Siapa kata nak kurus perlu berhenti makan nasi? Malah dengan makan nasi setiap hari boleh menyebabkan berat badan kita turun berkilo-kilo dalam masa beberapa bulan sahaja. Best tak kalau macam tu?
Bagaimana Boleh Kurus Dengan Makan Nasi?
Memanglah kita tersangat boleh kurus dengan makan nasi setiap hari. Tak perlu tinggalkan nasi. Nasi kan sumber karbohidrat. Karbohidrat sangat penting dan diperlukan oleh tubuh kita kerana ianya menjadi sumber tenaga utama.
Jadi, kalau kita ni pencinta nasi, tak boleh kalau tak pekena nasi, malah kalau tak dapat nasi dalam satu hari boleh rasa macam nak pengsan, makan je lah ye.
Cuma, SYARAT utama pengambilan nasi tersebut hanyalah SEGENGGAM. Ingat tau, segenggam jer. Kalau penumbuk kita besar, banyaklah sikit jumlah nasi tu, kalau kecil, kurang lagi nasi yang perlu kita ambil. Penumbuk kita sendiri ye, bukan penumbuk orang lain 😛
Nasi yang agak bagus ialah Blackpepper Rice dan juga beras perang. Beras basmathi pun ok.
Dah settle bab nasi ni, apa lagi yang perlu kita buat seiring dengan azam, kesungguhan dan tekad yang berkobar-kobar untuk kurus ni?
Cara Kurus Sihat & Jimat Seiring Dengan Nasi
1) Tahu BMI Badan Yang Ideal
Nak kurus, kita perlulah tahu dulu barapa bacaan BMI tubuh kita. Baru kita dapat anggarkan berapa kilogram lagi perlu kita kurangkan.
BMI ni adalah berat yang berkadaran dengan tinggi. Bila dah buat pengiraan BMI yang ideal, senanglah kita nak capai target.
Untuk dapatkan BMI secara online, boleh ke laman web cara dapatkan BMI ni.
2) Tinggalkan Minuman Manis
Part ni antara yang paling sukar nak lakukan, tapi tak mustahil. Kalau yang jenis pagi-pagi dah pekena nescafe susu atau teh tarik mamak, memang perlu bertabah. Air manis akan meningkatkan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan.
Ramai jer orang boleh lulus bab pengambilan makanan, dah cantik lauk disediakan secara rebus, panggang, makan sayur dan ulaman yang banyak, tapi fail terus bab nak tinggalkan air manis.
Jadi, kalau nak capai target dengan cepat, bertabahlah. Gantikan air manis dengan air kosong. Air kosong zero kalori. Air kosong ni hebat dan sangat baik untuk tubuh badan kita.
Nak minum jus boleh TAPI jus tanpa gula tambahan, tanpa susu dan tanpa sirap. Sebaik-baiknya, kisar jus minuman tu sendiri.
Nak lagi sihat, kisar buah tadi dengan sayur. Sedap tau! Gabungan sayur dan buah memang menyegarkan.
3) Tinggalkan Gula Putih
Gula putih tidak berkhasiat, malah tidak elok untuk kesihatan.
Gantikan gula putih dalam makanan dengan gula organik, gula melaka, gula kabung, gula tebu atau madu. Tapi masih dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal tau.
4) Tinggalkan Makanan Bergoreng
Pun satu perkara yang pasti agak mental! Hehehe. Sebab apa? Say NO to karipap, donut, goreng pisang, goreng ubi, sukun goreng sambal kicap dan sewaktu dengannya lah.
Pendek kata, makanan deep frying atau yang guna minyak banyak tu, tinggalkanlah.
Walaupun nilah favourite kita, lupakanlah sekejap.
Sekejap tu lama mana?
Sampai dah dapat BMI cantik a.k.a ideal, boleh kan?
Gantikanlah dengan kek, agar-agar dan pau. Pau kukus tau! Tapi masih dengan kadar gula atau manis yang rendah dan dimakan dengan kuantiti yang sederhana atau sedikit.
5) Cara Penyediaan Makanan
Sebenarnya, yang paling baik adalah memasak makanan sendiri. Sebabnya kita boleh kawal sendiri penggunaan garam, gula dan juga mengelakkan sebarang perasa tambahan atau bahan tambahan yang tidak sihat.
Cara memasak pun amalkan yang kukus, rebus dan panggang sahaja terutamanya untuk protein seperti ayam, ikan dan daging.
Begitu juga sayur, makan yang fresh dan dibuat salad pun bagus selain daripada cara penyediaan yang dinyatakan tadi.
6) Tinggalkan Makanan Ringan
Nama jer makanan ringan, tapi sebenarnya sangat tinggi kalori. Junk food, kerepek, keropok atau snek merapu-rapu yang sering kita ambil di antara waktu makan utama tu sebenarnya menjadi antara penyumbang kepada berat badan.
Sama jugalah dengan fast food dan processed food.
Kandungan garam yang tinggi juga boleh menjadi punca kepada masalah gemuk air.
Sebagai gantinya, boleh ambil kurma atau kismis dan juga kekacang dan bijirin seperti badam, biji labu, biji bunga matahari.
7) Kurangkan Pengambilan Santan
Kalau boleh elak, elak dulu, tapi kalau teringin nak makan, kurang dan kawal pengambilan makanan bersantan.
8) Senaman/Aktiviti
Senaman ni sangat penting untuk melengkapkan proses nak kurangkan berat badan walaupun ianya hanya merangkumi 30% berbanding 70% adalah daripada gaya pemakanan kita.
Kekal cergas sepanjang hari akan buat kita rasa hebat dan ceria.
Selain daripada itu, senaman ni akan meningkatkan sistem pertahanan badan. Barulah kita boleh kurus secara sihat gitu!
Nak join Program Kurus Dengan Nasi (KDN)? Jommmm 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Ya.
Makan nasi memang leh kurus.
hoho..
titan recently posted…Satu SOALAN yang paling SUKAR untuk dijawab.
kan dah cakap, makan nasi boleh kurus…hihi
makan nasi aja jangan pakai lauk maka dijamin bakalan kurus
lah, , . Saya nak makan apapun, sebanyak apapun tetap kurus. . . Wkwkw dah kurus dari lahir
tikusbray recently posted…Download Lagu NDX A.K.A – Kimcil Pabu.mp3