• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Secara normal, rambut kita akan mengalami keguguran sekitar 50 – 100 helai sehari. Tapi kalau setiap kali menyikat rambut, penuh pula sikat dengan rambut kita, risau juga tu. Banyak punca rambut gugur yang sering dialami oleh semua golongan. Tidak terkecuali juga para remaja. Cara mengatasi masalah rambut gugur ni pula kita lihat kepada punca utama yang menyebabkan ia berlaku.

 

 

tips rambut sihat dan kuat
Kawasan biasa keguguran rambut berlaku

 

Cara Mengatasi Rambut Gugur

 

1) Elakkan Stress

Stress berkaitan dengan hormon. Bagi wanita, hormon seks mereka sangat berkaita rapat dalam merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain daripada estrogen, setiap wanita turut menghasilkan sedikit hormon androgen.

Sekiranya wanita mengalami stress, hormon androgen akan terhasil secara aktif. Keadaan inilah boleh menjadi punca keguguran rambut.

2) Awasi Pemilihan Rawatan Rambut

Rambut gugur juga boleh disebabkan kerana rawatan rambut. Sekiranya kita kerap melakukan rawatan rambut seperti melurus, mengkerinting, mewarna, kelemumur atau rawatan rambut tradisonal sekalipun, jika tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan keguguran rambut.

3) Elakkan Produk Bahan Kimia

Seelok-eloknya elakkan penggunaan produk rambut termasuk shampoo dan perapi yang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia yang meresap pada akar rambut dan kulit kepala boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, rambut kering dan rapuh serta akar rambut yang lemah. Maka rambut mudah gugur.

4) Elakkan Penggunaan Rambut Palsu

Rambut palsu akan menyebabkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh merosakkan folikel rambut.

 

5) Ambil Makanan Seimbang

Untuk kesihatan rambut, pastikan mengambil makanan yang kaya dengan sumber Protein seperti susu, telur, ayam, yogurt, ikan, tempe dan tauhu dan juga Zat Besi seperti bayam, sayuran hijau, ikan, daging, kekacang, brokoli, lobak dan buah-buahan kering.

 

6) Mengambil Vitamin Tambahan

Kita tidak dapat menjamin yang makanan harian yang diambil dapat menampung keperluan bagi kesihatan tubuh sekaligus untuk kesihatan dan kekuatan rambut.

Di antara Vvitamin yang diperlukan untuk rambut kekal sihat ialah Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin E.

 

7) Pengambilan & Penggunaan Set Rambut Sihat Shaklee

Shaklee menawarkan penjagaan dalaman dan luaran bagi mendapatkan kesihatan rambut secara optimun yang terdiri daripada ESP, Zinc, VitaLea dan Nourishing Scalp Treatment.

ESP ni dah memang famous bebenor sebagai sumber protein soya non-GMO yang bantu hasilkan sel tubuh termasuk sel rambut yang sihat.

Berpunca dari sel yang sihatlah, maka satu tubuh kita akan sihat. Begitu juga dengan rambut.

Zinc pun sangat penting dalam keberlangsungan fungsi sel. Kekurangan Zinc akan menyebabkan rambut gugur dengan mudah.

VitaLea merupakan multivitamin yang kaya dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh termasuk Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin E yang penting untuk rambut.

Nourishing Scalp Treatment  pula telah terbukti dapat mengurangkan keguguran rambut. Sangat mudah digunakan kerana tidak perlu dibilas dan boleh digayakan pada bila-bila masa sekalipun.

 

Sekarang ni banyak sangat cara dan produk untuk mengatasi keguguran rambut, namun pastikan memilih yang terbaik, ternyata berkesan, selamat dan semulajadi.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “7 Tips Atasi Rambut Gugur Agar Kembali Lebat, Kuat & Sihat Bersinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge