Tekanan darah tinggi sering mempunyai hubung kait dengan bacaan kolestrol yang meningkat di dalam darah. Malah, faktor obesiti turut menjadikan keadaan lebih buruk. Namun, penyakit berbahaya ini boleh ditangani dengan mengubah cara hidup yang lebih baik serta pengambilan makanan dan suplemen semulajadi.
Apakah Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)?
Tekanan darah tinggi (hypertension) turut dikenali sebagai silent killer atau pembunuh senyap kerana tidak mempunyai simptom atau amaran awal seperti sakit belakang atau sakit gigi. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa kepada risiko serangan jantung, strok, buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor Berlaku Tekanan Darah Tinggi
Di antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit darah tinggi ialah:
- sejarah keluarga
- etnik
- umur
- gaya hidup
- stress
- kolestrol
- garam
Cara Bacaan Darah Tinggi
Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg, digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama ialah tekakan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Manakala angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan di dalam keadaan rehat (pause).
7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
#1: Kurangkan Berat Badan
Inisiatif untuk mengurangkan berat badan perlu diambil. Dengan pengurangan walau hanya 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara. Penyerapan zat di dalam badan juga akan meningkat.
#2: Kerap Bersenam
Cuba bersenam dalam 30-40 minit pada hari minggu. Paling kurang 3-4x seminggu. Secara tidak langsung, berat badan turut dapat dikurangkan.
#3: Jangan Merokok
Kesan nikotin rokok boleh meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Maka, sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah anda turut berada pada paras yang lebih tinggi dalam tempoh tersebut.
#4: Kurangkan Stress.
Stress akibat masalah kewangan, di tempat kerja, kesesakan lalu-lintas dan sebagainya boleh menigkatkan tekanan darah. Stress yang kronik boleh menjurus kepada serangan jantung, strok dan sebagainnya. Seimbangkan hidup anda dan elakkan stress berpanjangan.
#5: Kurangkan Pengambilan Garam
Kadar pengambilan garam tidak lebih daripada 2.3g atau 1 sudu teh sehari. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada masakan yang telah dihidang.
#6: Amalkan Diet Yang Baik
- ketahui keperluan kalori seharian
- makan kerap (5-7 hidangan sehari) tetapi dengan sukatan yang kecil
- lebihkan serat (fiber) seperti grains, nasi perang, buah dan sayur
- kurangkan kolestrol dari makanan seperti organ dalaman haiwan, makanan laut
- mengambil sumber potassium seperti pisang
- kurangkan pengambilan alkohol dan kafein
#7: Pemeriksaan Kesihatan
Jangan leka dan ambil mudah walaupun anda tiada masalah darah tinggi. Buatlah pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan.
Supplement Shaklee Untuk Tekanan Darah Tinggi
Set Darah Tinggi Shaklee yang terdiri daripada Phytocol ST, Omega Guard, Vitamin C, CoQ Health, Garlic dan B Complex.
Manakala Vivix pula merupakan supplemen premium yang mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Omega Guard
Omega Guard berfungsi untuk membakar kolestrol dan lemak jahat yang melekat pada dinding arteri, sekaligus membersihkan semula laluan darah di dalam salur darah. Sekaligus mengurangkan bacaan darah tinggi.
Phytocol ST
Phytocol bantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
Garlic
Garlic sememangnya bahan semulajadi yang membantu melancarkan peredaran darah.
Vitamin C
Vitamin C bantu menguatkan lagi dinding kapilari darah.
CoQ Health
CoQ Health sangat membantu dalam kesihatan jantung sekaligus menjaga kelancaran perdaran darah seluruh tubuh.
B Complex
B Complex merupakan asas kepada diet seimbang sekaligus mengekalkan kesihatan yang sempurna
Vivix Shaklee
Vivix mengandungi resveratrol. Resveratrol mencegah keradangan yang berlaku pada salur darah yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
Resveratrol juga membantu meningkatkan keupayaan salur darah untuk bertindak balas kepada tekanan darah yang berubah-ubah.
Jom kita layan sharing testimoni tentang penyakit darah tinggi, bacaan kolestrol tinggi dan obesiti daripada Encik Fahmy:-
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
lebih baik mencegah…. tip sgt berguna buat pakcik2 & macik2…. dan juge peringat utk org mude juge….
Manan Qayyim recently posted…Rezeki, Turun 50 Sen.
Ye betul 🙂
Naimah Wahab recently posted…Atasi Keguguran Rambut