Kalau nak kurus, memang perlu ambil tahu pasal kalori. Sebabnya kalori sangat berkait rapat dengan usaha kita untuk menurunkan berat badan. Persoalannya, apakah itu kalori? Dari mana datangnya kalori? Adakah kalori tersebut elok, atau tidak?
Apakah Itu Kalori?
Kalori ni kalau nak senang faham adalah tenaga. Bila sebut tenaga, itulah kalori. Jadi, adakah kita memerlukan tenaga?
Ya, sudah pastinya kita memerlukan tenaga.
Tenaga ni diperlukan oleh tubuh kita untuk pelbagai aktiviti. Bukan setakat untuk berjalan, berlari, bangun, duduk, gerakkan anggota badan, malah tidur, bernafas pun perlukan kalori atau tenaga.
Jadi, kalori ni sangat penting untuk menampung keperluan tubuh badan kita.
Dari Mana Asalnya Kalori?
Kalori diperolehi daripada 3 nutrien utama makanan kita iaitu protein, karbohidrat dan lemak.
Karbohidrat
Karbohidrat yang masuk ke dalam badan kita akan ditukar menjadi tenaga/kalori.
Karbohidrat ni diperlukan untuk memastikan otak aktif dan mood kita stabil.
Jika karbohidrat yang digunakan oleh badan kita sudah mencukupi dan badan kita tidak memerlukan karbohidrat lagi, makan baki karbohidrat yang belum digunakan tadi, akan disimpan sebagai lemak.
Protein
Protein yang kita makan, masuk ke dalam badan kita akan ditukar juga kepada tenaga/kalori.
Protein ni berfungsi untuk pembinan otot dalam badan. Otot ni sangat penting untuk memastikan sistem badan kita berfungsi dengan baik.
Sebab tu, protein yang sihat akan membina tubuh yang sihat.
Jika protein telah mencukupi, tetapi badan kita mempunyai lebihan protein, maka baki protein tersebut akan disimpan sebagai lemak.
Lemak
Lemak penting untuk tubuh kita kerana ia berfungsi mengawal suhu badan serta bertindak sebagai kusyen kepada organ dalaman dan tubuh kita.
Lemak yang masuk ke dalam badan kita akan ditukar menjadi tenaga untuk membantu pengawalan suhu badan kita agar ianya kekal pada suhu 36 C.
Namun, jika terdapat lebihan lemak, maka ianya disimpan lagi sebagai lemak.
Kalori ni hanya datang daripada makanan. Ianya bukan daripada aktiviti seharian kita seperti bersukan, berkebun atau bermain. Sebabnya, semasa nak melakukan semua aktiviti ni, kita memerlukan kalori.
Tips Kuruskan Badan
Untuk menguruskan badan, kita perlu memastikan yang jumlah kalori seharian makanan kita adalah 20% kurang daripada keperluan badan kita.
Kredit: Kelas Tuan Khairul Dietitian
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144