PTS1; Tips Kempiskan Perut, Ringankan Badan
Memang perut rasa sebu, badan berangin dan rasa tak selesa kalau kita tak membuang dalam sehari. Boleh bayang tak kalau orang yang berhari-hari tak membuang?? . Boleh jadi ting-tong sebab angin …
Memang perut rasa sebu, badan berangin dan rasa tak selesa kalau kita tak membuang dalam sehari. Boleh bayang tak kalau orang yang berhari-hari tak membuang?? . Boleh jadi ting-tong sebab angin …
Memang perut rasa sebu, badan berangin dan rasa tak selesa kalau kita tak membuang dalam sehari. Boleh bayang tak kalau orang yang berhari-hari tak membuang??
.
Boleh jadi ting-tong sebab angin dan toksin dah naik ke kepala.
.
Saya memang sukakan Herblax ni. Makan waktu sebelum tidur, esoknya mesti dapat rasa clear habis perut.
.
Memang terasa kempis perut. Ringan pun ringan terasa badan. Yang lagi best tu, sebab Herblax bertindak secara lembut. Tak lah makan tu terus nak kejar toilet! Hihi
#tsunamishaklee
#8cellent
#daretodreams
#myliferia
#bisnesdarirumah
#whatapps_0199377380
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Apakah visceral fat ni? Mesti jarang dengar kan? Visceral fat ni merupakan lemak di keliling organ. Sememangnya sekeliling organ kita memang terdapat lemak. Nak senang nampak, kalau beli ayam kat pasar, …
Apakah visceral fat ni? Mesti jarang dengar kan? Visceral fat ni merupakan lemak di keliling organ. Sememangnya sekeliling organ kita memang terdapat lemak.
Nak senang nampak, kalau beli ayam kat pasar, cuba perhatikan jantung atau pedal ayam, memang terdapat lemak kan kat situ? Itulah visceral fat.
Lemak di sekeliling organ ni fungsinya sebagai kusyen kepada organ-organ dalam badan kita agar tidak berlaku perlanggaran antara satu sama lain.
Jadi, badan kita memang memerlukan visceral fat ni. Memang ada gunanya.
Bayangkan kalau takde lemak-lemak tu semua, pelanggaran organ yang berlaku mungkin akan menyakitkan kita atau buat kita rasa tak selesa.
Masalah mula timbul apabila lemak di sekeliling organ ni menjadi terlalu banyak dan semakin menebal.
Sebahagian besar masalah ini muncul akibat daripada pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat.
Di antaranya ialah gemarkan makanan tinggi lemak, berminyak, garam, gula terutamanya gula putih, sukakan makanan rapu, makanan segera, makanan proses, air gas, alkohol, merokok dan banyak lagi lah.
Apabila lemak di sekeliling organ ni menjadi semakin tebal, ia akan menekan organ dan akan menganggu organ kita untuk bekerja dengan lebih efisyen dan mantap.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Biasanya, kita ni memang suka makanan yang manis, bergoreng atau berminyak yang kurang sihat. Selalunya makanan ringan, makanan segera ataupun yang telah diproses. Ni semua adalah antara faktor utama penyebab sukar …
Biasanya, kita ni memang suka makanan yang manis, bergoreng atau berminyak yang kurang sihat. Selalunya makanan ringan, makanan segera ataupun yang telah diproses.
Ni semua adalah antara faktor utama penyebab sukar untuk kuruskan badan.
Tapi bila kita dah nak start program kuruskan badan, mulalah mati kutu nak cari pengganti makanan kegemaran kita kan?
Jangan risau, banyak alternatif sebenarnya. Boleh rujuk gambar kat bawah.
Nak join program online SLIM Raya 2016?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
Berjaya turun 3.6 KG dalam masa 14 hari.
019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144
Walaupun bulan Ramadan bakal menjelma tak sampai 1 minggu jer lagi ni, tu tak bermakna kita takde harapan nak turunkan berat badan. Malah bulan puasalah antara waktu terbaik untuk bertambah kurus …
Walaupun bulan Ramadan bakal menjelma tak sampai 1 minggu jer lagi ni, tu tak bermakna kita takde harapan nak turunkan berat badan.
Malah bulan puasalah antara waktu terbaik untuk bertambah kurus dan sihat. Tapi janganlah niat berpuasa tu sebab nak kurus cantik hensem bergaya jer.
Jangan lari daripada niat asal kita, biar badan semakin sihat agar ibadah puasa dan aktiviti harian berjalan lancar.
Masalah utama orang nak kurus ni selalunya adalah sukar nak disiplin, ikut mood, macam takde masa, tak tahu nak pilih menu, tak tahu nak seimbangkan senaman yang bersesuaian dan yang paling besar cobaaaaan dia adalah tak tahan dugaan, betul tak?
Jadi, program sebegini diwujudkan atas dasar nak membantu seramai mungkin orang lain untuk menurunkan berat badan. Sebabnya diri sendiri dah alaminya terlebih dahulu.
Kalau nak tahu, kebanyakan peserta program detoks dan eat clean sebelum ni, rata-ratanya mengalami penurunan berat badan sebanyak lebih kurang 3 KG ke atas. Malah, ada yang sampai 5 KG lebih. Semuanya dalam masa 14 hari sahaja.
Yuran program ni adalah sebanyak RM 250. Tapi duit ni memang beri nilai kembali kepada semua peserta sebab digunakan untuk beli vitamin yang terlibat. Kalau peserta belum lagi mendaftar sebagai ahli Shaklee, lagilah untung :D.
Program ni sesuai untuk semua orang, tak kiralah dah kahwin ke belum, lelaki ke perempuan, bekerjaya ataupun seorang suri rumah. Kalau yang suri rumah, lagilah tersangat sesuai.
Sebabnya, tak perlu nak keluar rumah. Dengan baby pun boleh dapat hasil yang mantop…hehehe
Semua peserta dalam program ni akan dapat guide daripada orang yang dah ada pengalaman yang sama secara langsung. Termasuklah saya yang pada awal nye macam nak test jer pun, dah turun 3.6 KG dalam masa 14 hari.
Nanti, kalau nak join, jangan lupa whatapps 019-937 7380 ye.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144
Kadang-kadang kita ni, pantang ada waktu lapang sikit, mulut tu mesti asyik nak mengunyah je. Dah makan pun lapar lagi. Kalau tak dihilangkan lapar tu, mau stress satu hari. Bimbang jugak …
Kadang-kadang kita ni, pantang ada waktu lapang sikit, mulut tu mesti asyik nak mengunyah je. Dah makan pun lapar lagi.
Kalau tak dihilangkan lapar tu, mau stress satu hari. Bimbang jugak kan kalau-kalau terkena gastrik pulak kan.
Lapar ni banyak penyebabnya. Di antara 4 sebab utama kita berasa lapar ialah:-
Meminum air kosong pada kadar yang tidak mencukupi badan kita akan menyebabkan kita rasa lapar.
Kalau nak tahu badan kita betul-betul lapar atau disebabkan kekurangan air, apabila berasa lapar, minun air terlebih dahulu. Kalau selepas 10-15 minit masih berasa lapar, bermakna kita memang memerlukan makanan (sekiranya berasa lapar di luar waktu makan utama atau snek).
Selain daripada itu, makanan yang kita makan akan menarik/menyerap air. Contohnya, 1g makanan berkarbohidrat akan menarik 2-3 ml air.
Jadi sekiranya pada masa yang sama, kita tak minum air kosong yang cukup, kita boleh terhidrasi.
Cepat lapar dan dahaga adalah antara petanda badan kita telah terhidrasi.
Sebab itulah, kalau kita bercadang nak kuruskan badan serta detoks tubuh, amalkan meminum air kosong yang banyak.
Formulanya: 1 Liter air kosong untuk setiap 25 KG berat badan kita.
Kalau boleh minum lagi banyak air kosong, lagilah bagus. Tambah-tambah pula pada musim panas sekarang ni.
Kita perlu mematuhi waktu makan seharian kita. Melanggar waktu makan atau makan lambat boleh menganggu rutin badan kita.
Contoh Waktu makan yang disyorkan ialah:-
Sarapan pagi: 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi (sebaik-baiknya makan dalam masa 1/2 jam sejurus bangun pagi)
Snek pagi: 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Makan tengah hari: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Snek petang: 3.30 petang sehingga 5.30 petang
Makan malam: 6.30 petang sehingga 8.30 malam
Snek lewat malam: 9.30 malam sehingga 11.00 malam ( penting bagi mengelakkan kita berasa lapar di tengah malam atau pada waktu bangun subuh).
Perlu ingat betul-betul, kalau kita nak kurus, kita perlu kerap makan supaya kita tidak lapar. Tapi perlulah memilih makanan yang bernutrisi.
Kita perlu sentiasa mamastikan perut tidak lapar. Ini kerana, apabila lapar, badan kita akan simpan lemak, bukannya bakar atau buang lemak.
Ada sesetengah orang yang nak kurus, berdiet dengan tidak mengambil makan. Orang yang tetap kurus walaupun berlapar sebenarnya bukañn lemak yang hilang, sebaliknya tubuh mereka kekurangan nutrisi.
Seterusnya, sebaik sahaja tempoh berlapar (diet tak makan) berakhir, berat badan mereka akan naik semula akibat otot mereka menjadi lemah akibat kekurangan zat.
Otot yang lemah tadi tidak mampu lagi untuk membakar lemak selepas tempoh berlapar. Kekurangan serta kelemahan otot turut mengakibatkan metabolism terus merudum.
Apabila makan makanan yang sama sebelum berdiet (berlapar), berat badan boleh naik berganda-ganda.
Keadaan ni pun turut dipanggil sebagai kesan yo-yo diet.
Sayur hijau berdaun tinggi dengan serat. Serat daripada sumber ini juga turut menjadikan kita kenyang lebih lama.
Daun hijau berdaun akan membantu perut kita penuh dengan bekalan nutrisi, vitamin dan mineral.
Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling WAJIB dijaga. Ia sangat penting agar kestabilan gula dalam darah akan terpelihara.
Gula yang stabil akan berikan rasa bertenaga serta kenyang berpanjangan.
Jangan lupa juga mengambil protein sewaktu bersarapan agar rasa kenyang lebih lama.
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144
Tomyam ayam sihat ni memang special. Sebabnya, paste tomyam ni kita buat sendiri. Bahan-bahan terkawal. Takde serbuk perasa atau bahan pengawet tambahan. Saya post cepat-cepat entri pasal tomyam ayam sihat ni …
Tomyam ayam sihat ni memang special. Sebabnya, paste tomyam ni kita buat sendiri. Bahan-bahan terkawal. Takde serbuk perasa atau bahan pengawet tambahan.
Saya post cepat-cepat entri pasal tomyam ayam sihat ni sebab ada yang request mintak resipi melalui whatapps. Tu pun terdelay sehari dua, sorry ye. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.
Dah alang-alang memang nak masuk blog, so saya buatlah terlebih dahulu sharing pasal resipi ni.
Sehari dua ni memang berderet entri resipi. Terasa bagaikan chef detoks dan eat clean lah pulak, ahakkkss!
Ok, jom kita masak tomyam ayam sihat.
Nota: Kalau suka rasa masam, boleh perahkan jus lemon/limau nipis dalam tomyam ayam sihat ni. Mesti lagi terangakat!
Jangan lupa mencuba resipi ni tau. Memang puas hati. Boleh hirup kuah jer pun dah sedap.
Aiii, tetiba terasa laparlah pulak!hihi
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Bayam merupakan salah satu daripada sayur berdaun hijau yang sangat disyorkan dalam program detoks dan eat clean. Sayur-sayuran terutamanya yang berdaun hijau ni memang bagus untuk program slim dan kesihatan kerana …
Bayam merupakan salah satu daripada sayur berdaun hijau yang sangat disyorkan dalam program detoks dan eat clean.
Sayur-sayuran terutamanya yang berdaun hijau ni memang bagus untuk program slim dan kesihatan kerana ia tinggi serat.
Serat ni pula, bukan sahaja bantu lawas, malah sebagai antara agen utama pembawa toksin keluar daripada tubuh.
Oke, back to the topic! Resipi sup bayam ni terhasil daripada inisiatif nak mempelbagaikan masakan bayam.
Ada kawan mintak resipi ni. Dah beberapa hari tertangguh nak masuk blog since ada buat sharing pasal entri lain.
Maaf ye my friend. Entri ini khas untuk kamu, selain untuk para teman maya myliferia.my.
Ok, cikidaout!!!
Bahan-bahan Sup Bayam Pekat
1/2 ikat bayam dipotong pendek
1/2 inci lobak merah dipotong nipis
1 keping tauhu dipotong 4.
1 hirisan halia
1/2 sudu kecil serbuk sup
2 biji bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/3 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 sudu kecil serbuk paprika
1sudu kecil sos ikan
1 hiris lemon
Cara-cara Menyediakan Sup Bayam Pekat
Rebus bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air. Jika perlu, tumiskan dengan dengan minyak yang sedikit.
Masukkan rempah sup, paprika, serbuk lada hitam.
Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
Masukkan lobak merah.
Kemudian, masukkan tauhu.
Biarkan seketika. Seterusnya masukkan bayam.
Masukkan sos ikan dan perah jus lemon ke atas bayam.
Gaul seketika.
Dah nampak sayur bayam sudah layu sikit serta kuah sup memekat, padamkan api.
Dah siap, selamat menjamu selera.
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Sebelum ni saya pernah buat dah nuget ayam ni, tapi yang terkini, version detoks dan eat clean, ada kelainan sikit. Masih resipi on the spot sebab dinner kalini nak kene sediakan …
Sebelum ni saya pernah buat dah nuget ayam ni, tapi yang terkini, version detoks dan eat clean, ada kelainan sikit.
Masih resipi on the spot sebab dinner kalini nak kene sediakan menu ayam.
Memula tu jenuh duk fikir nak masak apa dengan isi ayam bahagian dada ni. Sebabnya, kalu silap buat, memang part dada ayam ni jadi takde rasa. Tawar jer lah.
Kebetulan pulak kawan satu group program detoks dan eat clean saya ni buat nuget.
Good idea. Saya ubahsuai sikit ikut bahan yang ada serta keperluan sebagai ibu menyusu…. Hehe
Tapi kalau tak menyusu pun, boleh jer makan nuget ayam ni.
Sebenarnya, kalau buat banyak, masukkan semua bahan ke dalam food processor. Tekan butang “on”, siap blend semua, hehehe.
Tapi memandangkan saya buat pun tak banyak, saya cincang dulu semua bahan, kemudian tumbuk di dalam lesung batu.
Sebelum tu, mula-mula sekali saya tumbuk bawang putih dululah.
Kalau takder lesung batu, boleh jer cincang semua. Buat exercise tangan dan lengan gitu, kiki. Cuma tauhu tu saya pecahkan pakai tangan jer sebelum “dia” join terjun dalam lesung batu.
Lepastu, bentukkanlah leper membulat macam nuget yang biasa kita makan tu. Kalau nak buat bentuk lain pun takder hal. Asal bahagia, sudah 😛
Seterusnya bakarlah dalam oven untuk lebih sihat. Kalau takde oven, gorenglah dengan minyak yang sedikit.
Boleh dibuat burger tau dimakan bersama-sama salad. Anak-anak saya makan macam tu jer. Tahu-tahu dah habis.
Nota: Rempah ratus tu terpulang nak letak apa. Ia beri rasa yang lebih enak kepada nuget tu. Kalau suka pedas, boleh potong cili padi.
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Tak sangka betul saya, dalam masa seminggu jer, berat badan saya boleh turun sehingga 2.6 KG, dengan kerap makan. Ye, memang makan sokmo. Sehinggakan rasa macam cemuih atau penat dah nak …
Tak sangka betul saya, dalam masa seminggu jer, berat badan saya boleh turun sehingga 2.6 KG, dengan kerap makan.
Ye, memang makan sokmo. Sehinggakan rasa macam cemuih atau penat dah nak makan, hahahah.
Sampai 6 kaki sehari nak kene makan. Memang kenyang. Ada masa tu macam paksa jugak makan.
Memang betullah macam entri saya tentang kepentingan makan kerap untuk kurus. Memang kurus sungguh.
Buktinya, jeng jeng jeng!
Lepas tu pulak semalam adalah cheat day. Hari yang kita boleh makan apa yang kita rasa teringin tapi masih menjaga portion.
Kalau boleh, jangan lah tiba-tiba tukar selera jadi macam monster pulak. Kang abis ranap usaha seminggu yang sudah.
Saya jamahlah jugak aiskrim jeruk mempelam yang mak kirim. Isshh, terliur lah kalu bab-bab air tangan mak ni, kan kan??? ???
Makan macam lebih sikit tapi Alhamdulillah, berat nampak macam ok, tak berubah.
Ni petanda bagus ni dengan time nak balik kampung cuti sekolah nanti. Lepas tu diikuti balik cuti Hari Raya pulak.
