Masalah sakit sendi ni turut berkait rapat dengan faktor pemakanan seharian kita. Sekiranya sakit sendi yang dihidapi disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat, maka sudah pastilah kita dapat merawat dan mencegah sakit sendi ni pun melalui pemakanan yang lebih bernutrisi serta khusus untuk sakit sendi ni.
Walaupun terdapat lebih kurang 13 Penyebab Sakit Sendi, namun faktor pencegahan utama adalah datangnya daripada diri kita sendiri.
Makanan Bantu Rawat & Cegah Sakit Sendi
1) Minyak Zaitun
Minyak Zaitun mengandungi oleochantal, sejenis bahan semulajadi yang dapat bantu mengurangkan sakti sendi yang sedang dialami.
2) Omega 3
Asid lemak Omega-3 merupakan antara anti-radang terbaik. Sumber Omega-3 ni dapat diperolehi daripada ikan seperti Salmon, Sardin, Kembung dan Tiram.
3) Teh Hijau
Teh Hijau mengandungi EGCG iaitu sejenis bahan semulajadi yang menghentikan penghasilan radang dari dalam badan dan mengelakkan tulang rawan rosak.
4) Soya
Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang. Contoh makanan berasaskan soya ialah tauhu, tempe, edamame. Namun, pastikan soya yang diambil adalah daripada sumber semulajadi dan bebas bahan kimia.
5) Buah-buahan
Buah-buahan kaya dengan Vitamin C. Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-radang dan mencegah Osteoarthritis. Contoh buah yang kaya dengan Vitamin C ialah kiwi, betik, oren dan mangga.
6) Rempah & Herba
Kulit kayu manis, kunyit, jintan dan bawang putih merupakan bahan anti radang yang boleh bantu mengurangkan masalah sakit sendi.
7) Set Sendi Shaklee
Shaklee turut menawarkan makanan tambahan semulajadi yang telah membantu ramai pengidap sakit sendi semakin pulih dari penderitaan tersebut. Set ini terdiri daripda Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard dan Ostematrix.
AJHT
Membantu mengisi semula bendalir lutut yang telah haus yang menjadi punca kesakitan antara sendi apabila kita bergerak.
AJHT mengandungi ekstrak boswellia yang telah terbukti secara klinikal mampu meningkatkan keselesaaan sendi dalam jangka masa lebih kurang 5 hari. Ia sangat membantu dalam:-
- menggalakkan mobiliti
- meningkatkan fleksibiliti
- meningkatkan fungsi sendi
- menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang
Omega Guard
Omega Guard bantu mengurangkan radang yang menjadi punca kesakitan pada sendi-sendi tubuh.
Omega Guard bertindak membantu memelihara fungsi sendi (arthritis). Paras Asid Lemak Omega-3 larut di dalam tisu rawan. Oleh sebab itulah ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
Jadi Omega Guard sangat membantu dalam mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.
Ostematrix
Ostematrix yang kaya dengan Kalsium, Vitamin D dan Magnesium membantu memadatkan semula tulang yang mula lopong. Kelopongan tulang biasanya akibat kekurangan kalsium harian serta faktor usia yang semakin meningkat.
Ostematrix membantu menguatkan tulang. Ini keranan kalsium dapat berfungsi menghalang osteoporosis, merawat tulang retak, kekejangan
Dengan pengambilan 600mg sebelum tidur, ia akan dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
Manakala Magnesium pula menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot.
Pssstt…kalau nak yang PREMIUM, add on jer Vivix dan Collagen!
Ubat tu kalau boleh, carilah yang semulajadi, jangan yang mengandungi steroid. Steroid ni sangat tak bagus untuk kesihatan jangka panjang.
Oleh itu, penjagaan pemakanan sihat sangat penting bagi mendapatkan tubuh badan yang berstamina serta sentiasa sihat cergas. Semoga kita terpelihara daripada masalah utama warga emas ni andai kata umur kita masih panjang. Mesti kagum kalau orang tengok, atuk nenek masih kuat dan boleh berseronok dengan anak cucu di taman permainan 🙂
Tapi, kalau boleh, paling tak mahu, muda-muda lagi dah terkena penyakit orang tua ni kan 😛
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
selalu amek omega 3, green tea dengan soya. kena jadikkan regular mulai hari ini 😀
Uncle Zuan recently posted…LRT Terbakar dan Harga Tambang Teksi Dari KL Sentral
Bagus tu Uncle Zuan kalau dah amalkan semua tu sebelum ni. Semoga sentiasa sihat ceria sokmo 🙂