Bidan Yang Dipercayai Untuk Mengurut Selepas Bersalin
Salah satu perkara yang sering dimasukkan ke dalam checklist bakal ibu menjelang kelahiran bayi adalah mencari bidan untuk mengurut selepas pantang. Sejauh mana kepentingan mengurut selepas pantang ni? Pada saya …
Salah satu perkara yang sering dimasukkan ke dalam checklist bakal ibu menjelang kelahiran bayi adalah mencari bidan untuk mengurut selepas pantang.
Sejauh mana kepentingan mengurut selepas pantang ni?
Pada saya sangat penting kerana mengurut dalam pantang ni dapat membantu para ibu untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan, naikkan peranakan, menghilangkan urat simpul dan mencergaskan kembali tubuh badan.
Sejauh mana pula nak cari bidan yang dipercayai?
Ni antara kunci utama saya mencari bidan untuk mengurut dalam pantang. Maksud dipercayai ni tak semestinya kita dah kenal lama. Tak kenal pun tak mengapa. Salah satunya, lihat kepada pengalaman beliau.
Macam saya, dalam 1-2 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin, memang survey lah juga tukang urut ni. Ramailah juga yang saya contact. Ada yang boleh, ada yang tak dapat pada tarikh tersebut. Last sekali, saya rasa baik saya tunggu jelah lepas bersalin nanti.
Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin bayi lelaki pada 18 November, pada pukul 12.41 pagi, pada hari Rabu di Hospital Putrajaya.
Sebut pasal tempat bersalin, suami memang suruh survey tempat bersalin swasta macam An-Nur atau Az-Zahrah tapi saya rasa Hospital Putrajaya pun ok sebab paling dekat, hehehe.
Saya pun baru tahu yang Hospital Putrajaya hanya ada first class punya bilik je.
Berbalik kepada tukang urut tadi, kebetulan petang Khamis tu, adik saya datang melawat. Lepas tu beliau beri kad nama tukang urut bersalin.
Walaupun tak kenal tukang urut ni, apa yang buat saya rasa confident nak try apabila beliau ni ada pengalaman sebagai bidan desa dan sekarang ni sedang bertugas sebagai jururawat di Klinik Presint 9.
Beliau lebih dikenali sebagai Kak Bie. Hitam manis orangnya. Beliau dah nak pencen dah tahun depan tapi orangnya awet muda betul.
Boleh tahan juga urutan Kak Bie. Lenguh pinggang saya semakin berkurangan, angin pun makin berkurangan terutama lepas bertungku.
Kalau nak tahu, Kak Bie memang ambil kursus khas untuk mengurut ni. Haaaa, bertambah-tambah yakinlah rasanya kan?
Yang paling penting juga, takde rasa sakit badan bekas mengurut tu. Mak saya pun Kak Bie urut sekali tau. ?
Kak Bie hanya guna minyak urut buatan sendiri. Best, memang hangat satu badan, tapi tak buat rasa pijar.
Ditambah pula dengan mengamalkan Set Postnatal Shaklee, lagilah ummpphh.
Buat masa ni, bayaran yang terlibat ialah:-
- Urut Bersalin – RM 100
- Urut Biasa – RM 80
- Bertungku – RM 20
Kalau lain-lain servis, mungkin boleh hubungi Kak Bie sendiri seperti di bawah:-
Kalau para ibu lepas bersalin nak try mengurut dengan Kak Bie, bolehlah hubungi beliau. Nombor 013 tu adalah nombor telefon utama Kak Bie.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144