8 Khasiat Bayam Yang Mungkin Tidak Disangka
Dalam menu harian program detoks dan eat clean ni, boleh dikatakan bayam adalah antara sayur yang sering dijadikan sebagai menu makan tengah hari atau makan malam. Bayam ni biasanya dimasak rebus …
Dalam menu harian program detoks dan eat clean ni, boleh dikatakan bayam adalah antara sayur yang sering dijadikan sebagai menu makan tengah hari atau makan malam. Bayam ni biasanya dimasak rebus jer.
Memang dalam program ni, sayur-sayuran berdaun hijau sangat digalakkan untuk diambil setiap hari. Tapi kenapa bayam menjadi pilihan ye?
Manfaat Sayur Bayam Untuk Kesihatan
1) Pencegah Kanser Yang Efektif.
Kanser sememangnya menjadi salah satu penyakit yang digeruni oleh semua orang. Kandungan flavanoid yang tinggi di dalam sayur bayam mampu menjadi pencegah kanser payudara pada wanita dan kanser prostat bagi kaum lelaki.
2) Nutrisi Sempurna Untuk Jantung
Gaya hidup dan pemakanan tidak sihat boleh menjadi salah satu punca berlakunya penyakit jantung. Dengan kata lain, serangan jantung ni boleh berlaku bila-bila masa tanpa disedari atau sebarang petanda.
Oleh sebab itulah, , mereka yang mungkin berisiko mendapat serangan jantung sangat disyorkan mengambil bayam kerana ianya kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, asid folik serta magnesium.
3) Meningkatkan Memori
Apabila kita semakin meningkat usia, kemampuan mengingat sesuatu perkara tu semakin merudum. Kandungan nutrisi di dalam bayam mampu membantu mereka yang terlibat untuk meningkatkan tahap kesihatan serta ingatan.
4) Penglihatan Lebih Baik
Bayam merupakan sumber Vitamin A dan lutein (salah satu karotenoid) yang dapat memberi nutrisi kepada mata. Bayam juga mencegah penurunan kemampuan mata kita secara mendadak, selain daripada mencegah katarak.
5) Bagus Untuk Organ Pencernaan
Bayam yang mengandungi serat yang tinggi sangat efektif membantu menyihatkan organ pencernaan di samping mencegah sebarang gangguan masalah pencernaan.
6) Baik Untuk Tulang Dan Sendi
Kandungan Kalsium dan Magnesiaum di dalam bayam mampu membantu menguatkan tulang dan sendi. Pereputan atau Osteoporosis juga dapat dicegah oleh mereka yang mengamalkan pengambilan sayur bayam secara rutin.
7) Memberi Tenaga
Bayam merupakan sayuran berdaun yang mempunyai zat besi yang sangat tinggi. Kandungan zat besi tersebut boleh menjadikan tubuh kita kekal bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.
8) Bantu Menurunkan Berat Badan
Kandungan serat yang agak tinggi pada bayam juga akan membantu orang yang mengamalkannya untuk menjadi kurus. Serat yang tinggi akan membolehkan kita berasa kenyang lebih lama. Apabila kita kenyang, ia akan mencegah kita untuk makan secara berlebihan.
Jadinya, ini adalah antara sebab sayur bayam ni menjadi pilihan sewaktu melakukan program detoks dan eat clean. Makan secara sederhana, kurus secara sihat 😛
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144