
Resipi Ikan Tumis Asam Chef Hanieliza Mudah & Lazat
Pagi ni belek-belek buku Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya …
Pagi ni belek-belek buku Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya …
Pagi ni belek-belek buku Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya mataku berkenan pulak kat menu Ikan Asam Tumis. Memang nampak simple je resipi dia. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak menyediakannya.
Mudah kan? Senang saya masukkan siap-siap dalam blog ni. Nanti kalau tiba-tiba terasa nak masak, senang nak rujuk kembali. Selamat mencuba juga ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Adalah sangat penting untuk ibu bapa ambil tahu bila masanya anak-anak kita mula memasuki alam dewasa. Ekoran kesibukan masa dan bebanan tugas yang dipikul oleh ibu bapa zaman sekarang ni, bukan …
Adalah sangat penting untuk ibu bapa ambil tahu bila masanya anak-anak kita mula memasuki alam dewasa. Ekoran kesibukan masa dan bebanan tugas yang dipikul oleh ibu bapa zaman sekarang ni, bukan sahaja menyebabkan mereka menjadi lebih garang, tapi sedar tak sedar mereka tidak tidak kisah atau mengambil cakna hal kedewaan anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu menerangkan serta berkongsi maklumat serta nasihat terhadap perubahan yang berlaku sewaktu proses kedewasaan anak-anak. Jangan sampai mereka mencari info sendiri melalui sumber atau cara yang salah.
Bagi anak perempuan ni, biasanya ibu bapa memang tahu bila masanya kedewasaan mereka telah tiba iaitu dengan kedatangan haid. Jadi, kat sini ibu bapa sudah boleh menerangkan yang bermula daripada saat tersebut, semua perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak sama ada yang baik atau buruk akan ditanggung sendiri, adakah mendapat pahala atau dosa.
Menurut Prof. Madya Dr. Halina, melalui pengalamannya, hampir tiada ibu bapa yang sedar yang anak lelaki mereka telah memasuki alam dewasa. Menurut beliau lagi, adalah menjadi tanggungjawab bapa terutamanya untuk bertanya dan berbincang tentang hal-hal sebegini dengan anak-anak lelaki mereka.
1) Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah 5 tahun.
2) Bawa anak bersiar-siar
3) Ajak anak bergasak @ bergomol @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang sukakan aktiviti fizikal.
4) Anak lelaki akan anggap bapanya ‘role model’, maka bapa perlu menjadi yang terbaik. Apa yang bapa lakukan akan diikut oleh anak-anak.
Contohnya, jika bapa merokok, kebarangkalian anak tersebut akan merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5) Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pandangan anak itu dapat dilihat daripada pandangan bapanya.
1) Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu mereka.
2) Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3) Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
Siapa kat sini ada anak lelaki? Macam saya, semuanya 3 hero (mama jer yang jadi ratu 🙂 ). Semoga saya dapat praktikkan tips mendidik kesemua permata hati kami dengan cara terbaik berpandukan tips mendidik anak lelaki daripada Prof. Madya Dr. Halina Haliza Siraj ni. Jemput juga baca Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah).
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Apabila telah disahkan mengidap kencing manis, antara perkara utama yang perlu dititkberatkan oleh pesakit ialah penjagaan pemakanan selain daripada mengelakkan terluka atau memastikan luka segera sembuh atau kering. Penjagaan diet bagi …
Apabila telah disahkan mengidap kencing manis, antara perkara utama yang perlu dititkberatkan oleh pesakit ialah penjagaan pemakanan selain daripada mengelakkan terluka atau memastikan luka segera sembuh atau kering. Penjagaan diet bagi pesakit kencing manis ni sangat penting agar bacaan gula dalam darah terkawal dan tidak menyebabkan penyakit kencing manis ni semakin parah.
Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat serta asli. Makanan tersebut haruslah bersifat ‘wholefood’ iaitu tidak diproses secara kimia, ‘refined’ ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan.
Makanan ini mempunyai indeks glisemik yang rendah di mana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.
Makanan yang digilakkan kepada pesakit kencing manis adalah seperti berikut:-
Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks yang penuh khasiat dalam pemakanan. Contohnya beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam
Contoh sumber protein sihat ialah ayam kampung, ikan yang tidak gatal dan bisa seperti (tenggiri, merah, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban, kerisi bagi sesetengah orang), telur ayam kampung (2 biji seminggu).
Buah-buahan yang disyorkan kepada pesakit diabetes ialah jambu batu/air, pear, pic, anggur, epal, delima, betik, oren
Kekacang seperti kacang kuda, kacang tanah, kacang hijau, kacang buncis, kacang panjang
Sayur-sayuran serta ulam-ulaman yang digalakkan pula ialah kobis, bunga kobis, brokoli, sawi, taugeh, kacang pea, bayam, timun, kangkung, pegaga, peria, kailan, ulam raja, daun sup/saderi, daun ketumbar, daun dan buah merunggai/kelo.
Jenis-jenis susu yang elok untuk pesakit diabetes pula ialah susu kambing, susu lembu segar, pasteur, steril, susu tepung penuh krim asli (contohnya Fernleaf 1 cawan sehari atau selang sehari), keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak/skim.
Gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organik, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli – sebagai gantian gula pasir putih dan susu pekat manis.
Di antara minyak dan lemak pula ialah minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli (sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa.
Sekiranya pesakit diabetes turut mengalami masalah darah/kolestrol tinggi, kurangkan pengambilan lemak.
Catatan: Bagi makanan bernombor 6, 7 dan 8, memandailah dengan mengambil sedikit sahaja sekadar untuk memberi khasiat tenaga, vitamin dan mineral kepada tubuh.
Suplemen atau makanan tambahan yang semulajadi seperti Vivix boleh diamalkan oleh pesakit kencing manis di samping 8 jenis makanan di atas.
Vivix mengandungi resveratrol yang bertindak membantu menurunkan sekaligus mengawal paras gula dalam darah agar berada pada tahap normal dan sihat. Jadi Vivix ni sangat sesuai untuk pengidap diabetes.
Bagi yang belum mempunyai sebarang petanda penyakit kencing manis, langkah berjaga-jaga perlulah diambil dengan menitikberatkan diet dan cara hidup yang sihat. Tapi kalau ada yang mak ayah atau ahli keluarga yang dah kene diabetes ni, baik lipat gandakan lagi penjagaan tu. Nak-nak kalau dah beransur remaja dewasa 😛
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Gula sebenarnya merupakan karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu terlalu risau jika tidak mengambil gula …
Gula sebenarnya merupakan karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu terlalu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil sudah mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semulajadi atau diproses.
Cuma sejak dulu, gula putih ni memang macam dah tak boleh nak elak dari tak diambil setiap hari kan? Tapi ramai dah sedia maklum yang gula putih bertapis atau yang dah diproses ni boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar terhadap kesihatan kita. Apatah lagi kalau diambil secara berlebihan.
Jadi, kalau kita nak elak atau kurangkan pengambilan gula putih macam mana? Sememangnya terdapat beberapa pilihan pemanis semulajadi yang boleh diamalkan oleh kita bagi menggantikan gula putih yang tinggi kalori tapi tidak mengandungi zat.
Madu terutamanya madu asli merupakan pemanis semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat serta tinggi kandungan vitamin dan mineral. Madu juga sangat bermanfaat mengurangkan rasa cemas serta mengatasi gangguan pencernaan.
Madu juga sangat sesuai dicampurkan ke dalam adunan kuih atau dimakan bersama semangkuk oat yang biasanya dijadikan sarapan.
Di samping, madu turut dikatakan baik untuk menjaga kesihatan jantung dan mengawal berat badan.
Gula merah diperbuat daripada getah yang diekstrak dari pokok kelapa dan ada sebahagiannya daripada pokok tebu. Gula nira sama seperti gula merah (gula melaka), yang sering digunakan di dalam adunan makanan. Kalau Terengganu, gula merah ni dikenali sebagai nisan (daripada kelapa).
Gula merah kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, potasium, zat besi yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Sirap maple diekstrak secara langsung darpada getah pokok maple. Sirap maple mengandungi zink, magnesium dan besi yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Sirap maple juga mengandungi antioksidan yang boleh bertindak sebagai agen anti-kanser, anti-bakteria dan mencegah diabetes (anti-diabetes).
Pesakit diabetes disyorkan mengambil sirap maple berbanding madu dan gula putih.
Sirap maple yang mengandungi zat quebecol sangat bermanfaat mencegah beberapa jenis penyakit seperti diabetes, alzheimer, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain akibat bakteria.
Walaupun kelapa ni taklah semanis gula, namun kelapa boleh menjadi salah satu alternatif pengganti gula. Cumanya tak sesuailah pulak nak taruk kelapa dalam teh atau kopi, haruuuu!!!!
Tapi terdapat beberapa jenis kuih muih dan hidangan seperti gula melaka, kuih kasui, pulut dan sebagainya yang menjadi semakin enak apabila dicampur kelapa parut.
Walaupun terdapat alternatif terhadap gula putih, namun pengambilannya perlulah secara sederhana dan terkawal. Apa-apa sahaja sekalipun, sekiranya bermanfaat, namun jika diambil secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan juga akhirnya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Hehehe….iye-iye jer tajuk kan? Sebenarnya bulan Mac ni adalah bulan kelahiran saya. Jadi sempena bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya ni, saya nak kongsikan kegembiraan bersama-sama pengunjung blog myliferia.my ni. …
Hehehe….iye-iye jer tajuk kan? Sebenarnya bulan Mac ni adalah bulan kelahiran saya. Jadi sempena bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya ni, saya nak kongsikan kegembiraan bersama-sama pengunjung blog myliferia.my ni. Atas penghargaan untuk pengunjung blog yang datang ke sini, apatah lagi yang setia kembali sokmo, saya adakan Myliferia March Giveaway Bonanza, nak kasi hadiah kepada top 3 tukang komen, 3 blog sumber serta hadiah misteri 🙂
Syarat-syarat dia mudah jer. Di antaranya ialah:-
1) Buat satu entri ringkas berkenaan giveaway ni dengan tajuk “Myliferia March Giveaway Bonanza” dan buat pautan (link) kepada blog myliferia.my.
2) Jemput like page Myliferia.
3) Maklumkan serta buat link (pautan) terhadap blog sumber giveaway ni dalam entri tersebut. Maknanya nyatakan daripada blog mana anda dapat tahu berkenaan giveaway ni. Ada hadiah juga untuk pemilik blog sumber ni tau. Den tengah baik hati ni nak kasi hadiah kat ramai orang 😀 😀
4) Tak kisah siapa blogger yang terlibat, tinggal kat mana-mana pun (dalam atau luar negara) TAPI perlu ada alamat di Malaysia untuk pengeposan hadiah, in case terpilih sebagai pemenang kan?
5) Sebarang perubahan berhubung giveaway ni akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya perlu/ada.
6) Masukkan poster Myliferia March Giveaway Bonanza seperti di bawah pada bahagian sidebar atau mana-mana bahagian blog anda dan link kan ke entri ini.
7) Giveaway ini bermula daripada 1 Mac 2016 sehingga 31 Mac, 11.59 pm (mungkin terdapat perubahan waktu pada saat-saat akhir, jadi alert tau!)
Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-8 saya dan suami pada hari ini (29 Mac 2016), maka saya berbesar hati untuk memanjangkan sedikit tempoh giveaway ni selama 2 hari daripada tarikh asal. Jadi tarikh tutup terkini adalah 2hb April 2016, pada jam 11.59 malam.
8) Masukkan link entri blog anda berkenaan Myliferia March Giveaway Bonanza ke dalam kotak komen entri ini dan pada kotak komen di dalam page myliferia (sila klik dan masukkan link di sini).
9) Seorang pemenang boleh menerima lebih daripada 1 hadiah tapi hadiah utama (Top 3) hanya seorang pemenang sahaja. Namun, pemenang Top 3 boleh menang juga Hadiah Blog Sumber sebab mana tahu pemenang yang lain tu dapat info giveaway ni daripada blog anda kan? Ada lagi tau, anda juga mungkin boleh jadi pemenang Hadiah Misteri.
10) Komen minima adalah 7 patah perkataan (sempena giveaway ni je 🙂 )
11) Kepada pemenang nanti, hadiah perlu dituntut sebelum 1 bulan selepas tarikh pengumuman (so nanti, silalah beri alamat dan contact number ye, melainkan memang nak derma kat orang lain…kikiki).
Itu jelah, syarat-syarat Myliferia March Giveaway Bonanza, mudah kan? Satu lagi nak jemput follow Instagram: NaimahWahab. Tapi ni bukan syarat tau. Kalau sudi, terima kasih banyak-banyak 🙂
TAPI
Ada satu lagi hadiah nak bagi iaitu Mystery Gift. Pasal apa dapat gift ni? Tunggulah pengumumannya nanti ye.