Sebabnya, balik kampung bersamaan balik makan! Hihihi… Masa balik kampung tulah macam-macam benda yang teringin nak makan. Ye dok?
Sebarnarnya, nak kuruskan badan ni mudah jer. Ia adalah gabungan 80% penjagaan makanan dan selebihnya 20% melalui aktiviti fizikal termasuklah senaman.
Penjagaan pemakanan yang paling mudah ni kalau kita ikut konsep eat clean. Eat clean kan memang menitikberatkan bahan makanan yang kita makan iaitu kurang garam, gula (gula putih seeloknya elakkan terus), elakkkan makanan segera dan yang diproses.
Bahan perasa pun elakkan.
Tapi tak bermakna makan makanan yang takde rasa. Banyak jer resipi eat clean yang sedap dan kene dengan selera.
Makanan yang diambil adalah seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan.
Cara penyediaannya pula selalunya kukus, rebus dan panggang. Elakkan pengambilan minyak dan lemak yang berlebihan.
Salah satu elemen penting yang sering kita terlepas pandang ialah pengambilan suplemen.
Suplemen ni sebenarnya bantu top up mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan kita.
Selain daripada itu, suplemen turut membantu tubuh kita untuk bekerja dengan lebih efisyen. Sebagai contohnya, pengambilan set detoks parasit akan membantu badan menyingkirkan parasit yang menjadi salah satu punca kegemukan.
Bila parasit dah takde, proses penurunan berat badan akan menjadi semakin mudah.
Aktiviti fizikal pun, walaupun hanya 20% penyumbang untuk kurus sihat, namun ianya sangat penting juga tau.
Aktiviti fizikal ni bukan sahaja tertumpu kepada senaman.Kalau buat sebarang kerja yang boleh meningkatkan kadar dengupan jantung pun di kira bagus juga. Sebabnya kita nak buat aktiviti fizikal yang melibatkan sistem kardiovaskular.
Tapi kalau nak senang, ikuti jer lah senaman kardiovaskular.
Nak kurus ni, bukan mudah tapi tak mustahil. Diri perlu konsisten dan berdisiplin. Sebanya, takde perkara dalam dunia ni tanpa usaha yang bersungguh-sungguh yang akhirnya dinamankan kejayaan. Gambatte!!!
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Clean Eating atau eat clean ni adalah satu kaedah (metod) makan sebagai cara hidup, bukannya diet. Sebabnya, diet biasanya akan selesai jika berat badan telah turun atau telah mencapai target yang …
Clean Eating atau eat clean ni adalah satu kaedah (metod) makan sebagai cara hidup, bukannya diet. Sebabnya, diet biasanya akan selesai jika berat badan telah turun atau telah mencapai target yang dikehendaki, sebaliknya eat clean ni tetap dilakukan secara berterusan.
Dalam clean eating (eat clean), kita diharuskan mengambil makanan yang semulajadi, seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.
Seboleh yang mungkin juga mengurangi kadar pengambilan garam, gula, minyak, makanan berlemak dan memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bahan-bahan lain seperti protein tetap diambil dengan proses penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus dan panggang.
Di antara beberapa cara untuk memulakan eat clean ialah:-
Perubahan gaya makan ni sebaik-baiknya dilakukan secara perlahan-lahan agar tubuh tidak terkejut. Mahu rebah atau gigil orang yang hari-hari makan nasi, tiba-tiba nak kene stop mengejut, kan?
Contohnya, pada 2 minggu pertama, hindari makanan bergoreng dan makanan ringan, tetapi tetap makan nasi. Tetap lebihkan sayur terutamanaya sayur-sayuran berdaun hijau.
Pada 2 minggu yang berikutnya, gantikan beras putih dengan beras perang, tepung gandum bertapis dengan tepung gandum mil penuh. Begitulah seterusnya sehingga badan terbiasa dengan pola pemakanan eat clean ni.
Di antara faedah kita malakukan eat clean:-
Eat clean memang dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan kita. Sekiranya pesakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, gout kanser dan sebagainya sedang tercari-cari kaedah pemakananan terbaik, boleh try cara eat clean ni. Kemudian sesuaikan dengan penyakit yang dihidapi.
Apabila eat clean bergabung dengan detoks, insyaaAllah, hasilnya lagilah superb!
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144