Bahaya Paraben Dalam Produk Kecantikan
Pernah dengar kan berkenaan paraben. Biasanya paraben akan dimasukkan ke dalam produk penjagaan diri seperti sabun mandi, shampoo dan sering dijumpai di dalam produk kosmetik. Walaupun paraben dikatakan selamat jika digunakan …
Pernah dengar kan berkenaan paraben. Biasanya paraben akan dimasukkan ke dalam produk penjagaan diri seperti sabun mandi, shampoo dan sering dijumpai di dalam produk kosmetik.
Walaupun paraben dikatakan selamat jika digunakan pada kadar yang sepatutnya, namun, pendedahan terlalu lama dan berlebihan boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok kepada kesihatan.
Pernah dengar istilah Paraben Free?
Paraben Free bukan dapat paraben secara percuma tau. Paraben Free maknanya sesuatu produk tu bebas daripada paraben.
Kesan Jangka Panjang Paraben
Apa bahaya paraben yang banyak terdapat di dalam produk kosmetik atau kecantikan ni?
? Paraben Ganggu Sistem Badan
Paraben Ganggu Sistem Badan
Paraben menyerupai hormon dan boleh mengganggu sistem endokrin. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem tubuh seperti tiroid, ovari, hyphotalamus dan sistem peranakan/pembiakan lelaki.
? Paraben Sebabkan Kanser Payudara
Paraben Sebabkan Kanser Payudara
Penyerapan paraben ke dalam badan boleh mengganggu sistem penghasilan hormon estrogen yang normal.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kanser payudara.
? Paraben Meresap Ke Dalam Salur Darah
Paraben Meresap Ke Dalam Salur Darah
Paraben yang walaupun disapu pada kulit boleh meresap ke dalam salur darah.
Ini kerana paraben pada bahan sapuan 10 kali lebih pekat berbanding yang terkandung di dalam minuman.
? Paraben Sebabkan Alergi Dan Ruam Kulit
Paraben Sebabkan Alergi Dan Ruam Kulit
Mereka yang berkulit sensitif sangat berisiko untuk mendapat alergi dan ruam pada kulit dengan penggunaan paraben ni.
Penggunaan paraben pada jangkamasa yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Bahaya kan paraben ni? Walaupun pengambilan yang sedikit dikatakan selamat, tapi lebih baik kita elakkan sebab boleh memberikan kesan jangka panjang yang tidak elok