Kenal tak siapa Neelofa? Rasanya ramai yang kenal kan? Neelofa ni merupakan selebriti serba boleh. Beliaulah artis, beliaulah pengacara, beliaulah pelakon dan beliau juga merupakan seorang usahawan yang hebat. Memang beliau serang ikon wanita yang berjaya dalam hidup dan bidang yang diceburi. Di samping usaha dan kerja keras, Neelofa juga terkenal dengan kehebatan amalan rohaninya seperti zikir dan berdoa. Nak tahu 3 doa yang sering dibaca oleh Neelofa yang boleh menjadi doa yang bagus untuk wanita amalkan?
Doa Yang Bagus Untuk Wanita #1
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.
Doa Yang Bagus Untuk Wanita #2
Ya Hayyu ya qayyuum, birohmatika astaghitsu
Wahai Rabb (Tuhan) Yang Maha Hidup, wahai Rabb (Tuha)n Yang Maha Berdiri Sendiri,
Tidak memerlukan segala sesuatu,
Dengan Rahmat-Mu aku memohon pertolongan,
Doa Yang Bagus Untuk Wanita #3
Robbish rohlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatam millisaanii yafqohuu qoulii
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku.
Indahkan makna semua doa ini? Walaupun doa ini bagus diamalkan oleh semua wanita, doa ini juga boleh diamalkan oleh kaum lelaki. Sebagai hamba yang sangat lemah, kita sewajarnya meletakkan penggantungan hanya kepada Allah. Jangan cari Allah sewaktu kita susah sahaja, tapi biarlah Allah sentiasa di dalam jiwa kita. Ini kerana kesukaran dan kesenangan semuanya adalah ujian.
Kepentingan Berdoa
Kenapa kita berdoa sedangkan Allah boleh tahu apa sahaja yang terlintas di dalam hati kita? Di antara sebab kita perlu sentiasa berdioa ialah:
1. Sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT dan kepatuhan kepada arahan-Nya.
Allah SWT berfirman,
Mafhumnya: “dan Tuhan Kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60)
firman-Nya lagi:
Mafhumnya: “dan berdoalah kepada Allah dengan penuh ikhlas dan kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya).” (al-A’raaf: 29)
2. Bebas dari takabbur.
Allah SWT berfirman,
Mafhumnya: “dan Tuhan kamu berfirman,: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60)
Ai-Iman al-Syaukani berkata tentang ayat ini: “Dan ayat yang mulia ini menujukkan doa termasuk di dalam ibadah, sesungguhnya Allah SWT menyuruh para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku.”
Dapat diambil faedah daripada ayat ini bahawa doa adalah ibadah, dan meninggalkan doa kepada Allah SWT adalah suatu bentuk takabbur, bagaimana seorang hamba boleh bertakabbur dengan tidak berdoa kepada Tuhan yang menciptakannya, memberi rezeki kepadanya, menciptanya yang sebelumnya tiada, bahkan menciptakan alam keseluruhannya, pemberi rezeki, menghidup dan mematikan, yang memberi balasan pahala dan yang mengenakan hukuman ke atas dosa?
Maka tidak ragu lagi, takabbur seperti ini adalah sejenis dari gila, dan satu cawangan dari kufur nikmat.” (Tuhfah al-Zakirin oleh al-Imam al-Syaukani. Hal: 28)
Doa adalah ibadah. Antara dailinya adalah ayat dan penerangan sebelum ini. Selain daripada ituhadis daripada al-Nukman bin Basyir RA, baginda SAW bersabda:
Mafhumnya: “Doa itu adalah ibadah.’ (HR al-irzimi, dan katanya: Hasan Sahih. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Dinilai sahih juga oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami”).
3. Doa adalah ibadah
Antara dalilinya adalah ayat dan penerangan sebelum ini. Selain itu, hadis daripada al-Nukman bin Basyir RA, baginda SAW bersabda: Mafhumnya: “Doa itu adalah ibadah.” (HR al-Tirmizi, dan katanya: Hasan Sahih. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Dinilai sahih juga oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami”)
Selain daripada tiga kepentingan berdoa yang dinyatakan di atas, doa juga sangat penting kerana doa merupakan perkara yang paling mulia di sisi Allah, doa adalah sesuatu yang disukai oleh Allah, doa dapat menghindarkan kita dari kemurkaan Allah doa merupakan bukti dan kemuncak tawakkal seorang hamba kepada penciptanya.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri