7 Tips Superb Mudah Maintain Kurus & Sihat Menawan Hadiri Rumah Terbuka
Minggu-minggu terakhir bulan Syawal ni, mesti berderet-derat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Kalau hujung minggu tu dari siang hingga ke waktu malam pun ada. Kadang-kadang tu, sampai tahap pergi nak tunjukkan …
Minggu-minggu terakhir bulan Syawal ni, mesti berderet-derat jemputan untuk menghadiri rumah terbuka. Kalau hujung minggu tu dari siang hingga ke waktu malam pun ada. Kadang-kadang tu, sampai tahap pergi nak tunjukkan muka jer. Nak makan pun dah full house perut kita ni.
Kebiasaannya juga, setiap kali kita hadiri jemputan rumah terbuka, kalau perasan, berat badan mudah nak naik tapi susah nak turun. Tambah-tambah lagi kalau kita ni jenis makan tak berhenti. Sudah pastilah calori in lebih banyak dari calori out, berganda-ganda gitu.
Tips Tidak Terlebih Makan Sewaktu Hadiri Jemputan Rumah Terbuka
1) Air Kosong
Amalkan pengambilan air kosong harian. Lagi bagus, setengah jam sebelum makan, minum dahulu air kosong dalam segelas atau setengah gelas. Air kosong kan zero kalori. Lagipun buat kita mudah kenyang.
2) Snek Sihat
Mulakan mengambil hidangan dengan buah-buahan atau salad. Buah-buahan dan sayur-sayuran ni tinggi serat. Jadi bantu juga kita cepat kenyang atau mencegah kita daripada terlebih makan. Tapi awas dengan dressing salad ya. Paling baik adalah dressing yang simple seperti minyak zaitun.
3) Guna Pinggan Kecil
Bila kita guna pinggan kecil, ia akan mempengaruhi psikologi kita untuk tidak mengambil terlalu banyak makanan.
4) Awasi Portion Makanan
Walaupun ada makanan kegemaran kita, jangan beriya-iya nak hadap satu pinggan. Dah nama open house kan, mesti banyak hidangan yang dijamu. Kalau saya, mesti nak rasa serba sikit. Jadi ambil dengan jumlah yang kecil. Takdelah timbul perkara “nak kene ambil juga makanan tu walaupun dah kenyang agar tidak menyesal atau teringat-ingat, nanti!”. Nak-nak kalau orang mengandung 😛
5) Berhenti Sebelum Kenyang
Selalunya kalau pergi open house, kita sanggup tu makan sampai pengsan…hehe. Makan memang tak hengat sampai termengah-mengah pun ada. Elakkan daripada amalan sebegini.
6) Elakkan Minuman Bergas
Ada masanya kita akan dihidangkan air bergas sewaktu open house. Seboleh-bolehnya elak terus daripada mengambil air bergas ni. Sebabnya kandungan gula serta bahan tambahan tidak sihat sangat tinggi. Ini bermakna, kalori pun sangat tinggi.
Tak perlulah minta air yang pelik-pelik daripada tuan rumah pula ye. Sekadar air kosong dah memadai.
7) Perisai Dengan Suplemen
Kalau nak maintain berat badan, sekaligus nak kurus, boleh amalkan suplemen yang berkaitan. Contohnya, siap-siap mengambil Phytocol ST sebelum makan bagi mengelakkan kolestrol bersarang di dalam badan. Khasnya kalau orang yang ada masalah kolestrol dalam darah.
Seterusnya ambil Lecithin dan Omega selepas makan. Jadi salur darah kita akan terpelihara daripada lemak-lemak yang baru nak menempel. Lemak-lemak lama pun akan terus terhakis.
Apa-apa pun, kalau menghadiri open house atau sebarang jamuan, makan dan minum tu biarlah berpada-pada. Nikmatnya sekejap jer tapi yang menanggung akibatnya adalah tubuh kita juga, Nak kurus ni bukan susah, tapi nak konsisten serta disiplin tu yang agak payah orang nak ikut. Ye tak?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144