Metabolisma merujuk kepada proses di mana makanan yang dimakan ditukar menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk melaksanakan fungsi yang diperlukan seperti peredaran darah, dengupan jantung, pernafasan dan sebagainya.
Kadar metabolik yang lebih tinggi boleh memberi manfaat kepada usaha untuk mengurangkan berat badan. Ia dapat bantu kita membakar lebih banyak kalori berbanding yang diambil.
Walaupun senaman adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisma, namun terdapat beberapa jenis makanan yang membantu kita membakar kalori, sekaligus mengurangkan berat badan.
#1: Kopi
Kopi adalah makanan (diminum) yang meningkatkan kadar metabolisma tubuh secara semulajadi. Ia dapat bantu membakar kalori lebih banyak daripada biasa.
Namun, pengambilan kopi perlulah secara sederhana kerana kafein yang berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan.
#2: Epal
Epal adalah salah satu pilihan terbaik untuk bersarapan. Epal membantu mengurangkan kadar gula di dalam darah serta mengeyangkan.
Selain daripada itu, kandungan Lecithin di dalam epal dapat bantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkannya kepada tenaga.
Jadi, epal adalah salah satu alternatif terbaik untuk mendapatkan badan yang ideal serta menurunkan berat badan.
#3: Lentil
Lentil bukan sahaja kaya dengan protein dan iron, malah sangat tinggi kandungan potassium tetapi rendah kandungan sodium.
Lentil adalah sejenis bijirin yang turut bantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh kita.
#4: Grapefruit
Mengambil 1 1/2 biji grapefruit dapat membantu kita untuk memecahkan lemak dan kolestrol. Patutlah kawan saya yang nak jaga badan, beriya-iya makan grapefruit. Tapi biar berpada-pada ye 🙂
#5: Green Tea
Green tea atau teh hijau sering dirujuk sebagai metabolisma booster dan sebagai agen mengurangkan berat badan.
Green tea mengandungi EGCG yang dapat bantu menaikkan kadar metabolisma tubuh ke tahap yang lebih tinggi.
#6: Hot Pepper (Cili Padi/Cili)
Cili padi dan cili biasa mengandungi capsaicin. Capsaicin adalah bahan kimia yang memberikan rasa pedas kepada cili.
Capsaicin telah ditunjukkan bantu meningkatkan kadar penggunaan tenaga dan pembakaran lemak.
Kajian yang telah dilakukan terhadap tikus menunjukkan bahawa penggunaan cili telah menurunkan kadar lemak dan meningkatkan tenaga dan metabolisma lipid.
Makanan biasa yang mengandungi capsaicin termasuklah jalapenos, habaneros dan lada merah.
Tingkatkan Metabolisma Dengan Cinch Tea
Cinch Tea merupakan gabungan istimewa di antara Matcha Green Tea, Taurina, White Tea, Rooibos Red Tea dan Red Tea yang bukan sahaja meningkatkan metabolisma, malah sangat tinggi kandungan anti-oksidan.
Cinch Tea yang sememangnya menjadi metabolism booster ni memang dapat bantu untuk kurus.
Selain daripada itu, Cinch Tea turut glamer dengan gelaran energy booster. Kalau nak tidur lena waktu malam, elak daripada meminumnya awal-awal. Sebabnya, kita pasti menjadi burung hantu sepanjang malam. Tak boleh nak tidur kerana terasa segar jer mata kita ni.
Sebabnya, saya dah selalu terkenan penagan Cinch Tea ni. Sangat membantu di kala perlu stay up untuk menyiapkan kerja serta bantu untuk fokus🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144
termia kasih atas infonya gan, bermanfaat sekali..
Sama2, semoga bermanfaat buat semua
sesiapa yang nak menjadi slim harus memikirkan makanan ini..hu..hu..perkongsian yang menarik
Hero Borneo recently posted…Cara Meningkatkan Ghairah Menulis Blog
Hehehe…harusss!!!