Pergi ke gym dan melakukan senaman merupakan salah satu cara untk meningkatkan kecergasan fizikal secara langsung. Walaupun ianya bukanlah untuk kurus semata-mata, namun menjaga kecergasan fizikal adalah penting untuk kesihatan. Badan cergas, otak cerdas, dok gittu?
Namun, dalam keghairahan kita melakukan aktiviti kecergasan fizikal ni, tanpa kita sedari, banyak kesilapan yang telah dilakukan. Ini semua berpuunca daripada salah faham yang berlaku.
Kesilapan Sewaktu Melakukan Aktiviti Kecergasan (Fitness)
#1: Berlari Untuk Mengurangkan Berat Badan
Untuk mengurangkan berat badan, kita tidak boleh hanya boleh bergantung kepada aktiviti berlari semata-mata.
Sememangnya berlari bagus untuk kecergasan, tapi bukan khas untuk menjadi kurus.
Untuk mengurangkan berat badan, cara terbaik adalah dengan diet yang betul serta gabungan senaman tekanan (weight).
#2: Senaman Bermakna Kita Tidak Perlu Menjaga Makan
Haaaa, siap yang anggap macam ni? Dah bersenam, jadi boleh jer belasah apa sahaja makanan dengan senang hati. No! No! No! and Big NO! Ye. Kan kata asas kesihatan utama perlu diet yang sihat.
Diet yang sihat adalah pemilihan makanan yang betul. Sihat dan tidak memudaratkan kesihatan. Kalau kalori masuk lagi banyak daripada kalori keluar, senaman tak boleh bantu untuk kurus. Setuju?
Sebabnya, dengan menjaga pemakanan, ianya akan memberi impak yang lebih pantas. Ia akan membantu proses kecergasan badan kita dengan menyediakan nutrien yang sesuai untuk pembinaan otot.
#3: Bersenam Setiap Hari
Apa yang paling penting dalam membina kecergasan tubuh badan ialah kualiti, bukan kuantiti. Ini bermakna, bersenam setiap hari tidak semestinya menjadikan kita fit atau kuat.
Malahan, ia sebenarnya memenatkan serta memperlahankan proses pembinaan otot. Ini kerana sewaktu senaman, mungkin otot kita ada yang tercedera. Senaman tanpa rehat tidak memberikan masa untuk tubuh kita melalui proses pemulihan tersebut.
Over excited pun tak bagus, kan? Jadi biarlah bersederhana. Itu lebih baik.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144
jaga makan dan selalu bersenam.
dua-dua kena buat.
sebab tu ramai orang tak faham. Ingat diet ni tak makan atau makan sikit aje.
senaman, langsung tak mau buat.
titan recently posted…8 Tips untuk Lulus Exam MUET
Ye, betul, maksud diet tu sendiri adalah pemakanan, bukan tahan makan