• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

“Dik, baru habis SPM ke?”

Hohohoho, sedangkan kite dah 24-25 tahun gitu! Kalau anda ditujukan soalan macam gitu, apakah perasaan yang bermain di jiwa?

Kembang semangkuk woooo….hahaha

Awet muda kekdahnya, hihihi. Siapa tak suka kelihatan muda belia kan? Nak-nak orang perempuan lah. Ye tak, ye tak?

Memang syok sangat kalau kita nampak lebih muda daripada usia sebenar, kan?

 

vivix bantu awet muda secara semulajadi

 

Macam mana nak didefinisikan seseorang tu awet muda?

1) Kelihatan Muda

Of course lah kita nampak dia muda. Tapi selalunya kulit wajah kelihatan bersih tanpa sebarang noda. Lagi mulus, lagi muda nampaknya.

2) Fungsi Badan Yang Muda

Kelihatan aktif. Orang yang nampak cergas gerak sana-sini akan kelihatan lebih muda. Biasanya kalau budak-budak kecil kan tak reti duduk diam.

3) Tulang Yang Kuat & Sihat

Sokongan tulang yang kuat dan sihat akan membolehkan seseorang tu melaksanakan kerja-kerja seharian dengan pantas.

Kalau nenek memanjat dan melompat sana-sini dengan cucu, silap haribulan, orang ingatkan yang cucu tersebut adalah anak diaorang….hehehe

Jom saya kongsikan tips awet muda yang  boleh kita amalkan. Secara semulajadi dan tak perlu sebarang ubat atau pembedahan.

5 Tips Kekal Awet Muda Semulajadi

Tips Awet Muda #1: Hubungan Dengan Tuhan

Orang yang biasa menjaga hubungan dengan Tuhan ni selalunya lebih tenang.

Apabila kita berasa tenang, secara tidak langsung ianya akan terpancar pada wajah kita.Malah, orang yang memandang wajah kita pun akan turut berasa tenang dan tidak jemu.

Pernah tak tengok muka orang hafal al-Quran? Nampak bersih dan mendamaikan jiwa kita.

Jadi, langkah pertama adalah, jaga solat kita, banyakkan membaca al-Quran serta berzikir.

Tips Awet Muda #2: Tidur Yang Mencukupi

Kenapa tidur ni penting?

Sebabnya sel-sel badan kita akan diperbaharui sewaktu kita tidur.

Bayangkan kalau kita jenis tidur tak menentu.

Lama-kelamaan sel tubuh kita akan tinggal yang lama jer dan kesannya mula terserlah pada wajah, sendi, juga kesihatan menyeluruh.

Sistem badan kita pun jadi tunggang-terbalik. Hormon tubuh pun haru-biru.

Mulalah sikit-sikit nak stress, migrain, dapat pula mata panda, jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, berat badan pun naik tak mahu turun-turun.

Agak-agak kalau rupa macam ni, orang nampak muda tak?

Tips Awet Muda #3: Minum Air Kosong Secukupnya

Air kosong sangat power! Air kosong ni adalah tips kecantikan yang paling murah dan senang diperolehi.

Amalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2Liter.

Kalau boleh minum lebih, lagi bagus. Nak-nak kalau kita jenis aktif atau banyak aktiviti luar.

Bila air dalam badan cukup, semua fungsi dalam sistem tubuh kita dapat berjalan dengan lancar.

Air ni sangat penting sebab 2/3 daripada tubuh kita terdiri daripada air.

Air yang mencukupi akan membuatkan kulit kita lebih bersih, lembap, anjal toing-toing, tegang dan sihat.

Tips minum air kosong:-

  • Nak senang sukat, guna bekas air 1 Liter atau 2 Liter dan habiskan dalam masa sehari.
  • Disiplinkan minum tiap kali nak solat atau 1/2 jam sebelum dan selepas makan.
  • Kalau jenis tak boleh sangat nak togok air kosong, boleh buat infused water. Air ni pun bagus untuk kesihatan sebenarnya.

Tips Awet Muda #4: Ubah Gaya Pemakanan

Kalau sebelum ni kita suka makanan merapu a.k.a junk food, bertukarlah kepada makanan yang lebih sihat atau makanan sebenar.

Junk food ni termasuklah juga processed dan fast food.

Junk food selalunya sangat tinggi kandungan garam. Garam ni pula akan sebabkan water retention pada badan kita termasuklah wajah kita.

Nanti badan akan jadi gemuk air. Muka pula akan nampak lebih sembab.

Garam yang tinggi pun boleh jadi punca berat badan naik serta timbul pula pelbagai jenis komplikasi kesihatan.

Lagipun, nak hasilkan junk food ni, macam-macam bahan kimia yang tak elok dicampurkan kat dalam tu.

Jadi untuk sihat dan awet muda, makanlah makanan sebenar yang lebih sihat.

 

Tips Awet Muda #5: Dapatkan Nutrisi Yang Sepatutnya Melalui Suplemen

Semakin meningkat usia kita, maka keanjalan kulit akan semakin berkurangan. Bila kulit semakin berkedut, maka kita akan kelihatan semakin tua.

Antara suplemen yang sangat mendokong kita menjadi awet muda ialah Collagen Powder, Vitamin E dan Vitamin C.

Collagen powder ni diperbuat daripada sisik ikan merah laut dalam. Dihasilkan dalam bentuk serbuk yang sangat halus iaitu 1,000 dalton.

Bila jirim dia sangat halus, maka penyerapan dan kesannya akan jadi lagi pantas.

Saya suka sangat kunyah collagen ni dengan kurma atau yogurt. Sedap, lemak dan berkrim.

Collagen ni sangat menyokong kesihatan dan keanjalan kulit, sendi dan seluruh tubuh.

Vitamin E ni pula kaya dengan anti-oksidan. Anti-oksidan ni akan jaga sel tubuh kita daripada musnah akibat tindakbalas radikal bebas.

Jadi sel kita akan sentiasa terpelihara.

Vitamin C pula, selain bagus untuk mencerahkan kulit, juga dapat bantu tingkatkan imun tubuh.

Orang yang sihat kan akan nampak lebih bertenaga dan ceria. Makin ceria kita, nampaklah makin muda.

Vitamin C pun galakkan penghasilan kolagen tau.

 

Ada tak All In One Vitamin Awet Muda?

Eh, mestilah ada!

Nak senang, togoklah Vivix…hahaha

 

vivix bantu awet muda secara semulajadi

Vivix ni sangat tinggi dengan resveratrol, polifenol. Pendek kata, sangat kaya dengan antioksidan. Kaya berganda-ganda.

 

Gambar kat bawah ni adalah individu yang mengamalkan Vivix untuk memulihkan kesihatan sekaligus masalah kulit mereka.

 

vivix bantu awet muda secara semulajadi

 

 

vivix bantu awet muda secara semulajadi

Sangat ketara kan perubahan mereka dalam waktu terdekat?

Yang pastinya, mereka mengambil Vivix dengan dos tertentu. Bukan yang biasa-biasa je ni.

Kalau anda nak tahu juga, pengambilan Vivix secara konsisten akan buatkan kita muda 25 tahun.

Bukanlah orang umur 25 tahun, bila ambil Vivix akan jadi umur 0, tapi Vivix bantu mudakan sel sehingga 25 tahun.

Maknanya, takdelah kita tua sebelum usia.

Tua ikut masanya tapi tua dengan sihat gitu.

Hubungi 019-9377380 jika anda memerlukan sebarang info yang berkaitan atau ingin saya bantu anda mendapatkan Vivix serta Vitamin Awet Muda.

Jika ingin membuat tempahan Vivix atau mendaftar ahli sendiri, boleh klik pada link di bawah.

Order Vivix & Mendaftar Ahli

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

14 thoughts on “5 Tips Awet Muda Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan Menyakitkan

  1. wah nak jadi macam budak sekolah juga hahaha….lagi best bila jalan dengan anak orang tanya ni adik ker? kembang semangkuk bangganya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge