• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

Kurma merupakan sejenis buah yang berasal daripada Timur Tengah iaitu negara Arab. Kurma yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral sangat bagus untuk kesihatan semua orang termasuklah ibu hamil dan janin.

Manfaat Kurma Untuk Ibu Mengandung & Bayi Dalam Kandungan

 

1) Menambah Tenaga

Kurma mengandungi glukosa yang tinggi dan bagus untuk kesihatan. Glukosa akan bertindak sebagai pemberi tenaga kepada tubuh badan ibu yang melakukan pelbagai jenis aktiviti harian.

 

 

 

cegah anemia dengan kurma

 

2) Mencegah & Kurangkan Anemia

Kandungan zat besi di dalam kurma boleh membantu para ibu hamil yang mengidap anemia meningkatkan lagi jumlah sel darah merah.

Ini turut menjadikan ibu-ibu lebih sihat dan bertenaga.

 

 

 

merangsang sistem saraf

 

3) Merangsang Sistem Saraf

Kandungan potassium akan meningkatkan lagi rangsangan terhadap sistem saraf. Ianya bukan sahaja meningkatkan kecergasan otak dan menajamkan daya ingatan para ibu, malah turut memberi impak positif kepada bayi.

Selain daripada itu, ia turut merangsang sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah penyakit kanser payu dara dan rahim.

 

4) Memudahkan Proses Bersalin

Kurma boleh membantu para ibu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana terdapat bahan khusus di dalamnya yang membantu proses berkenaan.

 

5) Cepat Berasa Kenyang

Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap oleh badan dan akan memberikan tenaga segera apabila dimakan sewaktu lapar. Apabila berasa kenyang, ia akan mengelakkan daripada mengambil makanan seharian secara berlebihan.

6) Membantu Pembentukan Gigi

Selain menguatkan tulang, kandungan kalsium yang agak tinggi di dalam kurma dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi pada janin. Kalau nak bayi cepat tumbuh gigi, jangan lupa amalkan pengambilan kurma sewaktu hamil.

 

 

 

elakkan sembelit

 

7) Menjaga Kesihatan Pencernaan

Masalah pencernaan seperti sembelit sering berlaku di kalangan ibu hamil. Kurma yang kaya dengan serat dapat mengatasi dan menjaga kesihatan pencernaan para ibu hamil sekalian.

 

8) Mengandungi Pelbagai Khasiat

Kurma mengandungi Protein (1.8-2%), Serat (2%-4%), Gukosa (50%-57%), Vitamin A, Vitamin C, Sodium, Potassium dan pelbagai jenis nutrien yang lain.

 

Mesti tak sangka kan,  buah yang nampak kecil, sangat bermanfaat untuk kesihatan semua orang, termasuklah ibu hamil dan janin. Dengan rajin mengamalkan pengambilan kurma setiap hari, pasti kesannya akan dapat terasa.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge