• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Dalam alam perkahwinan ni, saat-saat yang paling genting bagi pasangan ibu bapa adalah sewaktu membesarkan anak kecil. Lagi mencabar sekiranya mempunyai anak kecil yang hampir sebaya usia atau hanya berselang 1-2 tahun.

 

Panduan Ibu Bapa Menangani Karenah Anak Kecil

1) Komunikasi

  

Pertama sekali, pasangan suami isteri perlu berbincang terlebih dahulu macam mana nak tackle anak.

Kalau ada 3 anak, masing-masing ada ragam sendiri kan. Jadi ibu bapa lebih arif dengan perangai anak-anak sendiri.

 

2) Bersabar

Dah nama anak kecil kan, memang mereka suka bereksperimen dan meneroka sesuatu yang baru. Ikut kepala sendiri tanpa memahami larangan atau undang-undang.

Dalam pada itu, berkemungkinan besar berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ibu bapa. Contohnya pecahkan hp (biasa sangat berlaku ni…hihi), patahkan spek mata, tumpahkan air, sepahkan rumah dan sebagainya.

Jadi, ibu bapa perlu bersabar. Jangan cepat melenting atau marah-marah atau stress.

Kalau tak, kita hanya tinggalkan bekas luka dan contoh yang tidak elok untuk mereka. Hakikat sebenarnya, hati kita yang akan lagi berbekas selepas itu.

 

3) Jaga Tutur Kata

Paling kene berhati-hati ni tau. Nak-nak kalau mak ayah, terutamanya maklah sedang marah.

Jangan sesekali keluarkan kata-kata-kata kesat atau buruk terhadap anak. Kata-kata tukan adalah doa.

Jadi, tukarkan kepada ayat positif walaupun hati sedang geram yang amat. Taknak ke anak jadi alim ulama, ilmuan hebat atau manusia yang tersohor lagi berjasa?

 

4) Kasih-sayang

  

Kendalikan karenah anak-anak kecil dengan kasih sayang. Sebenarnya ia sangat mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan anak-anak kita.

Cuba check, anak yang selalu menjerit kuat, membantah cakap kita atau memukul orang lain tu, pernah tak kene tengking atau pukul dengan kita kalau mereka buat silap?

 

5) Saling Bertanggungjawab

Tugas membentuk anak-anak bukanlah terletak di bahu ibu sahaja walaupun si ibu adalah surirumah sepenuh masa. Apatah lagi nak serahkan sepenuhnya pada guru.

Mendidik ni bukan hal akademik semata-mata. Ia merangkumi sifat, sikap, sahsiah serta keprihatinan anak terhadap persekitaran dan orang lain.

Kalau dah sepagi dengan guru, sepetang dengan ibu, apa salahnya kalau si ayah balik awal sikit kerja, luangkan seketika bermain-main dengan anak-anak.

Lepas tu imamkan solat maghrib kalau tak ke surau atau masjid. Boleh juga ajar mengaji dan bercerita tentang nilai-nilai murni.

 

6) Tidak Menunding Jari

Tidak saling menyalahkan pasangan dengan apa yang terjadi andai disebabkan oleh anak-anak.

Anak kecil tetap begitu. Mereka belum dapat menilai mana yang baik atau buruk. Namun, ia tidak bererti yang mereka tidak boleh dicorakkan.

 

7) Bersyukur

Walau apa sekalipun karenah anak-anak kita, ingatlah yang mereka ni adalah amanah Allah. Anugerah yang tidak ternilai.

Orang lain dah bertahun-tahun menantikan cahaya mata. Kita yang Allah mudahkan rezeki mendapat zuriat ni, jaga dan didiklah mereka dengan sebaik-baiknya.

Andai kata kita tak bersyukur dan Allah tarik balik nikmat yang sangat berharga ni, menyesal seumur hidup pun dah tak guna lagi dah. 
Sebab itulah pentingnya ibu ayah bersama-sama bersatu hati dalam melayani karenah anak-anak. Itulah kebahagiaan dalam rumah tangga yang sebenar.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “7 Tips Menangani Dilema Ibu Bapa Mengendalikan Karenah Anak Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge