7 Tips Mendidik Anak Pintar & Cergas Sejak Kecil; Bahagian 2
Banyak sebenarnya tips yang sering diberikan bagi melahirkan anak yang pintar dan cergas sejak kecil. 7 tips telah dikongsikan dalam Bahagian 1. Kali ni saya nak kongsikan lagi 7 tips yang …
Banyak sebenarnya tips yang sering diberikan bagi melahirkan anak yang pintar dan cergas sejak kecil. 7 tips telah dikongsikan dalam Bahagian 1. Kali ni saya nak kongsikan lagi 7 tips yang sangat menarik dan berguna yang boleh dipraktikkan oleh semua ibu bapa.
Rangsangan Menjadikan Anak Pintar & Cergas
1) Bermain Games
Menurut kajian daripada University of Rochester mendapati bahawa seorang anak kecil yang bermain games lebih banyak memiliki kemampuan dan keupayaan visual dalam dunia belajarnya.
Namun, ibu bapa perlu menjadi selektif dalam membenarkan anak bermain games ni. Ada permainan games yang boleh menjadikan anak agak agresif, ganas atau kasar, malah ada juga yang menjadikan si anak semakin malas.
Pilihlah permainan yang edukatif atau mempunyai unsur pendidikan. Salah satu perisian game anak-anak kecil yang agak menarik bagi saya ialah Monkey Math School Sunshine.
Jangan lupa limitkan juga waktu anak-anak bermain games seperti 1 jam sehari.
2) Hindari Junk Food
Jajan atau makanan ringan sangat tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam, gula, lemak serta bahan-bahan tambahan sintetik yang agak tinggi. Semua bahan ini juga akan mengganggu perkembangan otak anak-anak.
Berikan makanan yang tinggi zat terutamanya kepada bayi yang berusia 2 tahun. Jangan abaikan zat besi kerana ianya sangat bagus untuk perkembangan otak anak.
Berikan mereka makanan seimbang termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan.
3) Pupuk Rasa Ingin Tahu
Ianya bertujuan untuk menarik minat anak kita terhadap ilmu pengetahuan. Ibu bapa perlu mendidik dan mengajarkan mereka sesuatu yang baru.
Boleh juga sentiasa berkomunikasi dengan persekitarannya seperti sewaktu berada di pasaraya, tanyakan tentang barang-barang di sana, sewaktu di atas jalan raya, bercakap tentang kenderaan dan sebagainya.
Secara tidak langsung, ibu bapa boleh mengesan bidang apa yang paling diminati oleh anak-anak mereka.
4) Sarapan Pagi
Jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi untuk anak-anak kita. Sejak tahun 1970, banyak kajian ilmiah telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai daya ingatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak bersarapan.
Sarapan pagi juga membantu anak-anak lebih berkonsentrasi pada pembelajarannya serta mampu belajar dengan lebih cepat.
Pastikan anak-anak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah walaupun dengan beberapa potong kuih atau segelas susu.
5) Asid Lemak Omega-3
Asid lemak Omega-3 sangat bermanfaat untuk otak dan bertindak mengaktifkan area otak yang berpotensi mendorong peningkatan daya konsentrasi, memori dan juga aspek kognitif yang lainnya.
Berikan suplemen seperti minyak ikan, contohnya Omega Guard dan makanan-makanan lain yang mengandungi asid lemak Omega-3 dan DHA seperti ikan salmon, ikan sardin, tiram, telur, susu, yogurt.
6) Permainan Edukatif
Jangan biarkan anak bermain semata-mata. Sebaliknya galakkan anak-anak bermain permainan berbentuk pendidikan, apatah lagi yang boleh membantu mengasah ketajaman otak mereka seperti puzzle, games Sudoku, catur atau teka silang kata khas untuk mereka.
Selain itu, otak anak juga dapat dirangsang dengan meminta mereka menghafal hal-hal yang sederhana. Beri pujian dan hadiah sekiranya mereka berjaya sebagai penghargaan dan galakan.
7) Hadkan Waktu Menonton TV
Membiarkan anak menonton TV merupakan cara didikan yang ternyata salah. Banyak menonton TV akan membuatkan anak menjadi malas.
Selain daripada itu, unsur negatif daripada rancangan TV juga mudah mempengaruhi anak-anak kecil.
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, limit masa menonton TV bagi anak-anak kita adalah selama 2 jam sehari.
Kalau ikutkan, semua perkara ni nampak macam mudah je, tapi agak mencabar juga untuk dilaksanakan terutamanya apabila melibatkan barang-barang elektronik seperti gajet dan TV pada zaman serba canggih ni.
Tambahan pula kalau anak-anak sudah terbiasa dengan gajet. Tapi, sebagai ibu bapa, kedua-dua pihak perlu bersama berganding bahu andai inginkan perubahan yang lebih baik terhadap anak-anak kita. Bukan menjadi si bapa yang hanya menghempaskan semua tanggungjawab mendidik anak-anak ke atas bahu si ibu, bukan pula menjadi si ibu yang hanya mengharapkan si bapa untuk mendisiplinkan anak-anak.
Note: errr…ada lagi point ni, nak tahu lagi tak? 😀
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144