
2) Jadi sorang pendengar yang baik
3) Tunjukkan sifat penyayang
4) Jangan mengutuk mereka
5) Pastikan mereka selamat
6) Jangan menjanjikan kerahsiaan bila nyawa mereka terancam
7) Dapatkan nasihat pakar
Jadi, jangan pandang ringan perihal bunuh diri kerana walaupun ianya bukanlah dikategorikan sebagai penyakit, tapi ianya lebih bahaya daripada mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik. Penyakit yang merbahaya serta mengancam nyawa pun boleh sembuh, tapi bunuh diri akan menawatkan terus riwayat seseorang.
Pada hakikatnya, bunuh diri ni sebenarnya terjadi apabila seseorang merasakan hidupnya tidak berguna lagi. Dengan kata lain, golongan yang mempunyai kepercayaan Ketuhanan yang lemah mudah terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat ini.
Apabila menghadapi tekanan atau masalah, mereka tidak menganggap yang perkara tersebut adalah dugaan daripada Allah Taala. Tidak beriman kepada qada’ dan qadar Yang Maha Esa. Lagipun, bunuh diri adalah perkara yang diharamkan dalam Islam.
Justeru itu, letaklah kebergantungan hanya pada Allah, pasti tiada kekecewaan dalam hidup.
Terima kasih 🙂