12 Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah) – Bahagian 2
Anak-anak kecil ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka sama ada menjadi insan yang baik dan cemerlang ataupun sebaliknya. Sememangnya menjadi satu cabaran yang sangat besar melayan kerenah …
Anak-anak kecil ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka sama ada menjadi insan yang baik dan cemerlang ataupun sebaliknya. Sememangnya menjadi satu cabaran yang sangat besar melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar.
Fasa-fasa pembesaran anak-anak ni biasanya dibahagikan kepada 3 bahagian. Pertama ialah sekitar usia 7 tahun pertama yang biasanya banyak bermain, kedua ialah sekitar usia 8-14 yang biasa ditekankan penerapan disiplin serta pengenalan hukum hakam dan yang terakhir ialah 15-21 tahun yang mana ibu bapa menjadi sahabat kepada anak-anak mereka.
Setiap fasa usia anak-anak ni memerlukan pendekatan berbeza. Namun apa yang paling penting adalah contoh terbaik berterusan yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada permata hati mereka.
Tips Ibu Bapa Cemerlang Sebagai Motivator
1) Emosi Yang Seimbang
Ibu bapa perlu memastikan emosi seimbang di dalam keluarga. Sekiranya di ayah telah memarahi anak, si ibu pula bertindak meredakan keadaan dengan memujuk anak di samping memberi rasional kenapa ayah memarahinya.
Jadi anak-anak akan dapat bezakan yang ayah mereka bukan tidak sayang mereka lagi tetapi perbuatan tersebut adalah tidak patut dilakukan.
2) Galakan Yang Membina
Ibu bapa dilarang menggalakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (walaupun tidak dijelaskan kenapa, rasanya kita dah boleh fikirkan). Kalau ikutkan industri muzik sekarang lebih banyak menjurus kepada salah satu gejala sosial.
Sebaliknya, kalau lihat anak berbakat dalam perkara yang bermanfaat seperti membuat binaan atau melukis, ibu bapa boleh memuji atau turut sama menyertai anak-anak mereka. Tentu mereka lagi seronok.
3) Elak Perkataan Negatif
Elakkan dan jangan sesekali menyebut perkataan negatif terhadap anak-anak walaupun kita sedang marah. Perkataan juga adalah sejenis doa. Doa yang keluar daripada bibir ibu bapa (ibu terutamanya) sangat makbul.
Kalau nak marah sangat, tukar jer perkataan negatif kepada positif. Contohnya “Bertuah punya budak”, atau “Baiknya anak soleh/solehah ni”.
4) Awasi Tingkah-laku
Ibu bapa tidak perlu risau andai anak-anak tidak mendengar kata kita, tetapi risaulah kalau anak-anak melihat perbuatan kita.
Kalau perasan, anak-anak anak beraksi sesama mereka sebagaimana mereka telah melihat perbuatan kita sesama suami isteri atau bagaimana kita dengan anak-anak yang lain.
Katakan si ibu menengking atau suka menjerit pada anak nombor 3 yang mungkin agak nakal, mesti akan ada aksi yang kakak atau abang akan berbuat perkara yang sama kalau rasa terganggu dengan adik beradik yang lain.
Masa ni mesti kita rasa nak marah lah, serabutlah bila anak-anak bising, menjerit kan, cuba pause sekejap dan muhasabah diri kita balik. Kalau ada, cepat-cepat istighfar dan ubah segera.
5) Salam & Senyuman
Setiap kali balik ke rumah, bacalah Basmallah 3x serta ucapkanlah salam dan beri senyuman. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Sama juga jika isteri yang bekerjaya.
Lebih manis dan bahagia lagi kalau suami meringankan tulang membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Tak yang utama, yang simpe-simple pun jadilah kan. Macam tolong buang sampah ke, simpan mainan anak ke atau tolong tengokkan anak kecil sewaktu isteri mungkin sibuk di dapur.
6) Menggunakan Tangan Kanan
Makan dan minumlah serta lakukan sesuatu kerja dengan tangan kanan kerana terdapat 18 enzim yang baik pada tangan kanan manakala pada tangan kiri terdapat 81 enzim yang menjadi anti-bakteria yang sesuai untuk mencuci qubul dan dubur. (Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri).
7) Amalan Berhadas
Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Keadaan ini akan memudahkan lawas dan dapat mengelakkan buasir.
8) Makan Buah Dahulu
Amalkan memakan buah terlebih dahulu sebelum memakan nasi supaya semua vitamin dalam buah tersebut tidak hilang.
9) Jangan Kencing Berdiri
Orang lelaki sangat dilarang kencing berdiri (sesungguhnya syaitan kencing berdiri) kerana terdapat banyak keburukannya. Salah satu daripadanya ialah mendatangkan penyakit ED.
10) Hormati Buku
Hormati buku sebagai ilmu/guru, jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.
11) Bismillah Lima
Amalkan membaca Bismillah Lima kerana banyak khasiatnya (lanjutannya perlu berguru dengan Hj. Afandi).
12) Tarikh Lahir
Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak yang lahir pada 18 hingga 23 hb pada kebiasaannya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga sebaliknya, terpulang kepada didikan yang diterima oleh mereka.
Sebelum ni saya ada berkongsi tentang 12 Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah) – Bahagian 1 dan Bahagian 3. Gabungan 22 lagi tips tersebut pasti menjadikan kita lebih cemerlang dalam mempertingkatkan diri serta memantapkan kemahiran keibubapaan.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144