Pejam celik pejam celik, dah masuk entri ke 23 dah pun. Lagi 7 entri untuk melengkapkan Cabaran 30 Hari Entri ni. Selagi tak habis lagi, tak senang duduk kita dibuatnya…hahahaha
Entri kalini berkisar tentang 5 Insan Terpenting Kepada Saya. Kalau ikut rasa hati, semua orang penting. Tapi memandangkan diminta untuk menyenaraikan 5 orang sahaja, saya hanya mengikut arahan 😛
Suami
Bagi seorang wanita yang telah berumahtangga, suami menjadi pintu syurga bagi mereke. Ini kerana, keredhaan Allah Taala terletak atau bergantung kepada keredhaan seorang suami.
Suami saya banyak memberi tunjuk ajar tentang kehidupan dan perkara-perkara berkaitan agama, cara berhadapan dengan cabaran, berkongsi rasa dalam menjalani kehidupan seharian serta menjadi orang penting yang sentiasa menyokong saya. Beliau juga lebih memahami kerenah diri saya serta sentiasa sabar dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Ibu
Bonda saya ni saya panggil ma. Panggilan untuk ibu yang agak famous di negeri Terengganu ni. Ibu saya ni seorang yang sangat penyabar dan taat kepada suami.
Tak dapat saya bayangkan bagaimana ibu menjaga kami semua ni sewaktu kecil dulu yang kebanyakannya selang dua tahun seorang. Saya yang baru anak dua orang nipun dah rasa tak terkejar….huhuhu
Keakraban saya dengan ibu saya ni semakin erat sejak saya merantau jauh ke luar negara. Hampir setiap hari saya akan berhubung dengan ibu saya melalui Skype. Sampai sekarang ni pun, walaupun dah kembali ke Malaysia, kami sering berhubung melalui telefon. Tadi pun sampai dua kali bertelefon…..hehe
Bapa
Arwah bapa saya ialah lelaki pertama yang sangat saya kagumi dan rindui. Bapa saya merupakan seorang yang serdahana, penyayang dan tegas. Kebolehan beliau serba-sedikit dalam tiap-tiap perkara amat mengkagumkan.
Bapa saya juga seorang yang sabar, tabah dan berjiwa kental. Pengalaman hidup beliau banyak mencorak peribadi dan sahsiah diri. Kalau boleh, sebelum kahwin dulu, nak jer suami macam bapa saya sendiri…..hehe… Tapi setiap manusia ni kan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Anak-anak
Alhamdulillah, kami telah dikurniakan dengan dua orang putera yang sangat cergas, cerdas, sihat, comel dan membahagiakan.
Permata hati amanah Allah ini sememangnya sangat penting bagi saya. Saya doakan mereka terus sihat berkembang menjadi insan yang dirahmati dan dilindungi Allah dalam meniti kehidupan di dunia, menuju ke akhirat. Semoga kami juga sentiasa diberi petunjuk untuk membimbing mereka ke jalan yang redhai-Nya.
Keluarga
Keluarga turut menjadi tulang belakang dalam kehidupan saya. Seronok sangat kalau dapat berkumpul ramai-ramai. Masa ni macam-macam cerita akan keluar.
Paling seronok ialah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu. Sudahnya, cerita yang dah lama tersimpan, akhirnya terbongkar satu per satu. Tiada lagi rahsia 🙂
Mereka semua ini adalah Anugerah Yang Tidak Ternilai buat saya. Menjadi nikmat dunia pinjaman Yang Maha Esa.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini
Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya
Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut
Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar
Hari #21: Binatang Kesukaan Saya
Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab
Hehe..betul apa yang dikatakan dalam artikel ni..semua ni merupakan pemangkin dan pencetus enovasi dalam hidup…
Hafizul recently posted…Jangan Takut Untuk Mencuba Jobdirumah
Kannn, tanoa mereka siapalah diri kita 🙂
Naimah Wahab recently posted…Eczema & Alternatif Rawatannya
Wah…kena baca satu² ni.
p/s: Adoiiii…tersilap komen box tadi. Abaikan jer lah yer ☺
Fiza Rahman recently posted…KEM FUNZANIA MAC 2014
Hehehe…no prob 🙂
alahai..tersalah ruang komen pula tadi..komen kat sini pula la yer..hehe
puteri kasih recently posted…Tips Jimatkan Air
Hehehe……..beres ajer 🙂