Kadang-kadang kita ni, pantang ada waktu lapang sikit, mulut tu mesti asyik nak mengunyah je. Dah makan pun lapar lagi.
Kalau tak dihilangkan lapar tu, mau stress satu hari. Bimbang jugak kan kalau-kalau terkena gastrik pulak kan.
Lapar ni banyak penyebabnya. Di antara 4 sebab utama kita berasa lapar ialah:-
1) Kekurangan Air
Meminum air kosong pada kadar yang tidak mencukupi badan kita akan menyebabkan kita rasa lapar.
Kalau nak tahu badan kita betul-betul lapar atau disebabkan kekurangan air, apabila berasa lapar, minun air terlebih dahulu. Kalau selepas 10-15 minit masih berasa lapar, bermakna kita memang memerlukan makanan (sekiranya berasa lapar di luar waktu makan utama atau snek).
Selain daripada itu, makanan yang kita makan akan menarik/menyerap air. Contohnya, 1g makanan berkarbohidrat akan menarik 2-3 ml air.
Jadi sekiranya pada masa yang sama, kita tak minum air kosong yang cukup, kita boleh terhidrasi.
Cepat lapar dan dahaga adalah antara petanda badan kita telah terhidrasi.
Sebab itulah, kalau kita bercadang nak kuruskan badan serta detoks tubuh, amalkan meminum air kosong yang banyak.
Formulanya: 1 Liter air kosong untuk setiap 25 KG berat badan kita.
Kalau boleh minum lagi banyak air kosong, lagilah bagus. Tambah-tambah pula pada musim panas sekarang ni.
2) Makan Tidak Ikut Masa Yang Sepatutnya
Kita perlu mematuhi waktu makan seharian kita. Melanggar waktu makan atau makan lambat boleh menganggu rutin badan kita.
Contoh Waktu makan yang disyorkan ialah:-
Sarapan pagi: 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi (sebaik-baiknya makan dalam masa 1/2 jam sejurus bangun pagi)
Snek pagi: 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Makan tengah hari: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Snek petang: 3.30 petang sehingga 5.30 petang
Makan malam: 6.30 petang sehingga 8.30 malam
Snek lewat malam: 9.30 malam sehingga 11.00 malam ( penting bagi mengelakkan kita berasa lapar di tengah malam atau pada waktu bangun subuh).
Perlu ingat betul-betul, kalau kita nak kurus, kita perlu kerap makan supaya kita tidak lapar. Tapi perlulah memilih makanan yang bernutrisi.
Kita perlu sentiasa mamastikan perut tidak lapar. Ini kerana, apabila lapar, badan kita akan simpan lemak, bukannya bakar atau buang lemak.
Ada sesetengah orang yang nak kurus, berdiet dengan tidak mengambil makan. Orang yang tetap kurus walaupun berlapar sebenarnya bukañn lemak yang hilang, sebaliknya tubuh mereka kekurangan nutrisi.
Seterusnya, sebaik sahaja tempoh berlapar (diet tak makan) berakhir, berat badan mereka akan naik semula akibat otot mereka menjadi lemah akibat kekurangan zat.
Otot yang lemah tadi tidak mampu lagi untuk membakar lemak selepas tempoh berlapar. Kekurangan serta kelemahan otot turut mengakibatkan metabolism terus merudum.
Apabila makan makanan yang sama sebelum berdiet (berlapar), berat badan boleh naik berganda-ganda.
Keadaan ni pun turut dipanggil sebagai kesan yo-yo diet.
3) Kurang Makan Sayur Hijau Berdaun
Sayur hijau berdaun tinggi dengan serat. Serat daripada sumber ini juga turut menjadikan kita kenyang lebih lama.
Daun hijau berdaun akan membantu perut kita penuh dengan bekalan nutrisi, vitamin dan mineral.
4) Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling WAJIB dijaga. Ia sangat penting agar kestabilan gula dalam darah akan terpelihara.
Gula yang stabil akan berikan rasa bertenaga serta kenyang berpanjangan.
Jangan lupa juga mengambil protein sewaktu bersarapan agar rasa kenyang lebih lama.
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144
Semua di atas tu perkara2 yg boleh mengundang pelbagai penyakit juga kan… saya tak boleh klu tak sarapan… kepala pening klu lapar pagi… 🙂
Khir Khalid recently posted…Coffee Chat Bersama Blogger Sunshine Kelly
Kan, mau berangin satu badan, huhu
stuju.. lepas tu sat gi masa lunch mesti makan gila2 punya konon nk qada makan pagi tadi.. mau tak gemuk.. hahaha
Pha Is recently posted…WW #137 | Panglima Merdeka
Rasa macam sebab kurang makanan sayur hijau, kejap-kejap rasa nak makan je keje
Khairul Zamri recently posted…Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Kene makan banyak sayur lah lepas nih
yg saya paham, sayur kurang kalori. jadi walaupun ambik dalam kuantiti yg agak banyak (asalkan x terlalu banyak sangat), dapat memenuhi perut dan membuatkan kita rasa penuh, sedangkan jumlah kalori masih sedikit..
trimaksih untuk advicenya..minta sarannya bagaimana menjaga stamina agar ketika siang hari yaitu jam makan siang tepatnya tetap prima dalam kondisi kerja?
vitri recently posted…pintu kamar mandi Jakarta
bahasa.. saya baca 2-3 kali pun susah nk paham.. hehehe..
Pha Is recently posted…WW #137 | Panglima Merdeka
nice share.. bab sarapan pagi tu mmg saya setuju.. the most important meal of the day..