Rasanya ramai ibu hamil yang mengalami masalah kejang (cramp) kaki sewaktu hamil kan? Tak terkecualilah saya sendiri. Sakitnya Ya Rabbi. Memang rasa nak nangis. Ada masanya, sampai boleh terjaga di tengah malam. Biasanya kejang kaki ni berlaku pada trimester kedua dan trimester ketiga.
Kejang kaki ni dikatakan terjadi disebabkan oleh asid yang terkumpul di dalam serat otot yang membuatkan otot menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil masih belum dipastikan secara jelas lagi.
Beberapa Teori Mengapa Kekejangan Sering Berlaku Sewaktu Hamil
- Kekurangan nutrien dan garam seperti Kalsium atau Magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan akan mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
- Uterus (rahim) yang semakin membesar akan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki ibu. Keadaan ini termasuklah kesan hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki ibu.
- Sebagaimana berlari, bersukan, atau hanya berdiri sepanjang hari, boleh membuat kita berasa letih, begitu jugalah dengan kandungan yang semakin sarat ini.
Cara Melegakan Masalah Kejang Kaki Semasa Hamil
- Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula para ibu akan berasa sakit, namun lama-kelamaan kesakitan tersebut akan menghilang.
- Urut otot yang kejang itu.
- Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan tadi benar-benar hilang dan para ibu boleh berjalan seperti biasa.
Tips Mudah & Berkesan Elak Kejang Kaki Semasa Hamil
Tips#1: Senaman Regangan Kaki
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikana tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama 5 saat. Ulang senaman ini selama 5 minit, 3 kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
Tips#2: Senaman Tapak Kaki
Bengkokkan tapak kaki ke bawah, kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak 8 kali dan ke bawah 8 kali.
Tips#3: Elakkan Kaki Bersilang Lama
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama.
Tips#4: Berjalan-jalan
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
Tips#5: Cukup Rehat
Elakkan terlalu letih. Baring di sebelah kiri badan bagi meningkatkan peredaran darah ke bahagian kaki.
Tips#6: Elakkan Hidrasi
Minum air kosong dengan secukupnya secara kerap bagi memastikan badan kekal terhidrat.
Tips#7: Mandi Air Panas
Mandi air panas sebelum tidur dapat membantu merehatkan otot tubuh para ibu.
Tips#8: Mengambil Suplemen
Memandangkan kejang kaki juga dipercayai akibat kekurangan nutrien dan garam seperti Kalsium atau Magnesium dalam darah, maka para ibu hamil sangat disarankan mengamalkan Ostematrix yang terkandung di dalam Set Hamil Lengkap Shaklee.
Ostematrix sangat istimewa kerana bukan hanya mengandungi Kalsium semata-mata, malah turut mengandungi vitamin penting seperti Vitamin D dan Magnesium. Dengan kehadiran Vitamin D, Kalsium dapat diserap secara optimum oleh tubuh. Magnesium pula membantu membawa Kalsium ke bahagian tubuh yang terlibat.
Apabila penyerapan serta sebaran Kalsium dapat berlaku secara optimum, maka risiko mendapat penyakit batu karang akibat pengambilan Kalsium sangat minimum.
Masalah batu karang akibat pengambilan suplemen Kalsium biasanya diakibatkan oleh pengambilan suplemen yang mengandungi Kalsium semata-mata tanpa gabungan Magnesium dan Vitamin D.
Berbalik kepada Ostematrix tadi, ianya bukan sahaja bantu para ibu hamil mengatasi masalah kejang kaki, malah sangat popular dalam bantu para ibu hamil yang mengalami sakit dan lenguh badan, otot, belakang, kebas kaki serta yang paling WIN adalah sembelit.
Di samping mengamalkan semua 7 tips mengatasi mudah mengatasi masalah kejang kaki sewaktu hamil, para ibu juga boleh mencuba suplemen Ostematrix yang semulajadi, dijamin berkesan dan mesra alam ni. InsyaaAllah sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan yang dialami hampir semua ibu hamil.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Dulu saya selalu kena juga sampai jalan pun berdengkot-dengkot. Teruk sampai terpaksa mc berhari-hari.
rahimah recently posted…5 Kesilapan Harus Di Elakkan Semasa Tempah Tiket Tambang Murah Airasia
kalau nak cegah kejang kaki semasa hamil, boleh beri isteri minum pati delima.
Mr Sync recently posted…Apa Sebab Bisnes Printing Lingkup