Pernah dengar tak pasal skoliosis (scoliosis)? Skoliosis ni ditakrifkan sebagai keadaan di mana tulang belakang seseorang tu membengkok dan melengkung pada paksinya.
Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu sebanyak 2% berbanding lelaki 0.5
Jenis-jenis Skoliosis
Skoliosis terbahagi kepada beberapa jenis, termasuklah:-
- Idiopathic (punca yang tidak diketahui)
- Congenital (skoliosis yang berlaku sejak di dalam rahim ibu)
- Neuromuscular (Kecacatan pada saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy, muscular dystrophy)
- Tumour (ketumbuhan pada saraf dan tulang belakang)
- Infection (jangkitan kuman, contohnya tuberculosis)
- Metabolic (gangguan proses bahan kimia dalam badan, contohnya osteoporosis, Ricket)
- Mesen disorder (gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndrome, Ehler-Danlos Syndrome)
- Traumatic (kecederaan)
- Degenerative (De Novo Scoliosis)
Idiopathic Scoliosis merupakan kes skoliosis yang paling kerap dijumpai, diikuti oleh Degenerative Scoliosis (De Novo Scoliosis) dan Congenital Skoliosis.
Info Tentang Idiopathic Scoliosis
Idiopathic Scoliosis terbahagi kepada 3 kumpulan berdasarkan kepada umur pesakit sewaktu masalah ini dikesan.
1) Infantile Indopathic Scoliosis
Merupakan skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir sehingga mereka berusia 3 tahun.
2) Juvenile
Merupakan skoliosis yang dikesan pada usia 3 hingga 10 tahun
3) Adolescent
Adalah skoliosis yang dikesan pada umur 10 ke atas.
Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) merupakan kumpulan skoliosis yang paling kerap ditemui.
Punca Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) Berlaku
Punca AIS masih lagi tidak diketahui secara pasti dan berdasarkan kajian, terdapat beberapa teori yang mungkin menjadi punca.
Keadaan ini terjadi termasuk faktor genetik, masalah kolagen, hormon yang tidak stabil dan sebagainya.
Sebilangan penyelidik turut mengkaji sama ada terdapat faktor mekanikal yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini seperti membawa beg yang berat untuk jangka masa yang panjang.
Bagaimana Mengesan Adolescent Idiopathic Scoliosis
Pada kebiasaanya, skoliosis disedari oleh ibubapa atau saudara-mara pesakit.
Pesakit sendiri kebiasaannya tidak menyedari mereka mempunyai masalah tulang belakang.
Apabila pesakit tampil dengan masalah ini, doktor akan bertanya beberapa soalan yang dapat memberi maklumat penting tentang sebab terjadinya skoliosis seperti usia ketika pertama kali datang haid, sejarah skoliosis dalam keluarga, rasa kebas atau lemah pada kaki, kesukaran pernafasan, serta masalah membuang air besar dan kecil.
Menurut kajian, wanita yang mengalami skoliosis didapati lebih berisiko untuk mempunyai magnitud lengkungan tulang belakang yang lebih teruk berbanding lelaki.
Antara faktor lain yang menghasilkan magnitud lengkungan yang besar adalah ketika pesakit menempuh usia akil baligh (puberty) dan bagi pesakit yang mempunyai magnitud skoliosis yang besar pada masa ia mula dikesan.
Jemput ke entri KakImah yang seterusnya tentang Cara Merawat Serta Penawar Alternatif Bagi Skoliosis ni tau.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144