Setiap tahun, kita membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli vitamin, mineral atau sebarang makanan tambahan yang lain. Walaupun sebahagian daripada kita sanggup memperuntukkan gaji bulanan mereka untuk kesihatan yang …
Setiap tahun, kita membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli vitamin, mineral atau sebarang makanan tambahan yang lain. Walaupun sebahagian daripada kita sanggup memperuntukkan gaji bulanan mereka untuk kesihatan yang lebih baik, namun tidak kurang juga yang masih ramai lagi yang memandang sepi perihal kesihatan diri dan keluarga.
Kenapa Vitamin Sangat Penting?
Badan kita memerlukan 13 jenis vitamin dan sekurang-kurangnya 10 jenis mineral. Vitamin dan mineral ni sangat penting untuk kesihatan kita bagi membolehkan kita terus hidup dan menjadi sihat.
Vitamin dan mineral ni diperlukan untuk menghasilkan beribu jenis enzim, hormon dan penghantaran atau interaksi mesej kimia (chemical messenger) untuk membantu tubuh membesar, membaiki sebarang kerosakan, menghasilkan tenaga, detoksifikasi atau nyahkan bahan buangan, melawan jangkitan dan secara keseluruhannya memastikan tubuh berfungsi dengan baik.
Ia turut diperlukan untuk memastikan tulang sentiasa kuat, mata yang tajam dan minda yang sentiasa peka.
Apa yang paling penting, vitamin dan mineral dapat membantu melindungi tubuh kita daripada pentakit yang sangat digeruni seperti kanser dan masalah jantung.
Semua vitamin dan mineral ni boleh kita perolehi melalui pemakanan. Walaupun kita menjaga pemakanan harian, belum tentu tubuh kita mendapat kesemua zat yang diperlukan akibat kehilangaan boleh berlaku dengan pelbagai cara.
Sebab tu kita perlukan supplement. Tapi pastikan ianya betul-betul berkesan, selamat, semulajadi dan mesra alam seperti Shaklee.
Adakah Kita Benar-benar Perlukan Vitamin/Supplement?
Secara ringkasnya adalah YA. Seperti yang dinyatakan, badan kita belum tentu mendapat cukup zat akibat kehilangan yang berlaku. Selain daripada itu, pertambahan usia kita turut mengurangkan jumlah penghasilan vitamin atau hormon-hormon, enzim-enzim serta zat untuk kelangsungan badan yang sihat.
Apa yang paling utama, terdapat vitamin yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita dan hanya boleh diperolehi melalui makanan, contohnya Vitamin E.
Justeru itu, pengambilan vitamin dan mineral bukan sahaja membantu kita menjaga kesihatan pada masa sekarang, malah meningkatakan lagi kualiti hidup pada masa akan datang.
Ingin mendapatkan supplement untuk kesihatan anda dan orang tersayang?
Anda ingin dapatkan B Complex? B Complex Shaklee mengandungi 120 biji dan berharga RM 53.75. Anda boleh Order Sendiri B Complex tersebut secara online. Boleh juga hubungi saya …
Sebenarnya entri berhubung kesihatan saraf ini terhasil kerana ada di antara anak buah saya yang mengalami masalah saraf. Untuk membantu beliau, saya cuba untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Jadi untuk rujukan …
Sebenarnya entri berhubung kesihatan saraf ini terhasil kerana ada di antara anak buah saya yang mengalami masalah saraf. Untuk membantu beliau, saya cuba untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Jadi untuk rujukan bersama, saya kongsikan kat blog ni.
Sistem Saraf Manusia
Sistem saraf merupakan sistem tubuh yang agak sensitif kerana ianya merupakan perkara pertama yang mendapat kesan sekiranya kita mengalami tekanan, ketegangan dan beremosi.
Sebab tu, kita perlu kawal perasaan kita. Apabila kita stress atau tertekan, ia bukan sahaja menganggu mood harian kita, malah boleh menyebabkan kita mendapat penyakit yang berbahaya dalam jangka waktu yang panjang.
Seperti pengalaman dua orang kawan saya, beliau yang terlalu stress telah mendapat penyakit hipertiroid manakala seorang lagi teman saya yang menghadapi bebanan perasaan telah mengalami masalah jantung.
Walaupun mereka dah tidak stress sekarang ni, namun penyakit yang dihidapi oleh mereka sewaktu stress dulu tu masih ada. Betapa dasyatnya akibat terlalu stress atau tension, kan?
7 Supplement Yang Menyokong Kesihatan Saraf
Bagi pemakanan seharian, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta bijirin penuh yang kaya dengan magnesium. Ikan salmon juga sangat kaya dengan asid lemak Omega-3. Produk tenusu turut menyokong kesihatan saraf keranan kaya degan kalsium namun sangat digalakkan mengambil produk tenusu rendah lemak seperti yogurt, susu skim dan keju mozarella.
Makanan tambahan (vitamin/supplement) yang sangat disyorkan untuk kesihatan saraf kita ialah:-
1) Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acid/EFAs)
EFAs memberi faedah kepada setiap sel dalam tubuh termasuk sel-sel saraf. Ia akan membantu dalam penghantaran impuls saraf. Omega-3 EFA seperti DHA dan EPA adalah sangat penting, namun sumber makanan daripadanya adalah terhad.
Sumber Vitamin Shaklee: Omega Guard
2) Kalsium
Kalsium adalah sangat penting untuk impuls (isyarat/gelombang) saraf, terutamanya dalam penggabungan dengan magnesium.
Sumber Vitamin Shaklee: Ostematrix
3) Magnesium
Magnesium adalah supplement nombor satu untuk merehatkan/menenangkan saraf. Kalsium untuk tulang, manakala magnesium untuk saraf. Ia sangat penting untuk impuls saraf, yang mana kekurangannya akan menyebabkan rasa cepat marah dan mudah cemas (darah gemuruh).
Sumber Vitamin Shaklee: Ostematrix
4) B Complex
11 jenis Vitamin B sering dirujuk sebagai vitamin untuk tekanan kerana ianya penting untuk kesihatan dan sistem saraf. Sumber makanan yang mengandungi B Complex termasuklah beras perang, bijirin penuh, sayuran berdaun dan yis bir.
Sumber Vitamin Shaklee: B Complex
5) Lecithin
Lecithin yang kaya dengan choline berfungsi untuk penghantaran yang betul impuls saraf daripada otak melalui sistem saraf pusat. Ia tururt berperanan melindungi serta membaiki saraf. Disyorkan mengambil 1-2 sudu besar Lecithin dalam bentuk serbuk atau 1200-2400 mg dalam bentuk gel lembut.
Sumber Vitamin Shaklee: Lecithin
6) Chamomile
Sesiapa yang perlu untuk menghilangkan stress (destressing) patut mencuba chamomile sama ada dalam bentuk teh, makanan tambahan atau minyak pati (essential oil).
7) Taurine
Asid amino taurina yang berkepekatan tinggi terdapat di dalam sistem saraf pusat. Ia adalah penting untuk membantu dua mineral penting untuk kesihatan saraf iaitu kalsium dan magnesium untuk berfungsi dengan lebih cekap lagi.
Sumber Vitamin Shaklee: Cinch Energy Tea Mix
Sebenarnya ada banyak lagi vitamin yang berkaitan dengan kesihatan saraf ni. Hampir kesemua keperluan vitamin untuk saraf terdapat di dalam multivitamin VitaLea dan Meal Shake.
Untuk orang dewasa, boleh digabungkan VitaLea, B Complex dan Omega mana kala untuk kanak-kanak pula digalakkan mengambil Meal Shake dan Omega.
Sekiranya mempunyai bajet, sangatlah disyorkan mengambil Vivix.
Tahun 2014 ni beruntung semua hamba Allah yang mendapat jemputan daripada Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadah haji. Pada tahun ini, wukuf di Arafah jatuh pada hari Jumaat, …
Tahun 2014 ni beruntung semua hamba Allah yang mendapat jemputan daripada Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadah haji. Pada tahun ini, wukuf di Arafah jatuh pada hari Jumaat, yang mana haji tahun ini dikira sebagai haji akbar atau haji besar (utama). Ganjaran pahala 70 tahun mengerjakan haji.
Mashaa Allah. Beruntungnya mereka. Semoga dikurniakan haji yang mabrur buat semua jemaah haji. Semoga Allah menjemput pula kami ke sana suatu hari nanti.
Malam tadi suami ajak pergi makan nasi arab sebab teringin kata beliau. Ok layan, boleh gantung periuk belangan sekejap…hehehe Kami ke restoran Mr. Kabab & Biryani (Mr. KB) yang terletak di …
Malam tadi suami ajak pergi makan nasi arab sebab teringin kata beliau. Ok layan, boleh gantung periuk belangan sekejap…hehehe
Kami ke restoran Mr. Kabab & Biryani (Mr. KB) yang terletak di Presint 15, Persiaran Diplomatik. Berdekatan juga dengan pasar raya Mydin, juga kedai Proton.
Restoran Mr. Kabab & Biryani ni menyediakan pelbagai jenis lauk yang boleh kita pilih sama ada kambing, daging, ayam atau ikan. Nasi pula boleh nak pilih mandy, kabsah atau beriani. Kiranya gabungan menu Arab dan Pakistan.
Semalam kami makan Mandy Lamb Rice bersama Fish & Chips. Minuman pula, manggo lassi untuk saya dan suami serta jus epal untuk Kashful dan Asif.
Kat sana sangat selesa, ada sudut permainan untuk kanak-kanak lagi. Itu yang Kashful suka betul kalau datang ke sini. Punyalah maju retoran ni, sampai 5 pintu kedai diaorang punya. Lepas tu ada cawangan yang baru dibuka di Cyberjaya.
Sebut Cyberjaya ni, kalau kat sana saya suka nasi arab Saba’ tapi jauh pula nak ke sana. Memandangkan nasi arab kat restoran Mr. KB ni pun boleh tahan rasanya, tu yang kami selalu ke sini kalau teringin nak makan nasi arab. Lagipun, layanan pekerja kat sini pun baik dan cepat.
Kalau datang ke restoran yang best macam nasi arab ni, jangan lupa bawa bekal Phytocol ST, Omega atau Lecithin. Persediaan untuk elak kolestrol dan lemak melekat kat salur darah, boleh la nak menjamu selera dengan bahagia…hehehe
Silalah datang ke restoran ni tau. Inshaa Allah, antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Baru-baru ni saya teringin nak makan cendawan goreng bersalut tepung. Tepung buatan sendiri atau omputeh panggil homemade mix flour gitu 🙂 Resipi ni saya tak sempat google, apply kan apa yang …
Baru-baru ni saya teringin nak makan cendawan goreng bersalut tepung. Tepung buatan sendiri atau omputeh panggil homemade mix flour gitu 🙂 Resipi ni saya tak sempat google, apply kan apa yang diajar oleh kenalan kami sewaktu kami ke Los Angeles dulu. Resipi asal ni beliau buat ayam goreng ala-ala KFC.
Mudah jer sebenarnya. Bahan-bahan ni saya main campak-campak sahaja tapi nanti saya buat anggaran sukatan supaya senang korang nak dapat gambaran macam mana nak buat resipi cendawan goreng rangup ni ye.
Bahan-bahan Cendawan Goreng Rangup
Cendawan tiram
2 cawan tepung beras
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam atau secukup rasa
Cara Membuat Cendawan Goreng Rangup
Carikkan cendawan butang sekiranya saiz terlalu besar.
Campurkan semua bahan serbuk tadi kecuali cendawan ke dalam bekas tertutup (tupperware) yang bersaiz sederhana. Bekas aiskrim 1 liter pun boleh.
Goncangkan semua bahan serbuk tadi.
Basuh cendawan dan toskan sekejap.
Ambil cendawan yang masih basah tadi dan masukkan ke dalam bekas campuran tepung, rempah, lada hitam dan garam tadi.
Tutup penutup bekas rapat-rapat.
Goncangkan agar campuran tepung dan rempah dapat menyaluti cendawan secara sama rata.
Goreng hingga garing.
Dah siap! Boleh dihidangkan sebagai minum petang atau makan bersama nasi panas. Boleh jadi macam ayam kfc tau…hehehe
TIPS MASAKAN: Selepas 2-3 kali memasukkan cendawan, tambah sedikit tepung beras ke dalam bekas untuk mengelakkan adunan tepung menjadi masin.
Ini kerana garam yang mempunyai tekstur yang lebih besar dan berat berbanding tepung dan rempah, mudah tertinggal di dalam bekas. Nanti cendawan yang kemudian tu jadi masin plak.
Selamat mencuba. Resipi ni memang enak, cepat dan mudah disediakan.
Ingin mencuba produk Shaklee @ mendaftar ahli Shaklee?
Walaupun Vitamin A boleh diperolehi melalui pemakanan kita, namun kita tidak boleh menjamin badan dapat menyerap Vitamin A tersebut sepenuhnya. Ini kerana banyak faktor kehilangan nutrien dalam makanan …
Walaupun Vitamin A boleh diperolehi melalui pemakanan kita, namun kita tidak boleh menjamin badan dapat menyerap Vitamin A tersebut sepenuhnya.
Ini kerana banyak faktor kehilangan nutrien dalam makanan tersebut seperti bermula dari ladang (proses memetik atau tuai buah-buahan atau sayur-sayuran), bahan kimia yang digunakan, cara penyediaan makanan dan sebagainya.
Sumber Vitamin A daripada supplement Shaklee boleh didapati dalam Carotomax, VitaLea ataupun Meal Shake.
Tahukah anda bahawa matahari boleh membantu badan kita menghasilkan Vitamin D secara semulajadi, sekaligus mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh? Wah, bunyinya sangat menarik bukan? Fungsi Matahari Menghasilkan …
Tahukah anda bahawa matahari boleh membantu badan kita menghasilkan Vitamin D secara semulajadi, sekaligus mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh? Wah, bunyinya sangat menarik bukan?
Fungsi Matahari Menghasilkan Vitamin D
Sebenarnya, apabila cahaya ultra ungu daripada sinar matahari mengenai kulit kita, ia akan menukarkan kolestrol di dalam kulit kepada Vitamin D.
Namun, jangan pula anda pergi berjemur di bawah cahaya matahari terutama pada waktu panas terik. Radiasi daripada sinar ultra violet boleh merosakkan molekul-molekul kulit, terutamanya DNA. Akibat daripada itu, akan berlakulah sunburn. Habis pula kulit yang cantik, terbakar.
Fungsi & Peranan Vitamin D
1) Meningkatkan tahap kalsium serum dengan memudahkan penyerapan kalsium dan menggerakkan kalsium dari tulang. Sebab itulah Ostematrix (Vitamin Kalsium) didatangkan sekali dengan Vitamin D.
2) Menyerap kalsium dan fosforus daripada diet
3) Bantu mineral diserap pada kadar yang mencukupi.
4) Membantu menyokong pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang sihat kerana proses ini memerlukan kalsium dan fosforus yang cukup. Vitamin D pula menyokong proses yang dilakukan oleh Kalsium dan Fosforus tadi.
Sumber Makanan Kaya Vitamin D
1) Susu yang diperkaya
2) Marjerin
3) Telur
4) Hati
5) Ikan
6) Minyak Ikan (Omega Guard)
Sumber Vitamin D Supplement Shaklee
Vitamin D boleh didapati daripada multivitamin iaitu VitaLea(kapsul) @ Meal Shake (serbuk), Ostematrix (sumber Kalsium) atau Omega Guard (minyak ikan) untuk bekalan kepada tubuh kita.
Kalau diberi pilihan, semua orang pasti memilih sihat sepanjang hayat. Kalau boleh, sakit sikit-sikit pun tidak mahu, kan kan? Penyakit Akibat Pemakanan & Cara Hidup Memang tidak dinafikan, …
Kalau diberi pilihan, semua orang pasti memilih sihat sepanjang hayat. Kalau boleh, sakit sikit-sikit pun tidak mahu, kan kan?
Penyakit Akibat Pemakanan & Cara Hidup
Memang tidak dinafikan, banyak penyakit yang muncul pada masa sekarang adalah akibat daripada tabiat pemakanan atau cara hidup yang kurang sihat. Kita makan ikut suka hati kita, suka makanan segera serta yang siap diproses. Aktiviti fizikal pula tidak gemar untuk dilakukan.
Jadi macam mana nak sihat? Semua perkara di atas boleh jadi sebagai kad undangan menjemput pelbagai penyakit berbahaya.
Mengapa Perlukan Vitamin?
Kekurangan vitamin yang diperlukan oleh tubuh ni, biasanya kita tak tahu. Walaupun kita rasa bahawa makanan seimbang telah diambil, namun ia tidak dapat menjamin yang semua nutrisi penting telah diserap oleh tubuh kita.
Disebabkan ada sesetengah daripada vitamin dan mineral tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mengambilnya melalui makanan atau suplemen. Pastikan anda memilih supplement atau vitamin yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam.
Ini jauh lebih baik daripada mengambil buah atau sayur-sayuran segar tetapi mengandungi pestisid, racun atau bahan kimia berbahaya yang lain.
Tips Mendapat Kesihatan Badan Secara Menyeluruh
1) Dapatkan mata yang sihat melalui Vitamin A dan carotenes (Carotomax).
2) Kuatkan daya ingatan dan kurangkan kolestrol dengan Vitamin B (B Complex, Omega, Lecithin)
3) Awet muda (juga jika demam biasa) dengan Vitamin C (SR Vita C, Vivix, Collagen)
4) Lawan kanser dengan Vitamin D (Ostematrix, VitaLea, Meal Shake, Vivix)
5) Kuatkan tulang dengan kalsium (Ostematrix)
6) Tingkatkan sistem pertahanan tubuh dengan Zinc (Zinc Complex, Nutriferon, Vitamin C, Garlic)
7) Bersihkan sistem tubuh dengan fiber, elak sembelit (Meal Shake, Alfafa, HerbLax)
8) Dapatkan sumber makanan terbaik untuk semua nutrien yang anda perlukan (Set Asas Kesihatan ialah VitaLea/Meal Shake, SR Vita C & B Complex)
Kitalah penentu kesihatan diri sendiri dan orang tersayang. Sesungguhnya, sihat dan sakit adalah ketentuan Allah, namun, jalan berikhtiar untuk sihat, kita yang perlu cari.
Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu. Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, …
Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu.
Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, suami saya ajak jalan-jalan ke sebelah utara. Saya terus cadangkan untuk ziarah keluarga Kak Puteri dan En. Mee. Plan asalnya nak pergi beli barang basah kat pasar borong Selayang, tapi telah bertukar kepada percutian plak 🙂
Sebenarnya kami memang dah lama berniat nak ziarah Kak Puteri dan En. Mee sebelum ini, namun masa jer yang tak mengizinkan untuk bercuti. Kebetulan lepas raya haritu, 3 hujung minggu berturut-turut kami berulang-alik ke kampung sebab ayah mertua saya kurang sihat. Sekarang ni dah Alhamdulillah.
Tak sangka pula bila kita tak merancang, menjadi lah pulak…hehehe. En. Mee ni adalah orang pertama yang saya jumpa sewaktu kami touch down di Lapangan Terbang Dulles, Amerika Syarikat pada 29 Mei 2008 dulu. Beliau merupakan rakan sekerja suami saya di Kedutaan Malaysia di sana.
Lepas en. Mee jemput kami, beliau bawa kami ke rumah beliau di Virginia. Di sana, kami dijamu dengan nasi lemak oleh Kak Puteri, Alhamdulillah, terubat rindu masakan tanah air sekejap. Sekarang ni mereka tinggal di Taman Sri Chandan, Kuala Kangsar. Berdekatan sangat dengan Istana Iskandariah dan Masjid Ubuddiah.
Kitaorang sampai sana dalam pukul 8 malam lebih. Masuk jer rumah mereka, wahhhh, cantiknya. Rumah pusaka yang telah diubahsuai ala-ala Inggeris gitu. Tak puas saya layan setiap sudut rumah mereka ni. Walaupun rumah mereka sederhana besar, tapi susun aturnya sangat menarik.
Tempat Menarik Di Bandar DiRaja, Kuala Kangsar, Perak
Keesokannya sementara menunggu tamu en. Mee dan kak Puteri datang, kami dibawa melawat sekitar Kuala Kangsar serta beberapa tempat menarik seperti Masjid Ubuddiah, Makam DiRaja, Istana Iskandariah, istana lama yang dah jadi Muzium Diraja Perak dan Sungai Perak (Kangsar).
Menambah Kenalan, Meraptkan Ukhwah
Lepas tu kembali ke rumah mereka dan menunggu ketibaan tetamu yang berasal dari Terengganu. Geng satu negeri ambe :). Tetamu mereka ialah Tuan Haji Mohd Dan dan Kak Ros (alamak, saya lupa nama penuh) serta rakan mereka Tuan Bahrain dan Kak Ani (hehehe…lupa nama penuh gak).
Yang tak sangka tu Tuan Haji dan Kak Ani, ni dah berpangkat Dato Datin tapi orangnya so humble dan cool. Marah kita panggil pangkat-pangkat ni. Tulah kan, orang kaya bertambah tawaduknya, jangan pula kita yang kurang kaya, meninggi sombongnya ye.
Pengalaman Menarik Di Kebun
Lepas tu, kitaorang semua pergi ke kebun en. Mee. Kat sana diaorang buat bangsal ala-ala rumah. Siap ada tandas, TV, dapur dan barangan elektrik serta kelengkapan rumah yang lain. Macam rumah betul gitu, cuma masih dalam fasa penyambungan.
Kat kebun tu ada macam-macam pokok buah-buahan tapi bukan musim dia lagi. En. Mee bagitau, nanti dah musim durian beliau nak panggil kitaorang. Durian yang ada ni nama dia Durian Udang, lagi best dan tinggi gred dia berbanding Musang King. Wahhhh, bestnya, akan kutunggu saat itu!!!
Lepas tu kami dijamu dengan cempedak kebun goreng serta laksa kuala. Best!!! En. Mee nak beli cendol yang sedap kat situ tapi kebetulan hari Ahad kot, kedai cendol tu tutup. Takpelah, takde rezeki lagi makan cendol. Kalau nak tahu, laksa kuala dan cendol ni adalah signature kat sini.
Dah petang tu, kitaorang balik rumah en. Mee dan Kak Puteri. Lepas Isyak, kitaorang bertolak balik ke Putrajaya dengan perasaan yang happy sangat. Mungkin sebab niat nak menziarah, Allah besarkan lagi ukhwah kami kenal dengan orang-orang baru serta dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik walaupun dalam waktu yang agak singkat.
Seronok tau Kuala Kangsar. Saya suka suasana dia sebab tenang dan tak sibuk macam KL. Oppss, orang kat KL jangan marah 😛 Maksud saya, Kuala Kangsar ni adalah salah satu tempat yang best untuk dilawati serta kalau nak tenangkan fikiran. Jom ler ke Kuale!
En. Mee dan Kak Puteri, terima kasih di atas hospitality. Seronok kami dapat berjumpa dan bercuti di sana. Semoga Allah sentiasa menggandakan rezeki serta rahmat-Nya buat akak sekeluarga.
Ingin mencuba produk Shaklee atau mendaftar ahli Shaklee?