• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Ada masanya kalau kita berjaga malam atau tidur lewat, kita memang akan berasa lapar. Lepas minum air pun masih lapar. Nak makan, bimbang naik pula berat badan. Tak makan, perut dah berdondang sayang minta diisi. Sebenarnya masih terdapat snek sihat dan makanan lewat malam yang sihat dan rendah lemak yang boleh diambil.

Apa yang penting, pilihlah snek atau makanan lewat malam yang kurang daripada 300 kalori. Lepas tu, pastikan kalau nak tidur tu, tunggu sekurang-kurangnya sejam lepas makan. Nak kurus, perlu makan, tapi pilihlah snek yang bersesuaian.

 

Pilihan Snek & Makanan Lewat Malam Yang Sihat & Rendah Kalori

 

 

tips turunkan berat badan - oatmeal

 

#1: Oatmeal

Oatmeal ni adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Selain daripada mengenyangkan, oatmeal ni pada masa yang sama bantu menurunkan paras kolestrol tubuh kita.

Untuk menambahkan variasi rasa dan keenakan oatmeal, boleh tambah buah-buahan, kekacang dan juga susu.

 

 

cara mudah untuk kurus

 

#2: Bijirin

Dengan kandungan serat yang tinggi, bijirin adalah makanan ringan tengah malam terbaik. Bijirin dapat dicernakan dengan mudah dan juga akan bantu memuaskan rasa lapar kita. Dengan kata lain, bijirin akan buat kita rasa kenyang, penuh perut 🙂

Bijirin multi-grain, ccrispies beras, emping memenuhi kriteria sihat di tengah malam. Tapi pastikan memilih bijirin yang benar-benar sihat. Jangan tersalah pilih bijirin yang telah diproses menjadi bar atau ditambah pelbagai bahan tambahan sintetik pula ye.

 

#3: Kekacang

Kekacang merupakan sumber protein tertinggi selepas bjirin dan lentil. Pelbagai pilihan kekacang enak yang terdapat di pasaran yang boleh dipilih. Di antaranya ialah pecans, walnut, badam, pistachio bagi mengurangkan rasa lapar. Pada masa yang sama, dapat pula khasiat Vitamin E.

 

#4: Buah-buahan

Mesti ramai orang yang suka buah-buahan kan? Pilih sahaja buah-buahan kegemaran kita. Di antaranya ialah pic, epal pisang, anggur, ceri, plum dan mangga. Boleh juga dibuat jus buah-buahan atau smoothie.

 

 

tips turunkan berat badan - sayur-sayuran

 

#5: Sayur-sayuran

Sayur-sayuran sangat sesuai kalau kita ni dalam proses nak kurangkan berat badan, nak kurus, tapi pada masa yang sama nak hilangkan rasa lapar di tengah malam. Sayur-sayuran sangat kaya dengan vitamin, mineral dan fitonutrien yang sangat baik untuk kesihatan tubuh-badan kita.

Sayur ni ni boleh dibuat salad dan dicampur dengan buah-buahan. Tapi, pastikan pilih dressing atau sos yang sihat dan rendah kalori seperti minyak zaitun yang ditambah sedikit garam, serbuk lada hitam dan perahan lemon. Nak tambah kekacang dan keju pun boleh.

Malah boleh juga kalau nak sediakan campuran jus buah dan sayur.

 

#6: Susu

Meminum segelas susu badam mampu bantu memulihkan tenaga tubuh kita. Namun, boleh juga kalau nak minum susu segar atau susu tepung. Elakkan susu pekat manis ye. Susu pekat manis sangat tinggi kandungan minyak dan gula bertapis.

 

 

tips turunkan berat badan - daging ayam tanpa lemak

#7: Daging Ayam

Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot kita, tapi juga akan bantu kita berasa kenyang tanpa menambahkan berat badan kita. Jadi, kalau teringin nak makan sesuatu yang agak berat, pilihlah daging ayam tanpa lemak yang dipanggang (grill). Pasti terasa kenyang sampai pagi 😀

 

#8: Keju Cottage

1 1/2 cawan keju cottage mengandungi 16 gram protein tetapi hanya mempunyai lebih kurang 102 kalori dan 2 gram lemak. Ianya sangat berbeza dengan keju jenis yang lain kerana kebnayakan keju mengandungi tinggi lemak.

Boleh sahaja campurkan keju cottage ni bersama kekacang, sedikit madu dan buah-buahan. Mesti terasa puas makan.

 

Ingat tau prinsip nak kurus, perlu makan secar aberkala iaitu setiap 3-4 jam. Jadi kalau berjaga malam, perut perlu diisi, cuma hanya bijak memilih snek atau makanan lewat malam yang sihat dan rendah lemak serta kalori. Badan sihat, tetap langsing, perut kenyang, suka hati 😛

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “8 Snek & Makanan Lewat Malam Yang Sihat & Rendah Lemak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge