Mempunyai amalan pagi yang menyihatkan boleh menentukan bagaimana keseluruhan hari kita. Amalan pagi yang boleh meningkatkan metabolisma dapat bantu membakar lebih kalori sepanjang hari.
Terdapat beberapa perkara yang kita boleh gabungkan di dalam amalan di waktu pagi untuk meningkatkan metabolisma.
#1: Bouncing Selama 5 Minit
Bouncing setiap pagi boleh membantu peredaran darah dan pengaliran cecair limpa. Ia juga satu cara terbaik untuk membangunkan (menyegarkan) badan.
Kita boleh melakukan bouncing kecil sewaktu menyediakan sarapan pagi atau melakukan aktiviti harian.
Bouncing boleh meningkatkan kesihatan tiroid, meningkatkan tenaga dan menambah kadar metabolik.
#2: Air Lemon
Minum secawan air lemon suam boleh bantu meningkatkan sistem pencernaan, melancarkan pembuangan air besar dan meningkatkan kadar metabolik.
Meminum air lemon sepanjang hari akan bantu memastikan kadar metabolik berada pada tahap yang tinggi.
#3: Sentiasa Membawa Air Kosong
Meminum 2 gelas air sebaik sahaja bangun daripada tidur membantu badan kekal hidrat dan mengaktifkan kembali metabolisma yang menurun sewaktu kita tidur.
Antara tips air yang terbaik adalah menyediakan 2 set botol air setiap pagi. Minum 1/2-1″ air setiap sejam daripada setiap botol tersebut.
Kaedah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat untuk meminum air dan menjadikan kita kekal hidrat. Mimun air juga akan memastikan kita sentiasa bertenaga serta mengekalkan kadar metabolik yang tinggi.
#4: Makan 2 Biji Telur
Makan sejumlah protein yang baik pada waktu pagi akan membantu meningkatkan kadar metabolisma.
Telur mengandungi jumlah protein yang tinggi. Makan 2 biji telur setiap hari membantu kita berasa kenyang lebih lama.
Jika kita seorang yang bukan penggemar telur, kita boleh menggantikan telur tersebut dengan semangkuk cereal tinggi protein.
#5: Regangan dan Mengangkat Beban
Regangan pada waktu pagi boleh bantu meningkatkan peredaran darah dan metabolisma. Regangan boleh dilakukan boleh dilakukan sewaktu duduk di atas katil atau sewaktu minum pagi, menunggu minuman panas menjadi sejuk.
Memastikan tubuh kita aktif pada waktu pagi boleh menjadikan badan kita terus membakar lebih kalori sepanjang hari.
Mengangkat bebanan pada waktu pagi pula bantu mengekalkan kadar metabolik sehingga ke tengah hari. Regangan dan mengangkat bebaban membantu meningkatkan lagi kadar tenaga.
Tingkatkan Kadar Metabolisma Dengan Cinch Tea
Cinch Tea Shaklee mengandungi gabungan istimewa Matcha Green Tea, Taurina, White Tea, Rooibos Red Tea dan Red Tea.
Cinch Tea yang tinggi anti-oksidan bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah sangat terkenal sebagai energy dan metabolism booster. Ianya memberikan tenaga dan rasa segar sepanjang hari.
Cinch Tea boleh diminum kosong secara suam/panas/sejuk atau dicampurkan dengan madu, lemon atau halia.
Oleh itu, pagi yang sihat akan meningkatkan lagi cara hidup yang sihat. Jangan lupa mencuba kesemua 5 kaedah ini termasuk Cinch Tea untuk meningkatkan kadar metabolisma.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144
saya minum je setiap pagi belum lakukan yang lain
islam di dadaku recently posted…Pasangan Wanita di Surga
Saya pun amalkan minum air masak sebaik bangun dari tidur 🙂