Throwback; Memori Di New York USA 241008
Biasanya kalau team pejabat suami buat lawatan pelajar, kami akan pergi satu rombongan lah. Satu rombogan tu kiranya muat-muat sebuah MPV 8-9 seater. Kalini KIM join diaorang pergi visit student di …
Biasanya kalau team pejabat suami buat lawatan pelajar, kami akan pergi satu rombongan lah. Satu rombogan tu kiranya muat-muat sebuah MPV 8-9 seater. Kalini KIM join diaorang pergi visit student di …
Biasanya kalau team pejabat suami buat lawatan pelajar, kami akan pergi satu rombongan lah. Satu rombogan tu kiranya muat-muat sebuah MPV 8-9 seater. Kalini KIM join diaorang pergi visit student di Steven Institute of Technology yang terletak di bandaraya New York pada 24 Novermber 2008.
Masa ni KIM tengah mengandungkan anak sulung. Anggaran dalam 6-7 bulan gitu. Sebab tu KIM nampak macam debab sikit. Tapi debab-debab pun tetap cun tanpa make up kan? kikikiki…
Macam honeymoon pun yer, tapi buat rombongan Cik Kiah satu MPV 🙂
Time ni musim luruh nak masuk musim salji. Cuaca pun sejuk kalau musim luruh ni. Kalau stay kat luar lama-lama, boleh berair gak hidung kalau jenis tak tahan sejuk.
Oke, meh la layan gambar ni.
New York ni macam Kuala Lumpur lah kalau di Malaysia. Bandaraya yang sentiasa hidup tidak kira siang atau malam. Tapi KIM lebih suka suasana Vienna, Virginia, kawasan perumahan kitaorang kat sana yang ala-ala Putrajaya di sini 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Sebelum ni saya pernah share resipi Ayam Masak Merah Versi Mama KIM yang sememangnya menjadi kegemaran 2 hero saya. Kalau buat masakan ayam masak merah ni, memang gerenti diaorang akan makan …
Sebelum ni saya pernah share resipi Ayam Masak Merah Versi Mama KIM yang sememangnya menjadi kegemaran 2 hero saya. Kalau buat masakan ayam masak merah ni, memang gerenti diaorang akan makan lebih banyak daripada biasa, bertambah-tambah gitu.
Kalau anak yang nombor 2 tu, siap esok mintak lagi lauk ayam masak merah ni. Kembang hidung mama ni tau…hahaha
1) Ayam boleh nak digoreng bersama garam dan kunyit terlebih dahulu atau tidak.
2) Rempah boleh sesimple bawang merah dan bawang putih yang dikisar, ciliboh atau cili kisar, asam keping, garam dan gula melaka.
3) Dimasukkan serbuk kunyit di dalam rempah.
4) Dimasukkan serai di dalam masakan
5) Di masukkan daun limau purut di dalam masakan.
6) Dimasukkan kicap pekat atau kicap manis di dalam masakan
7) Dimasukkan sos cili dan sos tomato di dalam masakan.
8) Dimasukkan sos tiram di dalam masakan
9) Dimasukkan rempah 4 beradik (cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis) di dalam masakan.
10) Dimasukkan serbuk kari di dalam masakan.
11) Dimasukkan kacang peas di dalam amsakan.
12) Dimasukkan bawang besar potong di dalam masakan.
Tu dia, ada 12 option untuk mempelbagaikan resipi ayam masak merah ni. Mudah kan memasak ni? Satu resipi asas, boleh dipelbagaikan serta dikembangkan hanya dengan menambah sedikit bahan-bahan lain jer.
Nanti try lah noh resipi ayam masak merah ni. Gerenti tak menyesal punye…hehe
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Walaupun bersalin secara normal, sebahagian besar daripada ibu memang terpaksa melalui pengalaman ngeri iaitu jahitan episotomi (jahitan pada bahagian bawah). Boleh dikatakan, kebanyakan hospital (bukan semualah) akan gunting sedikit bukaan pada …
Walaupun bersalin secara normal, sebahagian besar daripada ibu memang terpaksa melalui pengalaman ngeri iaitu jahitan episotomi (jahitan pada bahagian bawah).
Boleh dikatakan, kebanyakan hospital (bukan semualah) akan gunting sedikit bukaan pada bahagian vagina sebelum bayi keluar untuk melancarkan lagi proses. Jadi, selepas sahaja selesai bersalin, bahagian tersebut perlu dijahit kembali.
Ni belum dikira luka koyakan yang mungkin terjadi sewaktu meneran bayi keluar.
Memang seriau lah kalau nak digambarkan. Inilah part yang buatkan ramai ibu yang rasa macam serik dah nak bersalin. Malah ada yang ambil masa jugaklah nak pulih dari trauma ni.
Baca juga Cara Hilangkan Sakit Luka Jahitan Bersalin Dengan Pantas
Tips-tips nak hilangkan sakit luka jahitan selepas bersalin ni boleh diamalkan sejurus selepas bersalin atau selepas keluar daripada hospital.
Balut ais dengan tuala, tekapkan pada bahagian sakit. InshaaAllah bahagian sakit akan berasa kebas dan bantu surutkan bengkak jika ada.
Jika berseorangan di dalam bilik, cuba dedahkan bahagian jahitan ke udara atau pada kipas supaya cepat kering.
Terlalu banyak pergerakan akan menyebabkan tekanan pada bahagian jahitan. Apabila terlalu banyak tekanan, luka sukar sembuh. Jadi, banyakkan berehat.
Sediakan besen yang diisi dengan air suam. Rendam sebahagian punggung ke dalam air suam tadi untuk melegakan rasa sakit.
Selain daripada 4 tips di atas, Vivix sangat berkesan untuk membantu penyembuhan luka serta menghilangkan rasa sakit pada luka jahitan.
Ini adalah perkongsian daripada pengguna Vivix sewaktu berpantang.
Untuk order Vivix sendiri secara online menggunakan kad kredit atau kad debit, boleh klik pada ikon dibawah.
Boleh juga hubungi saya segera jika memerlukan bantuan untuk membuat order Vivix seperti berikut:
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Sebagai seorang wanita bekerjaya dan memegang jawatan penting di syarikatnya iaitu Setiausaha kepada Pengerusi syarikat, Nurul memang sering menghadiri mesyuarat penting bagi mewakili syarikatnya. Pencapaian karier Nurul boleh dikatakan sungguh membanggakan, …
Sebagai seorang wanita bekerjaya dan memegang jawatan penting di syarikatnya iaitu Setiausaha kepada Pengerusi syarikat, Nurul memang sering menghadiri mesyuarat penting bagi mewakili syarikatnya. Pencapaian karier Nurul boleh dikatakan sungguh membanggakan, cuma sejak kebelakangan ini, Nurul sering berasa agak resah memikirkan cara untuk menghilangkan kulit kusamnya.
Mungkin akibat terlalu sibuk sejak 6 bulan lepas sehinggakan Nurul baru perasan yang dia sedikit sebanyak tidak sempat meluangkan masa dalam penjagaan diri terutama kulit wajahnya. Penampilan dan gaya dah tip top tapi kulit mukanya yang kusam agak mengganggu dirinya.
Memang teruk sangat kulit Nurul. Nampak kering dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan dirinya yang berkulit cerah, lagilah nampak ketara tona kulitnya yang tidak sekata.
Bila di memandang cermin, dia merasakan yang wajahnya kelihatan lebih tua dari usianya. Baru 27 tahun kot tapi macam dah muka makcik-makcik je. Kahwin pun belum lagi ni. Kalau dibandingkan dengan staf lain daripada syarikat usahasama mereka, mereka kelihatan lebih awet muda walaupun Nurul tahu yang mereka lebih berusia. Stress sangat bila dia terkenangkan hal ni.
Dengan mukanya yang nampak tak bermaya, menjadikan dia semakin hilang semangat dan keyakinan untuk berhadapan dengan rakan sepejabat, apatah lagi dengan bakal-bakal prospek serta rakan kongsi dan ahli mesyuarat lembaga pengarah.
Macam biasanya, bila nak tanya orang terasa segan, mulalah dia bersoal jawab dengan pakcik “Google”. Akhirnya dia bertemu dengan jawapan yang dicari-cari olehnya selama ini. Produk untuk hilangkan kulit kusam dengan cepat.
Set bagi menghilangkan kulit kusam ni terdiri daripada 2 bahagian iaitu pencuci muka untuk rawatan luaran dan vitamin untuk rawatan dari dalam.
Scrub pada wajah tanpa menggunakan air untuk mengeluarkan daki dan sel kulit mati yang tertinggal pada muka.
Setelah scrub muka, bilas sedikit dengan air dan cuci muka menggunakan cleanser ini untuk menaikkan seri muka.
Collagen Shaklee membekalkan kolagen untuk memastikan kulit muka sentiasa lembap dan tegang supaya tidak kusam dan sentiasa tampak segar berseri.
ESP mengandungi protein untuk memperbaharui sel kulit supaya sel kulit menjadi lebih sihat. Apabila sel kulit sihat, barulah kulit akan kelihatan lebihn segar.
Untuk membuat order Set Hilangkan Kulit Kusam sendiri menggunakan kad kredit atau kad debit, boleh klik pada ikon di bawah:
Sekiranya anda menjadi ahli, anda akan menikmati penjimatan yang lebih berganda. Hubungi saya segera untuk mendaftar ahli atau sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membuat order Set Hilangkan Kulit Kusam ni.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Selalunya orang sering berkongsi amàlan rohani yang dikaitkan dengan cara untuk mendapatkan rezeki yang melimpah-ruah. Betul sangat dah tu. Banyakkan amalan baik seperti baca Al-Quran, berzikir, selawat, istighfar dan sebagainya. Tidak …
Selalunya orang sering berkongsi amàlan rohani yang dikaitkan dengan cara untuk mendapatkan rezeki yang melimpah-ruah.
Betul sangat dah tu. Banyakkan amalan baik seperti baca Al-Quran, berzikir, selawat, istighfar dan sebagainya.
Tidak kurang juga tentang kebesaran bersedekah dengan ikhlas sehinggakan rezeki kita mencurah-curah.
Dari segi fizikal, memang kita nampak yang orang rumah besar, kereta mewah, duit berkepuk-kepuk tu yang banyak rezeki. Tapi pengertian rezeki ni sangat luas.
Rezeki bukan material je. Sihat tubuh badan tu rezeki. Mudah segala urusan pun rezeki. Dapat anak-anak yang menjadi penyejuk mata juga rezeki. Pendek kata, apa yang baik-baik tu semua adalah rezeki.
Tahu kan, salah satu daripada pintu rezeki yang sering diabaikan ialah melalui berkat restu dan kegembiraan ibu bapa.
Jom ikuti kisah yang dah lama jadi viral ni:
Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif.
Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.
Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM.
Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalau saya merungut. ” Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak” katanya.
Suatu hari semasa di kampung, arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air.
Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, “buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je”.
Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata,-kata yang tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila.
” Ya Allah..ini adalah anak-anak aku yang berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah.
Anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku”. Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!
Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.
Utk sahabat yg bertanya itu…inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pada kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!
Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, jgn berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.
Pernah satu ketika, suami beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg ada rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yg lebih luas utk kami.
Sebenarnya, utk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.
Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa jugalah yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah!
Perkongsian: Ruhaiza Rusmin
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=261058921031610&id=100013825126464
Serius, kisah ini sangatlah menyentuh hati.
Kalau ada antara kita yang mungkin berselisih faham atau ada memendam luka lama dengan ibu ayah, segeralah pulang ke pangkuan mereka.
Mohon maaf dan perbaiki keadaan. Tak salah kita mengalah. Terimalah ibu bapa kita seadanya.
Hebat dan ulungnya kita sekarang adalah sebab pengorbanan ibu bapa kita yang hanyalah seorang petani, pengayuh beca, tukang cuci, buruh kasar, pemandu atau siapa sahaja.
Taatilah mereka selagi tidak melanggar syariat Islam. Walaupun mereka banyak kekurangan, bergaullah dengan mereka sebaik-baiknya.
Atas berkat doa restu ibu bapa jualah, rezeki kita semakin melimpah ruah, hidup kita dipermudahkan dan dijauhkan dari malapetaka atau sebarang musibah.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Kalau google tentang suplemen alternatif yang mampu membantu pesakit diabetes, mesti berderet laman web yang cadangkan Vivix. Vivix Vivix Vivix!!! Berhantu betul Vivix ni. Sekarang macam dah jadi satu fenomena gitu. …
Kalau google tentang suplemen alternatif yang mampu membantu pesakit diabetes, mesti berderet laman web yang cadangkan Vivix.
Vivix Vivix Vivix!!!
Berhantu betul Vivix ni. Sekarang macam dah jadi satu fenomena gitu. Ye dok?
Dah sana-sini duk mencadangkan Vivix, mesti kita nak tahu juga kan, macam manalah Vivix ni bekerja untuk membantu para pesakit kencing manis atau diabetes ni kembali sihat.
Sampaikan yang sepatutnya kene potong kaki, kaki tak jadi dikudungkan, yang mana luka diabetes tak sembuh-sembuh, akhirnya baru 1-2 botol amalkan Vivix, dah nampak perubahan positif pada luka tu, malah yang hampir nak kene dialisis pun, ada yang tak jadi kena dialisis.
Macam hebat jer, macam power jer Vivix nih.
Jom kita selongkar cara kerja Vivix dalam badan para pesakit diabetes ni.
Vivix ni mengandungi antioksidan. Antioksidan inilah yang berkuasa untuk membantu dalam melindungi dan memperbaiki sel yang telah rosak.
Dengan konsisten mengambil Vivix, ia akan membantu menurunkan sindrom metabolik sekaligus mengurangkan punca penyakit diabetes akibat kerosakan sel tadi.
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula /glukos untuk digunakan sebagai tenaga kepada tubuh kita. Apabila pesakit diabetes mengambil karbohidrat secara berlebihan, kandungan gula di dalam darah akan semakin meningkat.
Kehadiran polifenol di dalam Vivix bertindak melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah sekaligus mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan penyembuhan luka dengan segera.
Protein AGE terhasil daripada protein dan gula yang berlebihan di dalam badan. ianya boleh menyebabkan komplikasi penyakit diabetes dan penyakit kronik yang lain.
Antioksidan di dalam Vivix membantu melambatkan pembentukan protein AGE ni.
Enzim SIRT1 mestilah diaktifkan kerana ia merupakan enzim yang bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim. Enzim SIRT1 inilah yang diperlukan untuk mencegah atau menyembuhkan pesakit diabetes atau kencing manis ni.
Vivix mampu bertindak membantu mengaktifkan enzim SIRT1 ini.
Di antara punca utama berlakunya penyakit diabetes atau kencing manis ni adalah akibat kerintangan insulin (insulin resistance). Sekiranya sentiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, maka masalah diabetes atau kencing manis dapat dikurangkan sekaligus diberhentikan dengan cara mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.
Salah satu fungsi resveratrol dalam Vivix ialah meningkatkan sentiviti tubuh terhadap insulin.
Apabila berlaku kerintangan insulin, sel tidak dapat menerima insulin untuk menukarkan gula dalam darah. Keadaan ini akan meningkatkan lagi kadar gula dalam darah.
Pada masa yang sama, kerintangan insulin turut menyebabkan tubuh mendapat signal insulin tidak mencukupi, jadi badan terus hasilkan insulin. Keadaan ini akan menjadikan pankreas (organ utama penghasil insulin) menjadi lemah akibat terpaksa berkerja lebih kuat. Apabila lemah, penghasilan insulin akhirnya akan terjejas.
Dua faktor ini menjadi punca peningkatan gula dalam darah serta kenapa kadar gula sukar nak turun.
Bila pesakit amalkan Vivix, badan mula sensitif terhadap insulin dan gula mula dapat ditukarkan menjadi tenaga.
Seterusnya, sedikit demi sedikit pankreas juga akan kembali pulih dan berfungsi secara normal
Bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif, pesakit diabetes disarankan untuk konsisten 2 botol Vivix terlebih dahulu. Biasanya dengan botol pertama, sebahagian besar pesakit diabetes akan menampakkan kesan serta perubahan. Namun, setelah penggunaan botol kedua, kesannya adalah lebih ketara.
Untuk order sendiri twinpak Vivix secara online menggunakan kad kerdit atau kad debit, boleh klik pada ikon di bawah:-
Bagi mendapatkan penjimatan dan keuntungan berganda serta ingin saya membantu anda melakukan order, boleh hubungi saya seperti berikut:
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Bila encik suami kurang sihat, biasanya menu jenis sup lah yang laju sikit masuk tekak. Jadi sup kaki ayam menjadi pilihan. Lagipun anak-anak memang suka sup kaki ayam ni. Mama yang …
Bila encik suami kurang sihat, biasanya menu jenis sup lah yang laju sikit masuk tekak. Jadi sup kaki ayam menjadi pilihan. Lagipun anak-anak memang suka sup kaki ayam ni. Mama yang tak berapa nak reti makan kaki ayam pun dah pandai mengadap kaki ayam, sekarang…hehehe
Jom masak sup kaki ayam. Mudah jer ni.
1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan lada hitam sehingga naik bau dan bawang menjadi layu.
3) Masukkan kaki ayam. Gaul sekejap agar mesra dengan rempah ratus.
4) Masukkan air dan biarkan menggelegak sehingga 20-30 minit.
5) Masukkan sedikit garam
6) Masukkan ubi kentang
7) Masukkan sayur-sayuran.
8) Masukkan gula melaka
9) Tambah garam jika perlu.
10) Sedia untuk dinikmati.
Selamat menjamu selera. Nanti bolehlah cuba resepi sup kaki ayam ye. Jangan tak tahu, kaki ayam tinggi kolagen, petua awet muda tau! (lepas ni, sold out sokmolah kaki ayam…hihi)
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Ada nampak macam pelik tak nama resipi kali ni? Siapa perasan? hehehehe…ni nak masak kari ayam kampung ke gulai ayam kampung sebenarnya? Bahan-bahan Gulai Kari Ayam Kampung seekor ayam kampung …
Ada nampak macam pelik tak nama resipi kali ni? Siapa perasan? hehehehe…ni nak masak kari ayam kampung ke gulai ayam kampung sebenarnya?
1) Ayam dipotong 8-12 bergantung kepada saiz, ayam.
2) Panaskan minyak masak.
3) Tumis bahan kisar/tumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
4) Masukkan rempah kari dan rempah masak, tumis hingga garing tapi jangan sampai hangus. Masukkan sedikit air.
5) Masukkan ayam dan gaul rata.
6) Tambah air, garam, gula melaka, santan dan asam keping.
7) Biarkan menggelegak dalam 20 minit atau lebih sehingga isi ayam empuk.
8) Tutup periuk dan kecilkan api paling perlahan dan biarkan selama 10 minit.
9) Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba resipi kari gulai ayam kampung yang hentam keromo tapi disukai ramai ni ye…hihi.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Makanan seharian yang kita ambil sangat berkait rapat dengan perkembangan otak kita. Sebab itulah, untuk memelihara kelangsungan serta meningkatkan fungsi otak, di samping memelihara otak daripada menjadi lemah, pemilihan makanan sangat …
Makanan seharian yang kita ambil sangat berkait rapat dengan perkembangan otak kita. Sebab itulah, untuk memelihara kelangsungan serta meningkatkan fungsi otak, di samping memelihara otak daripada menjadi lemah, pemilihan makanan sangat perlu dititikberatkan.
Nak pelihara otak ni bukan sahaja kita nak jadi semakin genius, tetapi kita nak sentiasa ceria serta dapat berfikir secara waras. Takdelah jadi murung jer memanjang atau tidak dapat kawal emosi sehingga bertindak di luar batasan kemanusiaan.
Semua tindakan kita berpusat di dalam otak. Sebab tu nak jaga dan pelihara otak kita. Salah satu caranya adalah melalui pemakanan.
Di antara sumber makanan yang sangat baik dalam membantu otak agar terus aktif dan ceria ialah:
Otak mengandungi 60% lemak dan 25% daripadanya ialah Omega dan DhDHA, yang mana sangat penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan.
Kekurangan Omega 3 dan DHA telalh didapati terdapat pada pesakit-pesakit ketuaan termasuklah alzheimer, yang telah menjadikan sel-sel otak tegang dan mudah inflamasi (mengalami keradangan) serta rosak, di samping kimia pemancar neuro yang semakin berkurangan (kurang berhubung, terputus-putus).
Sumber Omega 3 terbaik adalah daripada ikan berminyak seperti salmon, tuna mackerel, hati, otak dan minyak krill.
Sumber-sumber lain Omega 3 ialah kacang walnut, avocado, flexseeds dan peanut.
Omega 3 dan DHA boleh didapati dengan mudah di dalam Omega Guard.
Otak mendapatkan sumber tenaga daripada glukos yang memerlukan insulin. Otak kita menghasilkan sumber insulin sendiri.
Pesakit alzheimer kekurangan insulin di dalam otak, kesannya adalah kurang sumber tenaga.
VCO ni mengandungi 60% medium chain triglycerides (MTC), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat membantu pesakit alzheimer.
Vivix adalah suplemen semulajadi yang mengandungi resveratrol yang bertindak sehingga keperingkat sel. Vivix bukan sahaja memberi tenaga kepada sel, malah turut memelihara sel, memelihara fungsi sel serta membaik pulih sel yang rosak.
Secara tidak langsung resveratrol Vivix ni dapat mengatasi masalah penyakit ketuaan seperti alzheimer.
Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan fungsi sel-sel otak. Pesakit ketuaan, alzheimer terjadi akibat mengalami kekurangan Vitamin D.
Wanita-wanita hamil disarankan mengambil Vitamin D3 yang biasanya diadun bersama pil kKalsium.
Orang Malaysia mungkin jarang mengalami masalah kekurangan Vitamin D kerana apabila terdedah kepada cahaya matahari, tubuh kita akan dapat menghasilkan Vitamin D sendiri.
Ostematrik adalah sumber Vitamin D terbaik yang turut didatangkan bersama Kalsium dan Magnesium serta beberapa vitamin dan mineral yang lain.
Vitamin B12 sangat berperanan penting dalam kesihatan serta fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan otak semakin mengecil dan datangnya penyakit alzheimer.
Sumber-sumber utama B12 ialah daging , ayam, susu dan telur. Makanan ini juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak
Vitamin B Complex Shaklee adalah B Complex semulajadi yang paling lengkap pernah dicipta. B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik.
Sumber kolina (choline) pula boleh didapati melalui Lecithin.
Untuk mendapatkan vitamin yang mampu membantu kita memelihara serta meningkatkan fungsi otak ni, anda boleh buat order sendiri menggunakan kad kredit atau kad debit dengan klik ikon di bawah.
Bagi mendapatkan penjimatan dan keuntungan berganda serta ingin saya membantu anda melakukan order, boleh hubungi saya seperti berikut:
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Siapa kat sini suka makan char kuey teaw tapi tak sempat nak sediakan bahan-bahan renyah macam petis, sos kicap dan yang berkaitan. Meh kita try char kuey teaw ni. …
Siapa kat sini suka makan char kuey teaw tapi tak sempat nak sediakan bahan-bahan renyah macam petis, sos kicap dan yang berkaitan.
Meh kita try char kuey teaw ni.
1) Panaskan minyak masak.
2) Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, masukkan air sedikit untuk elakkan hangus.
3) Masukkan udang, masak sekejap, bertukar oren jer, angkat dan ketepikan.
4) Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada putih/sulah dan gula melaka.
5) Masukkam kuey teaw.
6) Masukkan taugeh, daun kucai, garam. Kacau rata dan rasa dulu ikut selera.
7) Masukkan udang.
8) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam kuey teaw. Kacau cepat-cepat.
9) Siap! Sedap dimakan dengan perahan asam limau atau cili jeruk. Selamat menjamu selera.
Nanti trylah resipi char kuew teaw simple ni.
Nota:
Boleh juga sediakan stok udang dengan cara merebus kepala dan kulit udang yang telah disediakan bersama 1-2 ulas bawang putih yang diketuk.
Masukkan ke dalam masakan menggantikan air kosong yang ditambah ke dalam masakan char kuew teaw udang ni.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144