• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Vertigo ni sebenarnya merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering berlaku sekarang ni, cuma kita tak berapa familiar dengan istilah namanya.

Tapi jangan pandang ringan dengan vertigo ni, silap haribulan, memang boleh jadi pekak tau.

Di antara punca berlakunya vertigo adalah kerana pola hidup kita yang kurang teratur. Dengan aktiviti seharian yang sangat padat, ditambah pula dengan waktu rehat yang amat terhad menjadikan lebih ramai penderita vertigo sekarang ni.

Namun demikian, menjaga diet juga boleh mencegah serta mengurangkan, sekaligus mungkin boleh menyembuhkan pesakit daripada masalah vertigo.

 

Makanan Sihat Untuk Penderita Vertigo

1) Bayam

 

cara rawat vertigo

Bayam sangat bagus kepada pesakit vertigo kerana mengandungi Vitamin B6. Vitamin B6 merupakan antara nutrien penting yang diperlukan oleh pengidap Vertigo kerana ia mampu mengatasi masalah ini sekiranya badan cukup dengan vitamin tersebut.

Sangat disyorkan agar mengambil bayam dalam tempoh sebelum 4 jam selepas dimasak.

 

2) Cili/Paprika

Cili atau paprika juga sangat kaya dengan Vitamin B6. Jadi ianya sangat bagus untuk diambil setiap hari oleh pesakit vertigo. Cili tanpa biji tau.

 

3) Ikan Air Tawar

Pesakit vertigo disarankan mengambil ikan air tawar setiap hari bagi mendapatkan sumber protein. Ikan air tawar ni bantu mengurangan masalah vertigo. Selain itu, ikan air tawar juga kurang garam.

 

4) Putih Telur

 

cara rawat vertigo

Putih telur ni mengandungi banyak protein yang sangat baik untuk tubuh. Jadi, penderita vertigo sangat disyorkan mengambil putih telur.

 

5) Buah Mengkudu

Mengkudu ni mengandungi nutrisi yang baik untuk mengurangkan gejala vertigo. Tapi tak perlulah nak telan macam tu jer. Sebabnya, buah mengkudu ni pahit. Bolelah makan dalam bentuk kapsul atau yang telah diekstrak. yang penting, pastikan selamat tau.

Buah mengkudu juga dipercayai boleh buatkan badan rasa lebih segar dan tidak mudah letih.

 

6) Pisang

 

Pisang ni adalah antara buah yang baik untuk vertigo kerana ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh, selain daripada  sebagai pemberi tenaga.

Lagipun, pisang ni sangat mudah untuk didapati dengan harga berpatutan.

 

7) Bawang Putih

Bawang putih turut mengandungi Vitamin B6. Elok sangat kalau masukkan bawang putih di dalam masakan atau menu harian kerana ianya sangat berkhasiat.

Lagipun, bawang putih ni adalah antibiotik semulajadi.

 

8) Avokado

Buah Avokado juga sangat tinggi dengan Vitamin B6. Selain itu, ianya mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk tubuh badan kita.

Nak makan buah avokado ni mudah jer, boleh makan macam gitu jer atau dijadikan jus, salad dan sebagainya.

 

Sekiranya kita adalah penderita vertigo, menjaga pemakanan juga sangat penting. Dengan mengambil makanan yang berkhasiat terutamanya yang tinggi dengan kandungan Vitamin B6, penyakit vertigo yang dihidapi dapat dikurangkan atau dengan izin Allah akan disembuhkan.

 Selain daripada itu, diet tinggi antioksidan (resveratrol contohnya) seperti Vivix sangat disyorkan kepada pengidap Vertigo.

Boleh klik whatapps 019-937 7380 sekiranya nak dapatkan info atau share apa-apa tau 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “8 Jenis Makanan Sihat Untuk Pesakit Vertigo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge