Mempunyai anak pintar dan cergas adalah impian setiap ibu bapa. Walaupun kita tidak boleh menilai anak-anak berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, namun adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak dalam segala aspek kehidupan mereka.
Rangsangan Menjadikan Anak Pintar & Cergas
1) Memberi Minum Susu
Telah banyak kajian secara ilmiah yang membuktikan bahawa susu mengandungi zat yang mampu meningkatkan ketahanan tubuh serta kecerdasan otak bayi.
Oleh itu, pastikan susu menjadi minuman utama anak kita. Sebaik-baiknya susulah si manja dengan susu ibu selama 2 tahun atau secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
2) Kerap Bercakap Dengan Anak
Bermula daripada bayi lagi, sentiasalah ajak anak bercakap. Menurut pemerhati daripada Sydney University, Dr. Jean Ashton menyatakan bahawa bercakap dengan bayi tidak semestinya perlu dengan memberikan pujian atau bergurau sahaja.
Sewaktu kita bercakap dengan bayi, bayi merupakan pendengar yang baik. Walaupun bayi tidak dapat membalas kata-kata kita, namun bayi dapat merespon dengan ekspresinya.
Respon ini perlu diperhatikan dan dihargai oleh ibu bapa sebagai bentuk awal bayi berkomunikasi di dalam lingkungan sekitarnya.
Ibu bapa boleh bercakap selalu dengan bayi dengan memanggil namanya, bertanya tentang sesuatu dan jangn lupa menggunakan ayat yang lengkap.
3) Membacakan Cerita
Menurut pakar pendidikan, Dr. Rosmarie Truglio, membaca dapat membuatkan anak mencintai buku, menambahkan pembendaharaan dan kemampuan dalam kosa kata serta mengembangkan ketrampilannya dalam berbahasa.
Tidak ada alasan terlalu ketinggalan membacakan cerita kepada anak-anak. Sekarang ni sudah banyak buku-buku yang baik, dengan gambar dan warna yang menarik untuk dibacakan kepada anak-anak.
4) Bermain Bersama-sama
Bermain bersama-sama anak-anak serta mengajarkan cara bermain yang betul dapat mempercepatkan proses belajar pada anak.
Selain itu, potensi sosialnya semakin berkembang, dapat mengenali kemampuannya, minatnya, bakatnya serta keperluan emosinya. Demikian menurut Dr. Jean Ashton.
5) Mendengar Lagu
Mendengar lagu membolehkan anak kita mempelajari bermacam-macam bunyi dan menambahkan perbendaharaan katanya.
Pilihlah lagu-lagu dengan dendangan yang mempunyai rima, nada yang unik serta membuatkan ibu bapa boleh turut sama bergerak bersama anak-anak seperti lagu Bangau Oh Bangau.
6) Belajar Muzik
Sebuah hasil penelitian dari Toronto University menyatakan bahawa anak yang belajar muzik sangat mudah untuk meningkatkan pembelajaran otak kanannya.
Didapati juga, dengan belajar muzik, IQ anak serta prestasinya di sekolah dapat dipertingkatkan lagi.
Penyelidik daripada Perancis juga menyatakan bahawa, dengan hanya belajar muzik selama 6 bulan sahaja boleh memberikan pengaruh pada kemampuan kognitif anak kita.
7) Menjaga Kesihatan
Para ilmuan daripada University of Illinois berjaya membuktikan bahawa terdapat hubungkait antara kesihatan dan prestasi anak di sekolah.
Oleh itu, ajarlah anak untuk bersenam (melakukan aktiviti fizikal) dan beri makanan yang sihat dan seimbang.
Mungkin ada di antara para ibu baya yang sering terlepas pandang tentang semua perkara ini. Namun, masih belum terlambat untuk memperbaiki diri dan mulakan rangsangan untuk menjadikan anak lebih pintar dan cergas.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
bagus tips2 yg diberikan..
mmg perlu byk beri perhatian pd anak..
Semoga terus bermanfaat
mohon sambung ke bahagian 2 secepat mungkin.
titan recently posted…Pengalaman Shopping di IKEA Cheras
Dah sambung dah ?