• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Kadang-kadang walau dah ada 1-2 orang anak sekalipun, tapi bila bayi yang baru dilahirkan demam, naik gelabah dan buntu sekejap juga mak ayah nak handle masalah demam bayi ni. Yelah kan, bayikan sensitif (fragile), silap buat, lain pula jadinya.

Kalau bayi demam, apa yang paling penting adalah kita perlu berusaha untuk turunkan suhu badan bayi tersebut terlebih dahulu.

 

Cara Rawat Demam Bayi Agar Tidak Melarat

Sebenarnya, kalau nak diikutkan amalan perubatan, demam tak perlu dirawat, kecuali jika anak berasa tidak selesa dan pernah mengalami kekejangan febril (sawan).

 

1) Ubat Demam

Jika anak demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, para ibu bapa boleh berikan Panadol khas untuk bayi dan kanak-kanak untuk menurunkan suhunya. Pastikan mengikut arahan yang diberikan. Dos yang tepat bagi Ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan.

Tidak disarankan memberi Parasetamol dan Ibuprofen kepada bayi di bawah usia 2 bulan.

Jangan sesekali memberi aspirin kepada bayi atau anak yang berusia di bawah 16 tahun. Ia dikaitan dengan Sindrom Reye’s, yang merupakan penyakit yang jarang berlaku tapi boleh membawa kematian.

Cuma kalau boleh, elakkan ubat terlebih dahulu. Kalau dah cuba pelbagai cara, tapi suhu masih tinggi, memang perlu segera beri ubat untuk menurunkan suhu badan sebelum dibawa berjumpa doktor.

 

 

Bayi yang demam boleh dirawat segera jika ibu bapa peka dengan suhu dan kesihatan bayi mereka

 

2) Pemilihan Pakaian

Pakaian bayi dengan baju nipis yang diperbuat daripada kain kapas (jangan balut bayi untuk mengurangkan demam)

 

3) Suhu Di Bilik

Pastikan suhu di dalam bilik bayi adalah sejuk. Jikar perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi (katil bayi) dan gunakan sehelai selimut atau cadar nipis untuk menyelimutkan bayi.

 

4) Elakkan Dehidrasi

Bagi mengelakkan bayi mengalami hidrasi, berikan cecair dengan banyak. Keperluan air (iaitu susu badan yang merupakan pilihan terbaik atau susu formula) kepada bayi kecil sewaktu demam adalah lebih banyak daripada biasa.

Sekiranya bayi telah diberikan minuman lain, boleh gunakan lolipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan yang telah dicairkan sebagai alternatif .

 

5) Mandian Berspan

Bayi boleh diletakkan di dalam tub mandi atau baldi mandian bayi yang mengandungi air suam yang cetek. Gosokkan badan bayi satu bahagian pada satu masa menggunakan kain flanel atau span yang diperah sedikit.

Jangan keringkan badan bayi. Biarkan air mandian tersebut tersejat dengan sendirinya. Keadaan ini mungkin boleh membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6) Penggunaan Kain Lembap Sejuk

Meletakkan kain lembap sejuk pada bahagian dahi, pergelangan tangan dan pangkal peha (kawasan saluran darah yang hampir dengan permukaan kulit), akan membantu penurunan suhu badan.

 

7) Pengambilan Suplemen Shaklee Mengawal Demam

Sebenarnya kalau bayi yang demam ni menyusu badan sepenuhnya, para ibulah yang perlu mengambil suplemen Shaklee seperti SR Vita-C dan Performance Drink.

Sebagaimana entri terdahulu yang bertajuk Demam Pada Bayi Yang Patut Dirisaukan Oleh Ibu Bapa, saya ada menyatakan bahawa apa yang dimakan oleh ibu, akan diserap secara langsung oleh bayi yang menyusu.

Sebab itulah ibu perlu mengambil makanan berkhasiat di samping suplemen yang boleh membantu mengurangkan demam bayi.

SR Vita-C akan membantu ibu mendapatkan sistem imun tubuh melawan penyakit yang lebih baik sekaligus menyalurkan manfaatnya kepada bayi melalui susu ibu.

Seterusnya Performance Drink pula membantu tubuh daripada terus terhidrat. Sekaligus akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan demam.

 

Tiada apa yang paling membahagiakan ibu bapa selain daripada melihat bayi, permata hati tercinta membesar dengan sihat dan ceria. Senyuman dan keriangan anak-anak adalah azimat buat mereka. Jadi, kalau anak sakit seperti demam, tangani masalah tersebut dengan segera.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

32 thoughts on “7 Tips Merawat Demam Bayi Agar Suhu Turun Segera

  1. saya hari tu rania demam sekali.
    saya ok lgi la. boleh buat pelbagai cara.
    mandikan dgn kerap, pastu lapkan dibawah pelipat apa semua. skali suami ajak pergi hosppital. risau, kan.

    sudahnya kena juga masuk ubat bontot pastu kena mandi kan.dh la tgh malam. dh tahu proses tu, sbb mmber pernah bgitau. sian rania. mmg la suhu turun.. hukhukhuk

    pppsstt: ni resepi semperit susu
    http://lobaksusue.blogspot.com/2014/07/semperit-susu-yang-sedap-dimakan.html
    qasehnyarania recently posted…Tips pakaikan headband untuk anakMy Profile

    1. Kalau orang dewasa, selain tips kat atas tu, boleh amalkan surah al-anbiya’, ayat 69, yang bermaksud ” Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! “.

      Tambahan untuk baby, parents boleh bacakan ayat yang sama dan hembuskan atas ubun-ubun baby sambil berdoa agar sembuh segera dari demam.

      Ayat ni pun boleh dibaca kat tempat kita terkena api atau benda panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge