Kisah Ajaib Apabila Percayakan Allah
Miracle can happen when you believe. Haaa…cakap orang puteh KakImah harini…heee. Teringat pulak dengan lagu nyanyian Mariah Carey, “You Will When Believe”. Memang gitulah keadaannya. Bila kita percaya, kita akan berjaya. …
Miracle can happen when you believe.
Haaa…cakap orang puteh KakImah harini…heee.
Teringat pulak dengan lagu nyanyian Mariah Carey, “You Will When Believe”.
Bila kita percaya, kita akan berjaya. Atau dapat apa yang kita rasa mustahil nak capai.
Bila kita letak Allah di hadapan, memang banyak perkara yang tidak disangka-sangka akan berlaku.
Macam pengalaman KakImah sendiri baru-baru ni masa nak balik kampung.
Ni yang KakImah ambil dari status Facebook KakImah.
Teringat Kelmarin
Malam kelmarin masa saya duk ngemas baju nak balik kampung, duk berbicara dalam hati.
“Ya Allah, baby aku ni tak berapa sihat, demam. Cuaca 2-3 hari ni panas garing (terik) sangat. Sian baby dalam kereta kalau panas-panas. Mintak-mintaklah cuaca redup, damai macam yang best kalau orang buat piknik tu”.
Kelmarin siang, masa keluar rumah time nak bertolak balik kampung, dekat pukul 11 pagi, tengok cuaca mendung, redup, damai, memang macam suasana best sangat nak piknik.
Sepanjang jalan memang redup. Kalau ada cahaya matahari pun, sinaran dia tak panas sangat.
Subhanallah, MashaaAllah!
Rasa nak menangis terharu.
Alhamdulillah! Terima kasih Allah.
Allah dengar luahan hati aku. Allah baik dan Allah sangat baik.
Mintalah apa sahaja dengan Allah.
Mintalah sungguh-sungguh walau dalam keadaan apa sekalipun.
Ada apa-apa jer, minta dan mengadu pada Allah.
Allah suka, Allah dengar, Allah kabulkan.
Mau tak sebak, terharu kan. Bukannya KakImah buat solat hajat khas pun nak mintak cuaca redup.
Bukan jugak KakImah tadah doa khusus pun.
KakImah cuma mengadu dengan Allah sambil kemas-kemas baju nak bawa balik kampung.
Tapi Allah tu Maha Mendengar. Dia kan suka kita sikit-sikit nak report kat dia, sikit-sikit jer nak meluah rasa kat Dia.
Kalu kat orang, mau kene penampar juga sebijik dua. Serabut juga kalau orang asyik cari kan? Tak aman rasa hidup.
Tapi Allah lain. Dia, lagi kita cari Dia, lagi Dia suka. Semakin kita bergantung kat Dia, lagi macam-macam benda dia beri. Tak mintak pun dapat jugak.
Tak ke syok tu?
Tu salah satu magic dalam kehidupan seharian.
Kalau bab bisnes plak, sebelum ni KakImah ada update pasal Vertigo kat blog ni. 1 entri je tak silap.
Boleh dikatakan ramai jugalah yang bertanyakan Vivix untuk Vertigo tapi lepas tahu harga, depa senyap.
Vivix ni, retail dia RM 475 untuk kegunaan sebulan.
Sekali dengar macam nak tercekik, tapi kalau nak kene penangan kesan dia, tu pasal sampai ada pencinta Vivix yang memang akan restock sokmo Vivix diaorang.
Berbalik cerita KakImah tadi pasal pesakit Vertigo tu, bila orang tak nak, memang ada juga rasa frust.
Niat kita nak tolong orang lebih sihat kan, tapi dah orang tak nak, tak boleh buat apa-apa lah.
Lepas tu “let it go” jelah.
Ngadu lagi kat Allah.
Tup-tup, baru-baru ni, sampai 4 botol Vivix terjual untuk orang yang kene Vertigo. Alhamdulillah!
Sorang jadi ahli dengan sebotol Vivix, sorang jadi ahli dengan twin pack Vivix, sorang nak beli retails je.
Alhamdulillah.
Yang beli 2 botol Vivix tu sebab dapat keuntungan berganda, contohnya:-
- dapat harga member yang jauh lagi untung
-
beza harga hampir RM 140
-
free membership RM 69
-
bulan depan dapat cash bonus
-
beli Vivix memang free shiping RM 10.60 SM / RM 21.20 SS.
-
kesan terbaik seluruh tubuh, dari hujung ke hujung kaki.
Bagi yang beli retail walaupun KakImah dah terangkan untung jadi ahli, pada KakImah beliau sangat pentingkan kesihatan.
Melabur sedikit untuk menjaga kesihatan supaya wang ada tidak nanti digunakan untuk merawat penyakit yang dah parah. Kelak belanja lebih besar terpaksa dihabiskan.
Apa-apa pun yang berlaku, segalanya adalah dengan izin Allah.
Yang kita nak adalah berkat dalam hidup. Nak dapat berkat, salah satunya adalah cari Allah dulu sokmo sebelum orang lain, sebelum buat sesuatu.
Sharing is caring,
Naimah Wahab
019-9377380
ID: 1001144