Struggle (Cabaran) KIM Dalam Dunia Perniagaan
9/10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Biasa dengar kan ayat ni? Betul, dengan berniaga ni, InshaaAllah peluang menjana pendapatan tu terbentang luas. Cuma perlu juga kita faham yang apabila peluang tu …
9/10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Biasa dengar kan ayat ni?
Betul, dengan berniaga ni, InshaaAllah peluang menjana pendapatan tu terbentang luas.
Cuma perlu juga kita faham yang apabila peluang tu sangat luas, cabarannya pasti bukan calang-calang juga. Kalau tak, semua orang akan buat bisnes sebab confirm rezeki melimpah ruah.
Cabaran terbesar adalah sewaktu fasa memulakan bisnes. Macam KIM jugalah.
Minat KIM dalam bidang kesihatan membuka hati KIM untuk mencuba bisnes Shaklee ni.
Apabila ditambah pula dengan keistimewaan bisnes Shaklee yang ala-ala dropship, modal permulaan yang sangat rendah iaitu hanya yuran keahlian rm 68.90, serta tak perlu simpan stok menyebabkan KIM semakin yakin memilih bisnes ni.
Cabarannya bermula apabila perlu mengubah rutin hidup harian.
Daripada hari yang santai, ikut jadual sendiri, perlu mula belajar macam-macam.
Belajar tentang vitamin, produk, tips kesihatan, malah pelan bisnes serta marketing.
Memandangkan KIM prefer buat sale secara online, jadi perlulah belajar tentang online punya marketing.
Medium utama pilihan KIM ialah blog.
Mula-mula nak bangunkan blog, memang agak struggle. Blog ni pada peringkat awal memamg perlu banyak bersabar.
Biasanya pada 1-3 bulan pertama, kita akan rasa usaha yang dicurahkan, masa yang diberikan macam sia-sia jer sebab tempoh ni jarang menampakkan hasil lagi.
Saat genting macam ni memang ramai yang kecundang dan berhenti di tengah jalan.
Tapi kalau kita yakin dan teruskan konsisten buat entri, blogwalking serta sharing, hasilnya pasti tidak disangka-sangka.
Alhamdulillah, sekarang ni hampir setiap hari orang hubungi KIM untuk bertanyakan tentang produk Shaklee khasnya Vivix untuk untuk batu karang.
Bila KIM semak balik, rupa-rupanya entri batu karang daripadanya blog www.myliferia.my berada pada muka depan Google dan pada rank pertama (mungkin masih kekal atau berubah sekarang).
Tidak kurang juga yang bertanyakan tentang Set Scoliosis, Set Turunkan Berat Badan, Detoks, Prenatal, Postnatal, Kanser dan sebagainya.
Kalau nak ikutkan, banyak lagi struggle yang perlu dihadapi khasnya dari segi pembahagian masa dan konsistensi diri. Kalau KIM tulis lagi, esok pun tak habis lagi. Lain kali KIM share eh.
Sememangnya nak berjaya tu bukan mudah tapi tak mustahil. Sangat tepatlah peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”.???
Kalau nak join KIM, hati mesti kental, ok, jom!!!
Naimah Wahab
019-937 7380
Founder of KIM Family