InshaaAllah, pengumuman pemenang akan dimaklumkan dalam blog ini serta page Myliferia sebelum 7 April dan pengeposan hadiah akan dilakukan sebelum 15 April.
Cupcake & Cookies Stencils daripada Paula Deen, chef selebriti Amerika Syarikat terkenal nih. Barang ni bukan untuk cupcake dan cookies semata-mata je tau. Banyak kegunaan dia lagi. Boleh digunakan untuk buat kad ucapan atau macam-macam lagi lah.
Yang lebih best lagi tu, sesiapa yang ada anak kecil atau yang bersekolah rendah, boleh bagi diaorang guna. Secara tak langsung, barang ni boleh merangsang motor skill pada tangan serta daya fokus mereka juga. Boleh guna alat tulis ataupun peralatan mewarna seperti water colour. Best kan?
Untuk makluman semua, hadiah ni adalah dari Amerika Syarikat. Tapi jangan sedih pulak tengok tag “Made In China” sebab barangan buatan China untuk US ni tak sama macam yang jual kat negara kita tau. Ikut standard US tapi diaorang buka kilang kat negara China, jadi made in China lah.
Dah nama pun hadiah misteri, jadi kene tunggulah sehingga habis bulan Mac ni, baru dapat tahu….hehehe
Saya pulak yang tak sabar rasanya, terlebih excited sudah…hehehe. Semua hadiah untuk Myliferia March Giveaway Bonanza ni saya dah ketepikan untuk dipokan nanti. Hadiah Misteri jer yang sedang dalam proses ni. Jemputlah join ye semua pengunjung blog Myliferia yang dirahmati-Nya sentiasa. Semoga keceriaan jua mengiringi kalian.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Seperti selalulah, Shaklee akan buat promosi produknya setiap bulan. Dengan promosi yang dibuat ni, semua pengguna setia dan baru dapat menikmati produk berkenaan dengan harga yang lebih istimewa. Vivix yang …
Seperti selalulah, Shaklee akan buat promosi produknya setiap bulan. Dengan promosi yang dibuat ni, semua pengguna setia dan baru dapat menikmati produk berkenaan dengan harga yang lebih istimewa.
Vivix yang kaya dengan resveratrol ni memang ramai dah sedia maklum yang Vivix ni terbaik dalam membantu mencegah serta menangani pelbagai jenis penyakit kronik seperti jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis dan strok. Selain daripada itu, Vivix yang sangat tinggi dengan antioksidan ni sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh.
ESP ni pulak memang killer produk dalam Shaklee ni. Memang hot sokmo dari dulu. Untuk ibu mengandung, menyusu sampailah ke dalam pantang, kesihatan kulit, pengawalan berat badan dan sangat terkenal juga sebagai pembekal tenaga dan rasa kenyang berpanjangan.
VitaLea for Kids ni perisa anggur. Merupakan multivitamin yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Daripada bagi anak-anak kita coklat, gula-gula atau jajan yang merupakan makanan rapu tidak berkhasiat, lebih baik kita gantikan dengan yang lebih berzat. Ye tak?
Time promosi ni memang dapat harga best, tapi kalau nak lagi-lagi best, join ahli, dapatlah harga ahli yang jauh lagi untung.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Pepatah melayu ada menyebut, “Mati semut kerana gula”. Malah sering kita mendengar istilah dan ungkapan negatif tentang gula iaitu “Gula itu racun”, “Gula penyebab pelbagai penyakit kronik”, “Gula itu memudaratkan kesihatan”. …
Pepatah melayu ada menyebut, “Mati semut kerana gula”. Malah sering kita mendengar istilah dan ungkapan negatif tentang gula iaitu “Gula itu racun”, “Gula penyebab pelbagai penyakit kronik”, “Gula itu memudaratkan kesihatan”. Namun, sejauh mana bahaya gula ni terhadap kesihatan kita?
Menururt Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu dengan tebu kuning dan tebu hitam yang biasa digunakan.
Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar gula terbesar mengikut Wikipedia ni ialah Brazil, India, China dan Pakistan.
Batang tebu yang tebal menyimppan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengn sukrosa ini, gula dihasilkan.
Pada tahun 1929, Sir Fredick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisma glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazin dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sebaliknya pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk pribumi Panama tidak mengidap penyakit kronik tersebut.
Kenapa ini Berlaku? Ini kerana pemilik tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak, sedangkan pemototng tebu sekadar mengunyah keratan tebu.
Impak negatif gula putih halus turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.
Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan yang gula putih halus sebagai “racun“. Dr. Martin membuat takrifan ini dari segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasikan ke dalam tubuh, ditelan atau diproses dalam tubuh akan menyebakan atau berkemungkinan besar menyebakan penyakit.
Beliau tururt mengklasifikasikan gula ni sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya yang rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.
Tetapi gula akan “melahap” vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manuasia, dan antaranya adalah untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.
Pengambilan gula setiap hari juga dilapor akan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.
Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat telah menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.
Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar Ho Cihi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar telah mengidap Diabetes Jenis 2, tidak termasuk rakyat negera itu yang disahkan sebagai pesaktit diabetes.
Tu negara Vietnam yang kebanyakan rakyatnya kurus-kurus, bayangkan kat Malaysia ni yang ramai penduduk terlebih berat badan dan obes. Oh, tidak!
Diabetes Jenis 2, paling lazim berlaku disebabkan oleh paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman/aktiviti fizikal. Ia antaranya boleh menjadi punca kegagalan ginjal dan penyakit jantung.
Di peringkat global pula, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang 2025 akan terdapat 147 juta orang pengidap diabetes berusia 60 tahun tau lebih.
Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah pengidap diabetes.
Pada tahun 2009, sebanyak 17% daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21% rakyat mengalami kegemukan dan 6.2% lagi obesiti.
Rasanya semua info ni sangat membimbangkan. Kalau kita ni penggemar tegar makanan manis, baik mula kurangkan. Takkanlah kita nak habiskan masa (terutamanya sewaktu dah senja) dan wang kita untuk mengubati penyakit diabetes atau penyakit kronik yang lain akibat ketidakprihatinan terhadap kesihatan semasa sekarang, kan? Namun terdapat beberapa jenis Gula Semulajadi Sebagai Alternatif Pengganti Gula Putih yang boleh diambil.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Resipi nuget ayam ala-ala cinta hatiku ni terhasil secara tak sengaja sebenarnya, hehehehe. Ekoran buat jus lobak merah susu (carrot susu), maka terhasillah nuget ayam ni. Camana tu? Kisahnya, sebelum ni …
Resipi nuget ayam ala-ala cinta hatiku ni terhasil secara tak sengaja sebenarnya, hehehehe. Ekoran buat jus lobak merah susu (carrot susu), maka terhasillah nuget ayam ni.
Camana tu?
Kisahnya, sebelum ni saya ada buat jus carrot susu. Lepas tu ada hampas carrot tu kan? Hampas tulah yang saya guna. Sayang nak buang weh, kan tak baik membazir. Hak penting sekali tu sebab hampas tu kan tinggi serat. Manfaatkanlah untuk kesihatan, ya tak? 😀
Carrot tu saya blend asing. Campur susu kemudian.
Wokeh, jom tengok resipi dan cara nak sediakan nuget ayam ni.
Selamat mencuba ye. Mudah je ni, resepi nuget ayam ni main campak-campak jer. macam biasalah KIM (K Imah) kan suka yang mudah, ringkas tetapi sihat 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Saya mengidap Ulcerative Colitis yang merupakan penyakit auto-immune. Kalau ikut kata doktor, sakit yang tak akan baik sampai bila-bila. Itu kata doktor kan. Saya disahkan ada masalah ni sejak 2011. Makan …
Saya mengidap Ulcerative Colitis yang merupakan penyakit auto-immune. Kalau ikut kata doktor, sakit yang tak akan baik sampai bila-bila. Itu kata doktor kan. Saya disahkan ada masalah ni sejak 2011.
Makan ubat doktor selama setahun termasuklah steroid dan bagai-bagai yang lain. Di samping ubat-ubat tu, saya start ambil Vivix sebab saya berpegang Vivix ada anti-radang.
Penyakit saya akan menyebabkan kulit saya kering sampai rasa boleh siat. Sakit di bahagian sendi. Sembelit dan kadang-kala cirit. Cirit tu kira radang sangat aktif dan akan menyebabkan bleeding dan satu lagi hb memang sentiasa low.
Alhamdulillah, sejak ambil Vivix selama 2 tahun, saya raya rasa lebih sihat. Ubat doktor saya dah stop terus, Sekarang saya ambil Vivix consistantly termasuk Omega Guard dan VitaLea. Graf kesihatan makin baik. HB pun dah berada paras normal..
Cuma baru ni saya gatal tak bertempat bila stop Vivix sebulan….hehehehe…radang tu say hi…hi…semula…heheheh…tapi bila dah on Vivix semula, Alhamdulillah.
Saya usahalah apa yang terbaik, memang perlu bersama Vivix untuk satu jangka masa yang panjang tapi itu lebih baik daripada saya masuk wad dan habiskan duit RM 14,000 sekelip mata.
Ulcerative Colitis termasuk di dalam kelompok IBD (Inflammantory Bowel Diseases) atau penyakit radang usus yang boleh berada pada kategori akut atau kronik. Ia terjadi pada lapisan dalam dari colon (usus besar) yang boleh membentuk bengkak bernanah, bisul (abses).
Kadang-kadang penyakit ini boleh merebak sehingga ke hujung usus kecil (sempadan antara usus kecil dan besar) yang dikenali sebagai Ileum Terminal.
Ulcerative Colitis ni, jika tidak dirawat, boleh merebak ke seluruh colon hingga rectum (hujung saluran usus kita) dan dikenali sebagai Ulcerative Procitis. Keradangan ini sering membuatkan colon pesakit sering mengosongkan isinya sehingga terjadinya cirit-birit.
Keradangan ini juga menyebabkan sel pada dinding usus besar mati sehingga menyebabkan ianya berdarah, bernanah dan berlendir.
Berbalik kepada kisan Puan Farah Ali tadi, walaupun doktor dah sahkan yang beliau akan mengidapi penyakit Ulcerative Colitis ni sepanjang hayat beliau, namun sikap positif dan yakin beliau untuk sembuh sangat patut dipuji. Manusia hanya boleh menjangkakan namun, ketetapan tetap pada Allah yang Esa.
Dengan asbab Vivix, beliau sudah tidak perlu mengalami masalah kesihatan akibat penyakit Ulcerative Colitis ni. Berapa sangatlah nak dibandingankan harga sebotol Vivix yang ternyata berkesan dengan kos rawatan yang boleh mencecah RM 14,000 kan. Banyak lagi Testimoni Vivix dalam membantu pelbagai jenis pengidap penyakit kronik dan berbahaya yang boleh diketahui.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Vivix merupakan sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi yang …
Vivix merupakan sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi yang dapat juga bertindak sebagai pemberi dan penggalak tenaga (energy booster).
Sekarang ni memang trend artis pun minum Vivix, selain Emma Maembong, Ayu Raudah dan Rita Rudaini dah minum Vivix ni tau. Cer tengok diaorang, nampak kulit sangat glowing, cantik dan gebu kan?
Yang kat atas ni pula testimoni anak Shaklee saya. Beliau sebelum ni memang mudah terkena pening kalau perut kosong ekoran cuaca yang sangat panas.
Selepas mengambil Vivix dalam sebulan gitu, beliau rasa lebih bertenaga dan tidak pening lagi walaupun berpuasa sewaktu hari panas terik,
Keletihan boleh berpunca daripada banyak sebab. Ada faktor luaran seperti cuaca yang panas terik atau tidak mengambil sarapan pagi, malah terdapat juga faktor dalaman seperti kekurangan air dalam sehari (dehidrasi), tidur yang tidak mencukupi, kafein yang berlebihan, anemia (kekurangan darah merah), kekurangan tenaga, dan tekanan emosi / stress / kemurungan.
Salah satu daripada 4 mekanisma cara Vivix bertindak terhadap sel badan kita ialah memberi tenaga kepada sel atau meningkatkan keupayaan sel (mitokondria).
Setiap sel mempunyai mitokondria (pusat tenaga sel). Diumpakan seperti enjin kereta. Lagi power enjin tu, lagi power jugalah kereta tersebut kan? Sama halnya dengan sel badan kita. Lagi tinggi mitokondria, mak akan =n lagi powerful lah sel badan kita.
Mitokondria di dalam sel badan kita akan semakin merosot apabila kita semakin tua. Jadinya, apabila kita mengambil Vivix, Vivix yang bertindak sebagai agen anti-penuaan ni akan membantu meningkatkan lagi mitokondria ni.
Oleh sebab itulah badan yang sering letih lesu sebelum ni, boleh bertukar menjadi segar-bugar bertenaga setelah mengambil Vivix. Maka, tak hairanlah kalau kesannya dapat dilihat dalam waktu yang agak singkat.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144