• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Entri kali ini adalah berhubung dengan kanser kolorektal. Anda pernah dengar tak nama kanser ni? Saya sendiri pun pertama kali dengar.

 

Apakah Kanser Kolorektal?

 

Kanser kolorektal merupakan ketumbuhan malignan yang terdapat di usus besar. Pada kebiasannya, kanser kolorektal mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi yang mana kemudiannya boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain dan boleh menyebabkan kematian.

 

kanser kolorektal

 

Kerapkan Kanser Kolorektal Berlaku?

 

Kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser paling penting di Malaysia dengan anggaran lebih daripada 4500 kes berlaku setiap tahun.

Ia kerap berlaku di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengira jantina.

 

Gejala Kanser Kolorektal

 

Di antara gejala-gejala yang mungkin dialami ialah:-

¥ Kehadiran darah dalam najis atau pendarahan dari dubur

¥ Perubahan ketara dalam corak pembungan air besar (sembelit atau cirit-birit atau berselang-seli antara sembelit dan cirit-birit)

¥ Sembelit yang berpanjangan

¥ Rasa letih tanpa sebab yang jelas (akibat kurang darah)

Nota: Sekiranya mengalami gejala-gejala di atas, amatlah disarankan agar mendapatkan nasihat doktor dengan segera!

 

Anda boleh mandapatkan maklumat lanjut tentang kanser ini di dalam entri Risiko Kanser Kolorektal.

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
SID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge