• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Sebut sahaja perkataan diet, turunkan berat badan, kuruskan badan, biasanya kita akan kaitkan dengan faktor pemakanan. Ramai di antara kita yang sangat menjaga pemakanan untuk kurus tetapi masih belum mencapai berat badan yang ideal.

 

Tahukah anda bahawa sekiranya anda masih menggemari teh tarik, sirap bandung, air soda dan sebagainya, anda telah melakukan kesilapan besar dalam berdiet? Ini kerana minuman tersebut sangat tinggi kandungan gula dan boleh menggemukkan anda.

 

Ramai yang mungkin terlepas pandang bahawa pengambilan air yang “sihat” juga sangat penting dalam diet harian kita.

 

Minuman Yang Membantu Anda Kurus

 

minuman melangsingkan badan

 

1) Air Putih

 

Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan minum segelas air putih 20 minit sebelum makan boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan diambil. Walaupun belum diketahui puncanya, namun para penyelidik amnya berpendapat kepadatan kalori minuman turut berperanan mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan.

 

 

ais

 

2) Air Batu

 

Satu kajian di Jerman mendapati bahawa dengan meminum air batu atau ais boleh membakar kalori. Dua gelas air batu dikatakan mampu membakar sehingga 24 kalori. Lebih kurang 40% pembakaran digunakan untuk menyesuaikan suhu air minuman supaya sama dengan suhu badan.

 

Namun, elakkan meminum air batu atau ais sebaik sahaja mengambil makanan berminyak atau berlemak.

 

 

healthy green tea cup with tea leaves

 

3) Teh Hijau

 

Kajian menunjukkan bahawa teh hijau mampu memperbaiki daya tahan badan sehingga 24% selain meningkatkan pembakaran lemak.

 

Teh hijau berfungsi mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolestrol. Satu kajian yang dibuat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ektrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak dan kalori dalam badan.

 

 

minuman melangsingkan badan-coklat susu-hot-chocolate

4) Susu Coklat Bebas Lemak

 

Susu coklat tanpa lemak merupakan minuman yang terbaik selepas melakukan senaman. Kandungan protein dan karbohidratnya mampu memulihkan kembali tenaga yang hilang sewaktu aktiviti yang melibatkan banyak gerakan dan rembesan peluh.

 

 

minuman melangsingkan badan-jus buah dan sayur

 

5) Jus Buah-buhan dan Sayur-sayuran

 

Jus buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan salah satu pilihan terbaik sewaktu berdiet kerana ianya sangat berkhasiat dan tinggi dengan serat.

Sebaik-baiknya jus ini dikisar sendiri oleh anda kerana jus yang dijual di pasaran selalunya tinggi kandungan gula serta bahan-bahan tambahan seperti pewarna, perasa dan pengawet berbahaya.

Jus yang anda hasilkan sudah pasti lebih sihat dan selamat.

 

Selain daripada itu, anda boleh mengetahui tentang Cara Kurus Dengan Nasi tanpa perlu berlapar.

 

Anda boleh merujuk cara Turun 10 KG Dalam Masa Sebulan atau Kurus Optimum Dengan Konsep 3B.

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “5 Jenis Minuman Yang Melangsingkan Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge